Aku siswi IPT di Shah Alam. Kenal dgn Syed dan kami kerap habiskan waktu bersama. tiba2 dpt mesej “dah lama buat keje ni”

Assalammualaikum… Waktu tu umurku baru 19tahun. Budak baru nak up. Student di sebuah IPT Shah Alam. Walaupun layak untuk dapat asrama.

Tapi aku memilih untuk menyewa dengan rakan-rakan di seksyen 7 Shah Alam. Nak berdikari kataku pada family.. hakikatnya, stay luar lebih bebas. Bebas berjalan..bebas segalanya..

Yang faham..fahamlah… One day, housemateku Ayu ajak teman beliau blindate dengan someone yang dia kenal melalui ym.

Aku pada ketika itu kebetulan memang nak keluar cari barang assigment terus setuju. Jimat duit tambang bas. Dalam pukul 8 mlm, aku dan Ayu keluar berjumpa dengan si jejaka.

Okay, aku namakan dia Faiz. Kata Ayu, Faiz ini agak berumur dan sudah bekerja. Aku okay kan saja sebab niat aku memang sekadar untuk jadi peneman.

Rupanya Faiz datang dengan kawan dia jugak. Aku namakan dia Syed. So, kami berempat naik kereta kepunyaan Faiz.

Pada mulanya aku agak ragu-ragu nak bagi sebab yelah..aku da ada boyfriend masa tu yang juga seorang student di IPT Melaka.

Tapi aku kalah dengan pujukan Ayu. Katanya senang kalau keluar berempat. Yelakan, kalau keluar berdua kang ada pulak insan ketiga yang bertanduk. Waktu itu, aku pikirkan tak salah pun berkawan..

Malam itu jugak aku dapat sms pertama dari Syed…Syed: assalam…tq sudi jadi kwn Syed…Aku: wslm..same here.. selamat berkawan.

Dan kami terus berbalas sms sampai pagi. Esoknya kami sambung lagi bersms. Malah, aku lebih kerap bersms dengan Syed berbanding bf ku.One day, aku demam teruk.

Mata aku bengkak sebab terlalu panas. Aku cuba call bf aku untuk mengadu tapi tak berangkat. Then, aku menaip sms..

“Demam teruk sangat! Sampai mata bengkak!”.. and msg tu aku hantar pada bf aku dan Syed.. lepas tu aku terlelap..2jam kemudian aku terjaga, aku check hp ada berpuluh miskol dan unread sms.

Dan inilah kali pertama kami keluar berdua. Selepas ke klinik, Syed belikan aku bubur nasi and terus hantar aku ke rumah sewa.

Aku terharu dengan cara Syed melayan aku. Maka sejak hari itu, kami selalu keluar berdua.

Kadang menonton wayang, karaoke, atau sekadar lepak di mamak. Dan semakin hari, perasaan aku berubah. Aku mengaku.

aku da mula sayang pada Syed. Lebih dari bf aku sendiri. Aku da mula tanam rasa cinta pada Syed.

Syed bagiku hampir sempurna. Setiap kali aku dalam kesusahan, dia akan datang membantu. Aku da tak risau kalau ada kelas malam sebab Syed akan datang menjemput aku.

Dan lepas tu kami akan melepak sampai ke tengah malam.6bulan kami begitu, akhirnya aku terpaksa jujur pada diri sendiri.

“Da lama ke buat keje ni? Da lama ke jadi perosak rumah tangga orang?”…Hampir terlepas hp aku baca sms dari Syed. Aku keliru.

Berulang kali aku baca no phone Syed..salah hantar ke? Crossline ke?? Tiba2 satu no asing yang mirip no Syed call aku.. Aku angkat dan memberi salam..

Aku: sorry, saya salah hantar sms td. Saya nak hantar kat bf saya.

Dia: sapa nama bf awk..Syed?

Aku: Ya..awk sape?

Dia: Sya Tifa..isteri Syed.

Aku: kejap! Syed da kawen?? Dia pernah bertunang.. tpi da putus!

Dia: yup, dia memang pernah putus tunang. Tpi sambung balik and terus kahwin.. Sayalah orangnya..

Aku meraung bagai orang gle.. aku terus mohon maaf pada Kak Tifa.. aku benar2 tak tahu aku ganggu suami dan ayah orang..

Dan dia lebih suka amik shif malam sebab dapat gaji lebih. Kalau waktu cuti, dia memang banyak masa tidur. Tapi dia dan Syed selalu juga berdating time dia cuti.

Tempat dating pun lebih kurang je dengan tempat yang Syed bawak aku. Camne lah boleh tak pernah terserempak?

Malam itu jugak, aku berjanji dengan Kak Tifa.. aku takkan ganggu Syed lagi.. Aku bernasib baik, Kak Tifa bukan jenis perempuan yang terus serang perempuan lain tanpa usul periksa.

Maybe Kak Tifa tahu, aku tak bersalah. Sebab aku memang tak tahu status Syed. Kak Tifa yang duduk serumah dengan Syed pun bole tertipu..inikan pula aku.

Tapi, Kak Tifa ada rancangan nak kantoikan laki dia dan nak jumpa aku depan2. Jadi aku dan Kak Tifa berpakat buat2 tak tahu tentang hal ini.

Aku: Syed wat ape kat sini? Yg ni sape? – aku tunjuk kearah Kak Tifa.

Kak Tifa: sape ni abang??

Syed: ni isteri syed..- katanya sambil tunjuk Kak Tifa padaku..

Ni gadis abang.. -tambah dia lagi sambil tunjuk aku pada kak Tifa..

Aku nampak mata Kak Tifa berkaca.. suara dia bergetar.. dia pegang kerusi di sebelah dan badan dia mengigil. Samada menahan tangis or menahan marah.. aku agak keduanya..

Kak Tifa: apa maksud abang? Gadis ape?

Syed: Abg syg dia. Kalau bg izin, abg nk nikah dia..-jwb Syed selamba..

By the way, Faiz ni laki orang jugak ye.. kantoi gak hari yang sama. Cuma bezanya Ayu takdela tangkap cintan dengan Faiz so walaupun da kantoi, takdelah efek sangat.

Okay sambung.. bila Syed jumpa aku, dia dapat rasa connection yang da lama dia tak rasa. Borak2 kosong kami tu yang buat dia rasa seronok.

Sebab, dia dan wife dia da lama tak borak2 kosong.. maksudnya, dengan wife dia, dorang lebih berbual tentang isu duit belanja, anak2, hal2 remeh rumahtangga..

Dan dari rasa seronok tu timbul rasa sayang.. dia tahu dia salah sebab tipu aku..tipu isteri dia..

tapi yang dia tipu aku cuma status dia sahaja.. yang lain2.. activity harian dia..kerja dia..dia jujur.

Malam itu dia merayu pada aku jangan tinggalkan dia..

Malam itu dia janji takkan tipu aku lagi..

Malam itu dia janji akan pujuk isteri dia terima aku..

aku makin seronok dengan hubungan curi2 ini. Aku rasa thrill. Semakin hari aku makin tamak.

Aku mula rasa meluat bila Kak Tifa contact Syed sewaktu kami tengah dating.. aku rasa Kak Tifa menyebuk.

Rimas! Betapa aku tak sedar diri bahawa akulah pemusnah dalam hubungan ini.

Hinggalah satu ketika Facebook makin popular. Kawan2 Facebook ku ramai yang da mula tayang gambar kekasih masing2..

Disaat melihat gambar2 kawan2 dengan pasangan aku mula terfikir tentang kehidupan aku dan Syed.

Kami hanya keluar lepak di tempat yang tak popular dan tempat yang sama sebab taknak kantoi..

Memang, sepatutnya aku kena terus stop jumpe or layan dia.. tapi aku tak berdaya buat macam tu.. hampir 5tahun kami bersama..terlalu sukar untuk aku tinggalkan dia begitu sahaja..

Pernah sekali, aku teman kawan aku berubat dengan seorang nenek. Aku cuba tanya pada nenek tu, adakah Syed mandrem aku sebab terlalu sukar aku nak lupakan dia..

kata nenek tu Syed tak pernah mandrem aku..dan Syed memang sayang aku cuma dia takut nak bertindak jauh.

Dia takut nk kawen dengan aku sebab dia taknak lukakan hati isteri dia.

Pabila dengar kata nenek tu, aku mintak nenek tu tutup hati aku pada Syed. Aku mintak supaya aku kuat untuk lupakan Syed.

Dan dengan izin Allah, walaupun aku masih tak lupa Syed 100%, namun rasa rindu tu dah makin hilang.. rasa sayang tu dah mula pudar..

senanya dia baca Fatihah je.. Katanya hanya aku je boleh ubah diri sendiri..sebab aku da nampak benda tu salah.. tq nenek..

Spjg hampir 5tahun aku dengan Syed, beratus kali kami kantoi. Biasanya kantoi sms. Sebab Syed selalu lupa delete sms.

Pernah dia pakai 2 hp, pun kantoi gak sebab dia tertinggal 2nd phone dlm kete.. kete tu bini dia bawak g kedai.. aku call..bini dia angkat..hahahaha..

ok tak lawak! Pernah gak kantoi tengah video call tetibe Kak Tifa balik keje awal. Dia slow2 muncul dari belakang Syed. Syed tak tutup pintu sebab ingatkan bini dia OT.

Terus aku off hp siap cabut bateri phone. Konon2 takut. Esoknya elok je Syed call aku balik. Kak Tifa marah sekejap but dia da pujuk.setel!

Salah satu sebab kenapa aku berani and still berhubung dengan Syed walaupun banyak kali kantoi adalah sebab Kak Tifa yg terlalu berlembut dengan aku.

Walaupun dia marah bila kantoi tapi marahnya tak kemana.. ugut je lebih. Tapi takde tindakan. Sebab tu aku jadi tak takut. Jahat kan aku?

Dan macam2 lagi….macam da pjg sangat kisah nih. Aku stop dulu. Terima kasih baca sampai habis.

p/s aku smbung part 2 pasal jejaka B yg aku kenal tu. Link dekat komen