Lps suami aku B mningal dunia, aku buka phone dia, ak block Farah. Rupanya dia jumpa mertua aku bg tahu.

Firstly, aku nak mohon maaf pada semua pemilik nama FARAH. Bukan aku sengaja memburukkan nama kalian dan aku tau keindahan maksud nama tersebut.

Aku jugak sangat yakin pembaca semua tak akan menyalahkan mereka yang dilahirkan dengan nama Farah.

Mereka cuma marah pada tindakan yang dilakukan oleh watak Farah dalam kisah aku ini.

Tpi kalau Farah2 yg lain masih terasa.. aku mohon ampun maaf.. ikutkan korang beruntung nama korang ada maksud.. Nama sebenar aku takde maksud tau. Kesian kat aku..

Macam mana B boleh meniggal?

Jawapan paling tepat adalah masanya da tiba untuk dia dipanggil yang Esa. B suamiku ini sebenarnya takde sebarang penykit berbahaya pun.

Bukan jugak meningal accdent sebab tengah main msg dgn Farah. Dia meningal secara tiba2 di rumah. if ikut alasan perubatan, kemtian B diklasifikasikan sebagai mti mengejut or sesaak nafaas.

B dan aku ada satu rutin setiap kali b4 tidur.. Kami akan mintak maap sesame sendiri.

takdelah guna ayat skema macam wahai suamiku, ampunkanlah dosa isterimu ini.. Idakler gitu.. ayat kami simple..

“B..kosong-kosong ek?”

“Ok.. kosong-kosong.. samalah..kosong-kosong ek!”

Jadi, adakah ini dikira yang B sentiasa memohon maaf dari aku? Yup! Aku akan anggap begitu..

Macam mana Farah x tau B meningal sedangkan satu opiz? Takde buat kutipan ke?

Ermm… B meningal hari Sabtu. Which is hari cuti.. Maka aku cuma sempat inform kenalan rapat dia sahaja.

HR masa tu belum tahu. Department Farah keje ikut shift sebab tu dia still kena datang office walaupun weekend. Opcoz ada kutipan, tapi yang informal lah..

Tapi beberapa jam lepas aku hantar msg gtu pada Farah, ada seorang wanita call aku mintak confirmation betul ke B da meningal.. aku confirmkan.

Ketika tu, aku dengar suara wanita menangis di belakang. Aku agak itu Farah. Maybe dia mintak kawan dia call aku untuk confirmkan. Maybe..

Message Farah pada B?

Setelah B meningal, aku pegang hp dia. Walaupun otak kanan aku larang untuk baca msg2 lama tu sebab tak nak aku sakit ati.

Tapi otak kiri aku berjaya pujuk aku untuk bukak and baca balik msg2 tu.. Yang buat hati aku semakin lembut adalah B memang nampak cube berubah.

Aku nampak banyak msg2 yang Farah hantar dibiar tanpa balasan. Infact, tiada lagi ucapan rindu or sayang dr B buat Farah beberapa bulan before B pergi.

Mungkinkah dia rasa bersalah bila melihat aku yang makin pasif dengannya? Or dia tahu bahawa dia akan pergi?? Wallahu.. aku tak ada jawapan untuk itu…

Apa jadi lepas aku reply msg Farah?

Aku block no dia. aku block Facebo0k dia. Tapi aku lupa nak block dia kat Instagrm. So habis semua gambar B dalam insta aku dia like. Aku tak marah. maybe tu cara dia nak bagitahu aku dia betul2 sayangkan B..

Ingat tak, kes aku dengan Farah berbincang dalam bilik kaca tu? Before aku call B, aku ada tanya Farah, kenapa dia pilih untuk kacau B sedangkan dari awal dia tahu B dengan aku.

Farah jwb dia start suka tengok cara B layan aku dari post2 kami kat Facebo0k.

Yelah, kitorang ni makan durian tepi jalan pun post kat Faceb0ok. Konon2 menghargai pasangan.

Rupanya kami sendiri yang mengundang insan2 seperti Farah ni untuk rasa cemburu dan rasa ingin merampas.

So wahai pembaca.. satu je aku nak ingatkan “BAHAGIA KITA JANGAN DITANYANG,NANTI ORANG BENCI NANTI ORANG CURI, DRITA KITA JANGAN DIHEBOH, NANTI ORANG KJI”.

Macam aku punya post rtu, aku da maafkan Farah. Sebab dengan cara itu, aku harap Kak Tifa jugak sudah maafkan aku. Cuma aku belum ada kekuatan untuk berdepan dengan Farah lagi.

“Aku. maafkan kamu..l tak perlu kita bertemu cukup kau tahu. yang aku. maafkan kamu.. tolong teruskan hidup jangan sebut namaku..” (lirik lagu Jamal Abdilah nih)

Pembaca yang budiman… terima kasih untuk setiap doa yang anda bagi.. Alhamdulillah aku da makin okay dengan hidupku sekarang.

and dunt worry, aku xkan menjadi insan ketiga dalam perhubungan sape2 lagi…..

Hujung bulan ni. genap 6 tahun arwh B pergi.. 6 tahun lepas, iaitu 2 malam sebelum B pergi, dia bagitahu aku andai masa diputar kembali.. Dia taknak volunteer jadi coach. Penat katanya..

Aku senyum je.. sebab kerana jadi coach tu la dia kenal Farah. aku anggap kata2 itu sebagai permohonan maaf dia yang terakhir padaku.

walaupun hakikatnya sebagai isteri. aku sentiasa memaafkan dia

Ok sambung balik mula2 tujuan kali pertama aku menulis kisah ini adalah untuk bagi pengajaran buat insan yang sedang or hampir menjadi insan ketiga.

Aku share ape yang jadi pada aku pabila aku menjadi 3rd wheel dan pabila aku sendiri ‘terkena’.

Ada anak tak dengan B? Aku tak nak ungkit sebab benda ni agak emosi bagi aku. Sebab isu ni pernah dinaikkan oleh Farah pada B (based on bacaan aku kt gtalk dorang dulu).

Aku dan B takde rezeki anak bersama. Kami sama2 pernah check. Dari segi medical, kami sama2 sihat sejahtera hendaknya.. Tapi, da takde rezeki kan.

Aku redha, dah perjalanan hidup kami tertulis gini.. Untuk pengetahuan, usia perkahwinan kami tak sampai 2tahun pun sebelum B meningal dunia.

Owh yea. beberapa bulan lepas arwh B pergi.. Mak mertua aku bagitahu yang dia tahu apa yang anak dia pernah buat kat aku.

Nak tau camne dia tau? Farah la yang wat pengakuan tu. Tak lama lepas arwh B pergi. Dia minta izin mak mertua aku untuk ziarah pusara arwh.

Dia tak tahu bahawa aku dan mak mertua aku adalah BFF. Maka mak mertua aku cakap dia hanya akan izinkan kalau isteri B izinkan. Kiranya kuasa veto ditangan aku lah.

Tapi aku terkilan gak masa tu dengan tindakan Farah. Sebab aku tak pernah cerita pada kaum keluarga kisah rumahtangga aku dan B.

Aku jaga aib B dan aib aku baik2. Dia plak senang2 buat cerita. But bila pikir balik, maybe sebab dia takde jalan lain nak contact aku untuk mintak izin (kan aku da block terus dia).

Sebab tu dia cari mak mertua aku. So, masa tu, aku tak bagi komen pun samada aku izinkan or tidak.

Mak mertua aku pun tak tanya lagi da lepas tu. Tapi hakikatnya aku da izinkan.. buat ape aku nak halang2 ye dak?

After 6 years, apa jadi pada Farah? Alhamdulillah, Farah baru je bertunang. Aku tahu pun sebab ada member yang bagitahu. Oit! Jangan doakan benda buruk kat Farah.

Aku rasa dia pun da insaf. Yelah, waktu dia dengan B, dia baru grad, so muda lagi. Tak puas enjoy. Kita doa yang baik2 je untuk dia..

After 6 years, apa jadi pada aku? Aku kini baik-baik sahaja.. Sebab itulah, aku da mampu tersenyum sambil menaip luahan nih. Setahun aku hampir hilang arah selepas arwh B pergi..

Setahun, aku salahkan ambulan yang lambat sampai rumah coz jalan jem ada kenduri kawen kat depan simpang rumah.

Pengantin tu pun, time ambulan lalu la korang sibuk nak berarak! #okaybukansalahpengantin

Tapi sekarang aku dah boleh senyum bila baling belakang kisah2 lalu. Alhamdulillah aku da bertemu penganti.

Suamiku yang sudi menerima kisah silamku dan my imperfections. Suamiku sekarang yang always menemani aku tatkala aku menziarah pusara arwh B dan menjenguk keluarga mertuaku.

Ya, aku da keluarga B masih berhubung hingga kini..Once family, always family…

Aku takkan cakap akhirnya aku hidup happily ever after kerana kita tak tahu apa akan jadi esok.. cuma aku syukur..,

aku tidak lagi menjadi seperti Farah dan aku sentiasa berdoa moga hubungan aku kini bebas dari kewujudan pihak ketiga.. jom doa sama2. amin sama2..tq sama2..