Suami beli motor, depan mata saya mak dia mintak geran nak simpan. Kalau saya masam muka dengan mak dia

Assalamualaikum. Saya surirumah dan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Straight forward pada cerita saya.

Typical cerita antara mertua dengan menantu, ibu mertua saya seorang control freak.

Saya dah berkahwin hampir 5 tahun. 3 tahun pertama perkahwinan saya tinggal bersama mertua.

Faktor ekonomi yang kurang stabil, status saya yang masih belajar (postgraduate student)

dan jarak tempat kerja dengan rumah mertua yang sangat dekat membuatkan suami memilih untuk tinggal bersama ibubapanya.

Dia suka menjeling, body language yang sangat jelas bagi saya. Haha. Baik lelaki atau perempuan. Ada saja yang tak kena di mata dia.

Apa yang saya perasan, sebenarnya dia tak suka bila orang membantah kata dia dan tak mengikut cara dia.

Memandangkan saya yang tinggal sebumbung, maka memang selalu lah saya kena hadap sesi luahan perasaan pasal menantu2 hantu dia tu.

Mak mertua saya ni ada anak favorite. Dengan si anak favorite ni lah dia selalu membawang hal2 anak menantu.

Saya selalu terdengar perbualan mereka. Kadang saya pun jadi bahan bawangan. Tapi saya tak kisah sangat,

Bukan apa, dah ada sejarah dah dalam keluarga ni, bila menantu menegur bab penjagaan anak2, terus jatuh ranking si cucu ni dari favorite kepada least favor.

So untuk mengelakkan anak2 saya pun jatuh ranking, saya cuba bermodus operandi seperti menarik rambut dalam tepung. So tak nampak sangatlah yang saya ni tak setuju dengan dia.

As what I have mentioned above, my MIL ni suka mengawal. Yes. Benda ni pun buat saya sakit jiwa jugak.

Tahukah kalian IC anak2 dia, dia yang akan pegang sampai budak tu umur 18 tahun. Dengan alasan, nanti hilang. Begitu jugak dengan geran kereta, motor, buku akaun ASB dan buku bank.

Macamana saya tahu? Sebab lepas suami saya beli motor, depan mata saya mak dia mintak geran nak simpan. Allahu sistur. Migrain saya layan perangai dia.

Memasuki tahun ke 4, kami ada rezeki untuk berhijrah memulakan hidup sendiri. Ku pikir, sampai situ jelah kisah campur tangan ibu mertuaku ni.

Rupanya, dalam diam dia dah carikkan rumah untuk kami sewa, siap dah buat deal bagai dengan tuan rumah tanpa pengetahuan kami suami isteri. Ya, suami saya anak dia sendiri pun tidak tahu menahu.

Oh ya tidak dilupa dia dah buat house visit sekali ya. Tepuk dahi lagi saya kali ni. Kami berpindah jugaklah ke rumah pilihan ibu mertuaku.

Alhamdulillah, mudah urusan kami berpindah. Sekarang dah setahun lebih kami hidup sendiri, dan kehadiran sosok ‘control freak’

itu masih ada dalam hidup kami. Cuma tak sekencang dulu. Dah terkawal. Macam macam ragam manusia ni ye.

Kita tak buat apa pun, dia buat drama airmata je, habissss. Memang ternampak derhaka lah kau selamanya.

Tell me how am I supposed to deal with it. Saya pun nak jaga keharmonian rumahtangga saya, I am so sure my husband would be unhappy kalau saya bermasam muka dengan ibu dia.

It’s not that my husband tu terlalu dengar cakap mak dia, anak mak ke apa cuma yelah benda berkaitan dengan mak ni, siapa tak sensitif.

Tak payah tipulah, walaupun korang tau mak korang salah, tapi kalau ada orang dingin dengan mak korang,

mesti korang pun sentap jugak kan. That is marriage by the way. Benda macamni lah yang mematangkan kita dan mendidik kita untuk jadi lebih sabar.

Cubalah sehabis baik untuk menepis mahupun menyambut setiap satu masalah itu. Berhenti menyalahkan orang lain dan selalu selalulah happykan diri sendiri.

Jujur saya cakap, my humble and unpopular opinion, tak berbaloi untuk digadaikan rumahtangga kita hanya kerana sikap mertua dan ipar duai.

Carilah penyelesaian yang terbaik untuk kita dan anak anak. Mereka hanyalah orang luar yang sepatutnya tidak berkuasa menentukan kebahagiaan atau kepincangan rumahtangga kita.

Kuatkanlah dan satukanlah hati kita suami isteri dalam berhadapan dengan masalah ‘orang ketiga’ ini. Semoga rumahtangga kita sama2 bahagia hingga ke Jannah. Aamiin.