Aku tak faham nape dia, pot pet sepanjang 9 jam bekerja. Tak penat ke. Yang lagi pelik, semua yg kenal terlibat dgn isu sensasi

Assalammualaikum. Hai aku Nor, penjawat awam sokongan di selatan tanah air. Okey simple je pengenalan diri sebab apa aku nak ketengahkan adalah berkaitan officemate aku yang aku gelarkan Bedah.

Bedah ni perempuan, 30an, bukan bujang, fizikal tinggi lampai orangnya dan gigi agak maju ke depan sedikit.

Aku perhati je gigi dia dengan perangai dia sebab ianya macam secocok untuk melambangkan kejoyahannya dekat pejabat.

Pot pet pot pet sepanjang 9 jam bekerja (termasuk waktu rehat okeh) sebab itulah tajuk aku kata Terkenan Tongkeng Ayam ni.

Awal pagi bermula dia punch-card je dari mesin punch-card dia berjalan nak ke meja kerja je dah cukup riuh.

haa masa ni aku sebagai jirannya akan rasa tenang sikit. Prappp papp papp aku letup-letupkan jari jemari mula menaip kerja……

Ketenangan yang abadi pasti terganggu bila bedah balik menapau. Sekampung di ajaknya masuk pantry makan sesama. Padahal ajak-ajak ayam je tapi riuhnya dia.

Kadang macam memaksa pun ada. Aku ni kadang dok jaga air muka dengan hati dia menjengah la kejap. Tapi itulah dah masuk pantry tu lain pula topik si bedah.

Dekat work-station masing-masing sambil aku menaip mesti kejap-kejap bedah panggil. Kadang nak cakap sharnaaz ahmad gaduh dengan wife, fizo cerai,

orang buang anak, YB norhizam buat hal, pencemaran udara dekat pasir gudang, DLL. Padahal semua tu aku dah tahu dah sebab dah viral dekat socmed.

seraya itu maka bertalu-talu penceritaan dia apa sebab dia panggil aku. Kadang aku dengar sekejap pastu sambil aku layan aku menaip kerja dengan harapan dia paham hint aku yang aku sibuk.

TAPI dia nampak aku menaip tanda aku sibuk dia tetap bercakap pot pet pot pet dia tu. Arghhhhh banyak kali kena naik jemu aku.

Jiran lain sebelah sana lagi hawau dia kalau dengar je bedah nak bercakap cepat-cepat aku dengar dia tekan telefon

“bedah kejap ya…aku ada customer nak kena call ni…” kang kejap lagi supplier call la. Untung la dia berjaya mengelak dengan berjaya.

Kadang bila semua elak bercakap bedah ni macam terasa dia pun sunyi sepi buatlah kerja dia.

Masa tu sekejap ke lama ke bergantung pada topik. Penyudahnya orang lain yang sudah solat dulu dari bedah.

“Kau buat kerja ea…” bila nampak kita tengah buat kerja. “Kau whatsapp siapa tu??” bila dia melintas tepi sedang kita pegang hp.

“Balik ni ko masak ke makan luar??” Soalan kerap ditanya dalam seminggu….naik hafal dah aku. Banyakkkkkk lagi soalan cepucemas, soalan spontan, soalan bodoh, dll soalan.

Kiranya dia ni tak boleh diam, mesti ada benda nak ditanya. Dia diam pun macam yang aku cakap bila ada yang ketara tunjuk respon malas layan dan elak-elak dengan dia, tapi itu pun sekejap je tak bertahan lama mana pun.

Kalau ada klik lain singgah ke meja jiran-jiran confirm dia pasang telinga. Orang cerita pasal anak sekolah dia pun sama mencelah.

suka jenguk kepochi kita buat apa……aku geram aku print la apa-apa quote dekat internet, kalendar, list nombor telefon staff aku tampalkan antara cermin aku dengan bedah.

Mula-mula tu dia bising kata tertutup la, rimas terkepung la, aku keraskan je hati pasal nak elakkan dia

dan Alhamdulillah dia tak kacau sangat macam biasa tu tapi dia upgrade skill dia datang belakang aku terus tepuk bahu ke, cuit ke,

bisik kat telinga terus apa-apa gosip dia nak sampaikan…..berhuhu jelah aku setiap kali ianya terjadi.

Okey la aku nak akhirkan cerita bedah ni. Kadang aku hairan mana datang energy dia ya?? Dekat rumah dia macam ni ke??

Atau ni genetik?? Tak apa la….buat admin dan pembaca semua doakan aku dan rakan-rakan setugas lain kuat dan tabah sehingga bedah pencen tapi itupun masih ada servis berbaki lagi 23 tahun bedah masih berkhidmat sebelum pencen.

Sekian, terima kasih.