Aku memang xboleh lupa makcik baling botol air kat kepala aku, Now dia dpt habuan dari apa yg dia lakukan

Salam and hai pembaca sekalian. Serius aku tulis ini untuk kurangkan rasa sedih dalam hati aku.

Semoga korang semua boleh bagi nasihat yang membangun untuk aku dan dapat jadikan kisah aku sebgai pengajaran buat kita semua.

Nama aku Jannah. Dari kecik aku tinggal dengan nenek aku. Aku ade 4 org adik beradik.

3 lelaki and aku yg bongsu. Arwh mak aku meniggal masa aku umur 2 tahun setengah. Ayah aku? Ada.

Tapi langsung tak bertanggungjawab. Aku dgn abg aku nom 3 tinggal dgn nenek belah ibu.

And abg sulung n kedua tinggal dengan nenek belah ayah kpd abg aku. Aku anak hasil perkahwinan kedua mak aku.

Mak saudara aku… Balik kerja.. Main phone.. Keluar then balik tido. Tu je. Nenek aku tak pernah marah.

Kalau aku balik sekolah (penat la kan. Dah la gi skolah jalan kaki) . Balik tidur nenek aku membebel tak henti sebab tak tolong buat kerja rumah. Hahah.

Dan mak sedara aku ni. Dia jenis kuat mengadu. Aku tak suka dialah. Aku masuk bilik dia la walaupun aku tak buat. Dia akan cakap aku.

Pernah waktu tu tgh tgk tv, dia suruh aku ambik beg duit die dlm bilik. Waktu tu dia nak suruh aku gi beli makanan kat kedai.

Bila aku masuk bilik then ambik ambik beg duit dia. Aku terus keluar.

Dan kisah sedihnya, duit dia hilang. Dan aku la yang kena tuduh. Wallahi, aku tak curi duit dia. And waktu tu, korang bayang eh.

Memang aku terasa vibe dia. Apa nenek aku cakap, aku buat. Memang lama aku macam ni. Jira sebelah rumah walaupun 2 tahun duduk kat situ (rumah sewa) aku tak pernah tegur.

Sebab aku takut. Aku pergi sekolah kawan aku cuma berapa orang je. Ye, aku survive kat sekolah sebagai budak pendiam. Tapi aku kategori budak pendiam tapi berisi. Bukan diam tin kosong.

Tu cerita dulu, sekarang umur aku dah 19. And aku ada masalah communication and aku sangat susah nak bergaul. Aku takde kawan lelaki.

Macam mana la aku nak jumpa jodoh . Haih. And nenek aku tetap dgn perangai yg dulu. Hal baik aku disimpan, hal buruk aku dicanang canang.

Aku takde maksud nak bukak aib ke apa. Aku nak meluah. Sejujurnya, aku rasa aku alami depression.

Mungkin bila ada masa aku nak jumpa doctor pakar. Mak saudara aku dah kahwin baru. Tapi hubungan diorang aku tak nampak sinar.

Bila ayah saudara aku ni sampai… Nenek aku ni nangis² la konon aku lawan cakap dia. Tak buat dia suruh. Weh.

Aku sakit hatinya adalah… Ayah seudara aku tu. Kerja mesin rumput mpk je weh. Balik kerja pukul 5 ptg.

Kenapa setiap malam pukul 11 baru smpai rumah nenek aku.? Kenapa tak balik kerja terus tngok isteri dia.

Sebab dia malas jaga isteri dia baru lepas beranak. Nak harapkan nenek aku. Bangang ah species lelaki macam ni. Pastu die ketuk bilik aku, aku bukak je pintu. Pappp! Aku kena tampar.

Tapi time ni, maybe sebab hati aku dah selalu sakit. Aku langsung tak nangis. Aku lawan balik tapi panggilan hormat aku guna. Takde aku cakap aku kau sial ke apa. Takde. Aku luah tanya semua.

Jawapan dia, dia letih balik kerja. Aku hangin la. Aku duk sembur dia last dia suruh aku keluar dari rmah . Aku tengok nenek aku.

Nasihat aku, kpd pihak yang jaga anak yatim ni. Tolong la. Jaga diorang macam jaga anak korang sendiri.

Hargai usaha diorang nak bahagiakan korang semua. Jgn pilih kasih. Dan paling penting, jgn makan duit anak yatim.

Banyak yg aku nak luah tapi aku takut korang semua bosan baca citer aku ni. Sekian.