Saya pegi surau nk tido jap. Baru nak lelap aku kena tindih dan ada suara bisik sesuatu. Respon kak kiah bila cerita dekat dia

Assalamualaikum. Saya gelarkan diri saya Nurul (bukan nama sebenar).

Dulu saya bekerja di salah sebuah syarikat penerbangan yang terkenal dalam Malaysia ni. Saya bekerja sebagai techinician kapal terbang di dalam hangar (bukan hanger baju taw).

Pekerja perempuan dalam department saya ni tak ramai. Iyelah kerja berat macam ni majority semuanya lelaki kan.

Pada satu hari, saya bekerja di hangar 4 di mana ia terletak paling hujung sekali. Surau untuk hangar 4 ni terletak di rooftop. Surau lelaki dan perempuan bersebelahan.

Setiap kali masuk surau itu, memang suram, gelap dan ada aura lain. Memang seram lah kalau masuk seorang diri.

Iyelah. Saya tidur di hadapan tempat sidai telekung memanglah! Kemudian saya lelap balik.

Terdetik di hati saya, “tadi mimpi ke bukan?” ok kali ni real punya saya bangun sebab saya nak pastikan yang saya bukan mimpi.

Saya cuba celik lagi sekali nak pandang ke arah kaki saya. Belum sempat mata saya melilau ke arah kaki saya, rupanya ‘perempuan’ tadi sudah pun rukuk di atas saya.

Maksudnya saya celik je muka dia yg bulat, hitam, mata yang merah seakan marah terpacul betul-betul dihadapan muka saya. Jarak dalam seinci dua je.

Oleh kerana terlalu takot saya pejam mata balik dan toleh semula ke kanan.
“Bukk!” terus saya ditindih.

“bangun…” Saya tidak endahkan.

Dia bisik lagi kali kedua. “bangun…”

saya masih tidak endahkan. Kali ketiga dia punya suara makin kuat pulak. Dah bukan kategori bisik lagi dah. Kemudian saya terfikir,

“kalau aku tak bangun jugak ni, entah apalah kau nak buat”. Terus dia bisik paling kuat dekat telinga aku. “BANGUN!”

Terus aku bangun. Marahlah tu, nak tindih aku tak dapat. Masa aku bangun ada sorang kakak staff tidur di tepi dinding.

Sorang lagi aku gelar kak Kiah (bukan nama sebenar) tengah pam susu dekat kerusi sebelah paip tempat ambil wuduk.

Aku datang dekat kak Kiah, “kak kiah nampak tak ada perempuan pakai telekung tadi?”

Kak kiah tu jawab, “takde pun.”

Satu lagi, saya percaya benda tu adalah jin. Sebab ada kawan saya siap kena lempang masa tengah tidur. Salah sorang brader engineer pun ada pengalaman, Masa tu bulan Ramadhan.

Dia shift malam. Jadi dia dapat buat tarawih masa tu dalam pukul 3 pagi . Dia ditemani sorang pakcik indonesia (vendor staff) tapi pakcik tu tidur di belakang brader ni.

Masa brader ni tengah solat, dia dengar suara ramai orang nak Masuk surau. Siap bunyi air paip lagi seolah macam nak ambil wuduk.

Bunyi pintu berkuak pun ada. Bila brader ni settle solat terawih, dia toleh belakang tiada siapa pun kecuali pakcik indonesia tadi yang tengah tidur.

Kesimpulannya, saya boleh cakap surau tu memang banyak jin.

Yang penting solat jaga. Rajin mengaji, hiaskan rumah dengan alunan ayat suci al-Quran.

Minta Perlindungan dari Allah. Ye. Kalau Allah tidak izinkan sesuatu berlaku pada kita, takkan terjadi lah. Haha. Itu saja perkongsian dari saya. Maaf tak seram pon.