Aku buat sambal udang, belum sempat bg isteri. Dapat call doktor ckp benda tu dah pecah dlm Maria.

Assalamualaikum, aku Airil umur 27 pernah berkahwin sebelum ni, tapi tak ada anak. Aku nak ceritakan sikit, pasal Bidadari aku.

Bidadari yang paling aku sayang dunia akhirat. Yang aku sangat sayang. Aku cintakan dia sepenuh jiwa raga aku.

First perkenalan aku adalah di kedai photostat. Aku kenal Maria start umur 17, Maria ada skit dari kecil, dan perlu transfuse drah setiap bulan.

Dia dah buang Limpa, sebab terlampau besar. So, memang dia lah cinta pertama aku, aku pulun cari kerja dan duit untuk jadikan dia bidadari aku selamanya.

Alhamdullilah doa dan harapan aku diperkenanNya. So, dalam umur 24 macam tu, dengan sekali lafaz aku dengan dia diijab kabul kan, aku happy sangat-sangat.

Aku bawah dia pindah ke rumah kecil kami. Rumah syurga kami, rumah pertama aku dan dia.

So, tak nak pikir sangat masalah, kitorang spend time together, tengok movie sweet, do all the sweet things, kadang- kadang kalau free malam- malam.

Dia ajak tengok langit kat luar. Yes, ni bukan buat-buat tapi Maria memang dari kecil suka tengok langit malam dengan arwh nenek dia.

Maria pernah cakap kalau kita selalu tengok langit pada waktu malam, terasa dunia ini hanya sementara. Keindahan langit menenangkan jiwa buat kita jauh dari masalah seharian.

Yup sampai sekarang aku akan duduk di tempat yang sama dan tengok langit juga pada waktu malam. Aku rindu kan kau MARIA!!

Maria boleh dikatakan cantik dari antara peskit lain. Kalau orang tengok Maria, mesti orang taktau dia skit.

Sebab badan dia Normal, berbanding peskit lain. Setiap kali tranfuse, aku akan ambil cuti. Temankan dia, belum pernah lagi aku biarkan dia pergi sorang.

Doc cakap, kemungkinan ada nanah dalam limpa and untuk pastikan betul ke ada nanah, perlu buat ct scan and so on. And dah buat scan, betul ada nanah.

So malam jumaat nak buat operat, tapi ditangguhkan ke pagi jumaat. Malam tu doc cakap aku boleh balik dulu, sementara nak sediakan form untuk disign sebelum operate.

Aku pun balik ke rumah mandi dan rest sekejap, aku masak masakan kegemaran Maria malam tu. Sambal Udang petai. Maria suka sgt makan ni.

Tapi tak sempat aku nk pergi balik ke hospital aku dapat call dari doc, doc cakap “Maaf Encik Airil, nanaah tu dah pecah.

Dan dah merebak ke organ lain, isteri En.Airil tak ada harapan untuk kami selamatkan. Esok kami akan buka bantuan pernafasan isteri En. Airil”

Esoknya, pukul 8.20 pagi hari jumaat Maria pergi dalam dakapan aku dan familynya. Ya, tak sempat Maria sentuh msakan aku buat kali terakhir.

Tiap2 malam ku, aku hantar bekalan doa yasin buat mu bidadari. Tiap malam aku juga mohon agar kau tenang di sana.

Tiap malam juga aku berdoa agar cepat aku bersama kau di syurga kelak. Maafkan aku bidadari.. aku masih belum dapat lupakan kau..

Aku tak ada harta yang banyak, tak punya rupa yang kacak, begitu juga Maria. Bagi orang dia Biasa-biasa, tak boleh bagi zuriat.

Tapi aku tengok dia cantik, dia ada 1 side yang aku tak nampak kat perempuan yang aku kenal sebelum ni.

Engkau telah pergi tinggalkan memori, tinggalkan diri ini termangu dalam sepi

Engkau telah pergi, pergi tak kembali untuk bertemu Ilahi hanya doaku yang mengiringi

Ya Allah Ampuni dosanya dan kasihani dirinya berikanlah dia tempat yang mulia di syurga-Mu kekal selamanya.

Al-fatihah untuk awak Nur Maria.