Ustad suruh pusing2 umah cari pokok bunga raya pastu “korek dalam dia”, yg pelik mak xpernah tanam pun pokok tu

Hai salam semua, masih ingat dengan cerita aku sebelum ini, kali ni sambungan part 2, Untuk pengetahuan semua, aku bukan nak kan cerita ni tergantung seperti dalam episod 1,

cuma aku simpan cerita ini secara detail. Supaya selok belok penceritaan ini korang faham.. So… Meremang bulu roma aku tgk Sham time tu.

Akak pula tiba2 pengsan selepas Sham lalu melepasi akak kt atas pelamin tu. Suasana memang kecoh time tu. Allah.

Tetibe akak pengsan pulak.. Nampak riak Sham tersenyum sinis tgk akak jatuh pengsan di majlis perkahwinan.

Xsampai sejam akak kt atas pelamin, sekejap je, seperti semua di rancang. Seperti mahu merosakkan majlis akak, lauk ayam masak merah juga dlm pkul 1 da basi.

Memang majlis akak bnyak gangguan. Walau mcm mana pun majlis dpt dihabiskan walaupun bnyk dugaan yg datang.

Da la dgn lauk ayam masak merah nya da basi. Yang tinggal kuah kari kosong je. Kesian tetamu yang datang.

Memang nampak muka ibu dan ayah aku tension sgt dgn apa yg berlaku. Ayh aku berkali2 pergi ambil wuduk utk tenang kan hati dia atas musibah yg berlaku.

Sejam selepas itu nampak kelibat Rahim bersama ustaz sampai. Ustaz melangkah kaki massuk ke pintu depan rumah kami dgn muka berkerut dahi.

Atas bawah dan sekeliling rumah ustaz tengok. Cuma ustaz ada tnya kan sudah berapa akak terkena meracau mcm ni.

Ayah cuma cakap ” tak lama ustaz, seingat saya time dia bertunang hari tu, hinggalah sekarang dia akan kerap meracau slepas asar kadang dan kadang2 lepas magrib dibawa nya sampai subuh esoknya pagi”

Ustaz mengelengkan kepala sambil beristighfar…

* Tiba2 nampak kain pengantin akak basah. Ye, sudah mmg akak kencing betul2 dalam baju pengantin dia tu.

Rahim dgn selanba, bawakan tuala lembap lap kan kain bini (akak) dia. Memang terharu sgt.

Kali ni ustaz bacakan ayat suci yg buat akak menggelupur atas lantai seperti cacing kepanasan. Nampak perubahan muka akak memang nampak garang dan menakutkan.

Akak: Arghhh .. Arghh… Kenapa nikahkan aku dgn Rahim.. Aku benci dia!! Ceraikan aku!!

Ustaz suruh Rahim bertenang dan jgn dengar cakap akak aku kerana suara tu bukan akak, makhluk tu.

Ustaz suruh Rahim banyakkan istighfar dan jgn ikutkaan hati. ‘Benda’ tu mmg nk tgk rumah tangga yg baru dibina ini berkecai dan haru biru.

Ibu ambil air dan renjiskan dekat muka akak bg akak sedar. Alhamdullilah selamat.

Ustaz cakap ada orang yg minat kt akak.. Dia tak sanggup tgk akak kahwin dgn abg Rahim. Pada mulanya dia nk akak bencikan Rahim.

Tapi akak hati kental, al quran dan solat sunat tak pernah dia tinggalkan sejak 1st time dia pengsan di kilang dulu. So, orang yg sukakan akak ni, mula2 hantar yg suam kuku je.

Lama kelamaan “benda” yg dihantar tu macam susah nk masuk dekat badan akak, itu yg 2 3 kali dia cuba hantar lagi hingga tanam “barang” terus depan rumah kami.

Selagi benda tu tak dibuang, selagi tu lah akak akan diganggu. Ustaz minta agar kami sekeluarga bnykkan solat tahajjud minta dijauhkan lagi anasir2 jhat yg datang ke rumah. Lembutkan hati orang yg hantar “benda” tu.

Dalam masa yg sama, ayah juga tnya siapakah yg sanggup hantar shir kt akak.. Rupa rupanya orang yg hantar tu orng yg rapat dgn akak. Yg selalu ambil berat tentang akak, selalu belnja akak makan bila keseorangan.

Aku tak tuduh, cuma dari segi lenggok akak cerita kan dekat aku, mungkin Sham yg hantar. Sebab ade beberapa ‘hint’ sham mcm terkantoi dan terlepas cakap.

Syukur, genap 6 bulan akak berkahwin sekarang dan akak disahkan mengandung 2 bulan. Memang seronok sgt dpt berita ni.

Dalam masa yg sama akak kena kuatkan diri dekatkan diri dgn Allah, takut juga kalau ada mulut2 yg berbunyi akak da mengandung, risau dihantar “benda” tu balik, memang kecoh lagi rumah kami ni.

Sekian dari aku, cuma doakan kt akak aku agar urusan dia mengandung dan bersalin nnti dipermudahkan dan diselamatkan.

Pada yg kaki hantar shir, santau tu bawa2 la bertaubat. Sesungguhnya tiada yg lebih berkuasa dari Kekuasaan Allah s.w.t. Assalamualaikum…

p/s part 1 ada di komen