Hina ke aku. Semua lelaki yg datang lakukan bende sama. Aku perampas ke? Dia dah bertunang tapi masih cari aku.

Hai, assalamualikum. Macam mana nak mula cerita pun aku tak tau. Tapi aku nak share juga lah. Aku ni perempuan yang dah nak menginjak ke usia 30an. Aku punya impian dulu nak kahwin di usia muda.

Empat tahun lepas aku berkenalan serious dengan sorang lelaki. Dia sudah merancang untuk bertunang dan berkahwin dengan aku.

Walaubagaimanapun akhirnya dia tinggalkan aku tanpa sebab hanya mengatakan aku dan dia tiada jodoh.

Sampai sekarang dia pun masih tak berkahwin lagi. Sejak dari pada tu, waktu tu usia aku baru 24 tahun.

Kemudian tahun berganti tahun aku masih meneruskan usaha mencari jodoh aku. Aku pernah subscribe Dan bayar untuk join laman web mencari jodoh muslim.

Sebab kan aku rasa aku perlu bagi peluang untuk diri aku kenal dia, aku pun bagi pinjam

dan akhirnya sebenarnya dia scammer penipu duit wanita-wanita di luar sana dengan member harapan untuk menjadi pasangan hidup yang baik.

Ahhhhh, aku menangis. Aku rasa diri aku macam bod0h sangat, aku ni terdesak sangat ke nak mencari jodoh.

Sampai lelaki asing macam ni pun boleh senang tipu aku. Sejak tu, ada juga beberapa lelaki yang aku tak kenal text aku untuk mengenali aku.

Semuanya aku block sebab aku rasa tu semua scammer. Sampai satu tahap aku rasa, aku dah malas nak hiraukan pasal jodoh.

sampai satu tahap dia ajak aku keluar, aku pun keluar dengan dia sebagai kawan. Aku tahu dia sudah ada kekasih hati,

dia text aku kata adakah ruang di hati aku untuk dia. Aku dan dia berkawan makin rapat dan rapat.

Sampai satu tahap dia bertunang senyap dengan kekasih dia, tapi aku dapat tahu juga.

Aku cuba untuk tinggalkan dia tapi dia berkeras mencari aku dan ingin meneruskan hubungan yang rapat ni dan kata nya tunang tu hanya pilihan keluarga.

Sekarang aku rasa macam aku ni perampas pula, hurm aku rasa macam drama tv3 kalau untuk aku watak jahat jadi kekasih gelap tunang orang.

aku dapat tau sebab aku follow Instagram perempuan tu. Tapi kata bukan pilihan hati. Tipulah kan.

Kadang senang-senang je lelaki tu tipu aku kata kerja la itulah inilah sedangkan dia tengah bersuka ria dengan tunang dia..

Bagus jugalah tunang dia post dekat Instagram kan. Aku tau lah juga selok belok kalau time aku kena kelentong tu waktu bila.

Aku minta maaf kat tunang dia kalau dia rasa aku yang perampas. Yang pasti aku takkan kacau hubungan mereka. Maafkn aku. Aku bukan perampas… aku dah penat menangis sebab ditipu dan tertipu.