Kat kampung dulu2 tiap2 malam aku dgr bunyi tapak kaki turun tangga tapi sampai ke sudah orang tu tak naik2. Rupanye dia lalu kat situ

Assalamualaikum. Semuanya bermula dikampung aku. Rumah kampung arwah atok aku beli dari orang. Memang dah ada sebahagian rumah yang lengkap atau orang panggil rumah atas dan rumah dibahagian bawah hanya berdindingkan zink.

Halaman rumah tu luas. Arwah Wan aku memang tak suka rumah tu sebab sunyi dan jauh ke belakang (sebab laman nampak luas).

Walaupun tak suka, tapi kat rumah itulah aku dan adik-beradik membesar. Adik beradik aku 7 orang dan aku yang ke-3 dan aku juga cucu perempuan sulung.

Belah mak aku cucu tak ramai dan adik-beradik akulah yang paling ramai. Setiap kali cuti sekolah, arwah wan akan mintak mak aku ‘pos’kan kami adik beradik balik kampung.

Setiap malam aku akan terdengar sayup-sayup bunyi seseorang menapak menaiki tangga, namun sampai ke sudah orangnya tak jugak naik.

Bila aku melalui kejadian tu, aku langsung tak takut. Aku akan tenung pintu untuk tengok siapa yang naik tangga.

Sehinggalah dalam tahun 2001, baru aku dapat tahu rupanya memang ada sesuatu yang bertenggek pada tangga tu. Semua terkantoi bila arwah wan dan atok dah takde.

Adik aku bawa kawan dia balik kampung, konon nak pegi tengok Jom Heboh. Kawan dia terjaga dan ternampak ada sesuatu berdiri atas tangga. Memandang ke arah dia. Keesokannya, terus kawan dia tu demam.

Ada juga kejadian lain di tanggap tu. Mak aku tiba-tiba boleh terjatuh macam ada orang tolak dia dekat tangga tu. Sampai bersimen kaki! Padahal mak aku kata, elok je dia berjalan.

Adik aku pernah kena sampaikan adik aku tak tahan duduk rumah. Adik aku cakap, ‘dia’ berpesta dekat rumah atas. Tak kusyhuk adik aku nak solat.

Mak akulah paling kesian. Kalau benda tu kacau mak aku, yang paling teruk, sampai dia tak boleh bangun. Apatah lagi nak solat.

Mak aku kata, ‘dia’ akan ‘senakkan’ dada mak aku sampai mak aku susah nak bernafas dan perut mak aku ‘dia’ akan buat mak aku memulas-mulas sampai hilang banyak air dalam badan.

Dah banyak kali pergi berubat, tapi semua cakap tak boleh nak ‘buang’. Caranya, mak aku kena teruskan amalan sehingga ‘benda’ tu sendiri keluar. ‘Benda’ tu dah lama dalam badan mak aku rupanya. Sejak dari anak dara lagi.

Aku bila keadaan tu berlaku, aku tak sedar. Tapi, bila aku ingat semula, aku akan jadi seram. Bukan tu saja, aku dan adik pernah saja-saja main ketuk lantai.

Tapi kita orang tak boleh takut, sebab kalau kita orang takut, lagi ‘dia’ suka. Jadi, kami semua kena banyak beramal untuk kuatkan semangat diri.

sekian,