Farah muda lagi, suamiku dah mcm bf dia, sampailah 1 hari suami aku meningal dunia, aku mesej dia begini

Assalammualaikum.. Remember jejaka B yang aku kenal? Ya..dalam proses aku nak melupakan Syed. Aku mula rapatkan diri aku dengan B.B sebaya aku.

Namun dia seorang duda. Kira masa kami kenal, dia da setahun menduda.. kami mula sebagai kawan sekerja. Waktu ini, aku da bertukar kerja dari banking ke company telecommunications.

Maka B ni senior aku di office. Dan banyak perkara especially tentang produk, aku akan rujuk pada beliau. Memang aku perasan B cuba ngorat aku masa kami baru start keje.

Mulanya aku abaikan sebab masih dalam healing proses utk melupakan Syed. Tapi atas nasihat kawan2, dorang suruh aku bagi peluang pada B.

Yelah, maybe B boleh buat aku lupakan Syed terus kan. Atleast B duda dan tiada anak dari 1st marriage. So, aku tak lah amik hak sape2 kan..?

B bawak aku jumpe family dia dan dia sendiri datang jumpe family aku. Keadaan itu buat aku yakin dengan dia.

One day, aku dapat friend request dari Farah di Faceb0ok. Aku tengok mutual friends.. Nama tunang aku yang muncul.

Aku approved friend request Farah. Farah terus DM aku.. “tq kak accept friend request! Akak the best lah!” Aku just reply icon senyum..

Aku dan B memang active berfacebo0k. Setiap apa activity yang kami buat akan kami post di facebo0k.

Dan setiap kali aku post gambar aku dan B, Farah adalah antara insan pertama yang akan like gambar aku.

tapi kalau aku post gambar aku sendiri. takde plak dia like. But aku tak pandang serius hal ni.

Ada perubahan pada sikap B. Kadang-kadang dia sengaja buat kami bergaduh hal remeh temeh.

Farah post something di Faceb0ok.. vide0 clip lagu dari Rossa-Ku Menunggu..

Aku like.. siap komen, “lagu ni best!”

Farah reply komen aku. “Yes, best sangat especially part lirik dia..”

Aku reply “lol”… bdohnya aku.. mesti masa tu terkekek kekek Farah ketawakan kebodohan aku. (Korang gugel la lirik lagu ni and korang akan paham)

Department kami buat team outing. Aku nak pergi tapi B tak bagi.. bermti-mtian B tak bagi.. macam-macam alasan dia bagi.

katanya banyak aktiviti campur lelaki perempuan, tak manis untuk aku. Sedangkan dia ikut je. Malah B salah sorang yang organize aktiviti.

Last2 aku mengalah. Lagipun parents aku tak bagi join. Yelah kang jiran keliling ingat aku pergi bercuti berdua dengan tunang. So aku redha je la tunang aku pergi bercuti.. have fun.. kata aku..

So, apa aku buat? Aku berpakat dengan Mr Bos(Bos aku memang kamcing giler dengan aku).

Aku mintak dia buat meeting tergempar dengan B dan Farah. So sebab tergempar, dorang berdua tinggalkan computer masing-masing macam tu je.

dan aku terus pergi on computer dorang and check facebook masing-masing.. canteekk. dua2 tak reti logou FBt! Aku bukak F B messanger,

maka terkantoi la segalanya… dah bersayang-syang..rindu dendam..dan macam2 lagi…aku printscreen, dan aku print semua conversation tu..

By the way para pembaca sekalian, kejadian ni berlaku di waktu majlis kawen aku bakal berlansung lagi sebulan.. sebulan ye.. cuti da approve. kad da print out n da edar..Ok sambung.

petang tu gak aku jumpe 4 mata dengan pasangan ideal tu. Depan B aku mintak putus. Aku taknak kawen..

majlis pernikahan kami berlansung dengan meriah. Syed? Aku tak jemput pun. tapi aku tau dia tau aku kawen. aku dapat rasa dia tahu.

Selepas 2 minggu aku cuti kawen. aku masuk office dan orang pertama aku nampak ketika itu adalah Farah.

Dia melarikan diri bila terpandang aku. Aku buat biasa je. Sebulan selepas aku kahwin, B kembali berubah macam dulu.

Aku pulak, sejak berkahwin macam ada sixth sense. Aku dapat agak ada sesuatu yang tak kena.

So aku jadi stalker teragung pada facebo0k Farah. setiap kali dia post something, dia sendiri yang akan like.

dan dia sendiri yang akan komen post tu. pelik kan? Tak pelik, sebab ayat tukang komen tu sama giler macam ayat yang laki aku selalu guna.

Second, baju. okay. sebagai isteri misali. setiap hari aku akan sediakan baju untuk suami.. tapi, selalu suami aku mintak tukar baju lain.

Aku terus jumpa bos aku. Buat-buat inform suami aku amik MC. Then aku tanyala nape Farah macam kelam kabut je balik.

Bos aku cakap Farah EL sebab ada hal family. Pelik kan? Korang mesti dapat agak apa yang aku agak kan?

So, aku terus pergi ke tempat suami aku. Suami aku memang sejenis yang malas logout pc. Dan aku memang hafal password pc dia.

Aku terus on Facebook B. Owh lupa, dia da block Farah dari Facebook atas permintaan aku. depan aku gak dia block.

Then aku nampak notification dr google talk. Owh, laki aku lupe logout google talk dia. Yelah mana dia nak tau rini dia mc and bini dia jadi stalker kan? So aku pun on gtalk dia.

ada conversation dia dengan Farah yg still active. means, waktu aku tengah membaca tu, masih ada msg baru masuk dari keduanya. sebab maybe B tgh guna gtalk dari hp dia..

kononnya tak boleh melupakan kisah cinta mereka. Suami aku?? Kucing mana pernah tolak ikan???

Aku pernah jadi Farah, tapi aku takdelah sampai pujuk Syed lepaskan Kak Tifa. But Farah yang aku berdepan ni. Dengan rasa tak malu suruh laki aku ceraikan aku lepas setahun nikah.

Dia bagi can setahun je.. okay.. setahun!..Owh..ada msg baru masuk kat gtalk..Farah: Abang..sayang da sampai. Nak sayang park kete kat mana ni?

B: park depan rumah. Kejap yea abg tukar baju.

Allahu.. dia dah pernah sampai rumah kami? Pernah kah dia masuk rumah aku? Bilik aku? Sampai kesitu aku bayangkan..

Aku buat perkara yang sama aku pernah buat waktu dorang kantoi kali pertama dulu.. aku printscreen convesation dorang dan aku print 3salinan..

Aku diam. Bukan sebab takut. tapi aku dah terlalu kecewa. aku bagitahu B, aku buat 3 salinan bukti tu.

Aku nak bawak bukti tu pada pejabat agama. Aku nak mohon dilepaskan. Aku da bagitahu sebelum kawen, aku akan undur diri kalau bukan aku yang dia pilih.

Tapi dia bermti-mtian memilih aku dari Farah. Sebab itu aku teruskan pernikahan ini.

Dan bila tak sampai sebulan dia dah kembali melayan Farah, bermakna aku ini bukan lagi pilihan dia. Maybe, aku gagal jadi isteri yang dia nak. Itu yang aku fikir..

B terus peluk aku kuat2. dia sekali lagi mintak maaf sebab kasari aku. dia mintak maaf sebab layan Farah. sekali lagi dia bersumpah akulah wanita terbaik untuk dia.

Bukan Farah. Dia mengaku banyak kali dia mintak Farah move on tinggalkan dia.. tapi Farah degil (yup, memang aku ada baca permintaan dia ni dalam gtalk).

Aku: Farah.. budak2 office ni sume anggap awak perempuan takde maruah! Dari hari pertama awk masuk office ni, awak tahu status B dan saya! Tapi dengan rasa tak malu awk ganggu. Awk ni bukan perempuan. tapi betina!

Lepas cakap macam tu aku terus blah ke tempat aku. Farah? Buat muke selambe amik mug dia and buat balik air nescafe baru.

Tengah hari tu aku dipanggil bos, rupanya Farah report kat HR aku mengasari dia. Yup, dari segi profesionalism, memang aku salah buat macam tu.

Farah mintak aku buat permohonan maaf terbuka. Bos pulak cakap walaupun dari segi moral memang Farah Bi*** tapi secara undang-undang office memang dia tak boleh nak backup aku.

Kesian bos aku, tak pasal-pasal jadi orang tengah.

Aku mintak izin bos aku untuk bersemuka dengan Farah before aku buat permohonan maaf terbuka tu. Aku bagi jaminan yang aku takkan jadi giler lagi macam tadi.

Bos aku okay dan dia setupkan aku dan Farah untuk berjumpa di dalam bilik meeting. Bilik meeting ni ade cermin, so orang dari luar boleh nampak orang kat dalam walaupun butir2 bicara kami takkan didengari. Pandai bos aku pilih tempat.

Aku: Betul ko sayang B?

Farah: Betul. Sayang sangat!

Aku: Kau nak bermadu dengan aku?

Farah:…… diam

Aku: Kau yakin B sayang ko and akan lepaskan aku?

Farah: YUP! B sayang aku!

Aku: ok..kite tanya B! ( aku angkat phone and call B. Aku buat loudspeaker)

B: Assalamualaikum istriku. B baru lepas makan ubat..

B dan aku hidup aman tenteram kembali. Sehinggalah B dapat kerja di tempat lain yang gajinya lebih okay dari tempat kerja kami sekarang.

Aku panjatkan syukur. walaupun berbeza tempat kerja, tapi kami makin selalu ada masa bersama. Waktu cuti kami selalu buat aktiviti bersama.

Aku mula lupa pada kejadian Farah. aku mula jatuh cinta pada suamiku kembali.

Hinggalah satu hari aku ke pasaraya sorang diri. B masa tu teman mamanya ke kelas menjahit.

Aku bertemu dengan kawan lama yang kenal aku dan B. Rupanya dia pun da bekerja satu bangunan dengan B tapi level lain. Aku namakan dia Syura.

Syura: aku respek kau. kau boleh lagi percaya pada B dengan Farah after apa yang jadi.

Aku: Benda lama.. aku taknak ungkit.

Syura: yelah, tapi kalau aku, dengan perangai Farah tu, aku takkan rasa aman kalau dorang jadi officemate lagi.

Aku: officemate?

Syura: errr… kau tak tau ke? B cakap kau tau n kau okay..

Aku: Tau ape?

Jadi sekali lagi aku ditipu. Dan untuk kali ketiga ini.. aku tidak lagi membuat apa-apa tindakan. Aku da penat. Penat sangat untuk berjuang dalam mempertahankan rumahtangga sendiri.

Aku pernah duduk ditempat Farah. Aku tahu betapa thrill nya perhubungan yang dihalang. Maka sejak itu, aku mula pasif dengan B.

Aku dah kurang melayan dia… sebab aku da penat jadi yang terbaik tapi dia still cari Farah.

Aku dah banyak diam. Aku tahu B perasan hal itu. Tapi dia tak bersuara mungkin sebab dia tahu dia salah.

Bagiku, suamiku bukan lagi milikku seorang.. sekuat mana aku berjuang, aku tetap kalah dengan Farah..ya..aku mengaku aku tewas!!

Hingga suatu hari, aku dikejutkan dengan berita yang amat menyakitkan.. B..suamiku dipanggil ilahi.

Nota Tambahan:-cerita ini ditokok tambah untuk tutup aib insan2 yang terlibat especially buat arwah suami tercinta.

kisah ini bukan untuk membuka aib tapi sekadar untuk memberi pengajaran buat mereka yang nak menjadi Farah..

selagi boleh elak..elaklah.. jangan kita jadi penyebab wanita lain kesedihan.. kerana ingat..KIFARAH itu pasti ada..

wahai pembaca, sesungguhnya aku da memaafkan arwh suamiku dan juga Farah.. ya, aku dah maafkan Farah.. dengan seikhlas hati..

aku harap Farah akan berubah dan moga apa yang jadi pada aku takkan terjadi pada Farah.

P/S dah panjang sangat ni. aku sambung part 3 plk.. di komen