“Saya cerai dgn suami lepas tu jaga mak”. Mak nak ke mcm tu. Mak suka je ke kami bergaduh. Geram bila nenek mcm tu.

Assalamualaikum. Aku nak luahkan dekat sini.

Mana tahu masing2 ada pendapat yang boleh kurangkan kekusutan kepala aku. Kisahnya tentang nenek aku.

Nenek aku. Aku sayang dia. Tapi sekarang lain. Aku tak tahu sayang aku ke mana. Apa yang lain? Perangai dia.

Mulutnya yang suka mendoakan yang bukan² dekat anak² dia terutamanya kepada ibu aku. Ibu aku anak perempuan tunggal dalam adik beradiknya.

Yang lain ada pak long aku,pak uda,pak tam dan pak su.Umurnya dah 80-an. Kadang ok kadang nyanyuk sikit. Tapi tidaklah 100% nyanyuk pun. Maaf kalau confession aku panjang.

Jadi, tinggallah dia seorang diri menguruskan anak² asuhan dan uruskan nenek aku.Kami anak-anak yang besar termasuk aku dah berkahwin.

Jadi tidak dapatlah menolong ibu. Tinggal adik yang kecil sahaja masih belajar. Tu pun jauh. Waktu cuti semester sahaja ada di rumah dan boleh menolong ibu aku.

Masalahnya di sini nenek aku suka buat perangai. Degil. Tak nak salin baju kotor. Ibu masak suruh makan tak nak.

Tak nak dengar cakap ibu sebab nenek ada masalah kesihatan juga. Makan sikit lepas tu tak nak. Itu biasalah perangai orang tua kan.

Tapi bila dia degil dan marah tu, mulutnya akan kata macam-macam dekat ibu aku. Doakan yang buruk.

Sebabkan mulut nenek aku tu la ayah pun kadang hilang sabar dengan perangai nenek. Sebab itu juglah ibu dan ayah bergaduh kerana nenek. Ibu tersepit. Sebelah suami sebelah lagi ibu kandung. Hmm

2. Ke mana perginya anak-anak lelaki yang lain? Bukankah ibu tu tanggungjawab anak lelaki (keutamaan)Pak tam aku dah lama meninggal.

Jadi tidaklah aku ralat kalau balu dan anak-anaknya tidak ambil giliran menjaga nenek.

Ye nenek aku ni ada juga perangai yang tak elok tu. Tapi tetap ibu kepada bapa-bapa saudara aku yang lain.

Oh ya terlupa. Sebenarnya nenek aku ni tulang pingulnya patah. Jadi dia hanya duduk di atas katil tu sahaja.

Pak Su pun sekarang ada juga terasa dengan nenek seperti ibu. Tapi Pak Su tak kisah. Macam mana pun tetap ibunya.

Ceritanya bermula bila turn jaga sebelah Pak Long aku. Pak Long aku seorang pencen askar. Part time kerja lain.

Jadi, mesti ada banyak masa untuk menjaga nenek kan? Tapi dia la giliran jaga nenek yang paling singkat.

Cukup seminggu dah hantar ke rumah ibu aku. Lol. Ibuku baru je nak hilang stress dengan sikap nenek dah menjadi semula.

Pak Long pun kadang-kadang sahaja menjaga nenek. Hmm. Mungkin Mak Long pun tak nak (dari perangai dia kami dah agak). Rumah Pak Su dan ibu paling-paling pun 2-3 minggu.

Nenek pernah ada isu dengan rumah tangga Pak Uda. Tapi tu dulu. Mak Uda pun sebenarnya tidak kisah. Dia dah lupakan.

Boleh je menjaga nenek ketika cuti sebab dia bekerja kilang. Pak Uda hanya kerja sendiri. Jadi bukankah ada masa untuk menjaga nenek? Hmm.

So sebabkan tu juga lah ibu ayah aku bergaduh terbaru ni. Sebab kan mulut nenek juga lah ibu pun dah stress dan kata “Mak suka ke tengok kami bergaduh?

Nak saya berpisah dengan suami lepastu jaga mak?” Allah. Sampai ke perkataan ‘cerai’ ibu sebut. Doa nenek yang selalu bukan-bukan kata kepada ibu aku hampir menjadi kan?

Doa seorang ibu kepada anak. Ayah aku dari OK je jaga ibu mertua, sekarang dah fed up. Aku dan adik beradik lain sedih sangat.

Kuasa doa aje la yang boleh mengubah sikap dan mulut nenek tu. Maafkan aku kisah ni terlalu panjang. Kami sayang nenek. Moga nenek berubah.

– Qaseh (Bukan nama sebenar)