Aku gadis kampung kerja di bandar. Mak suruh balik tp aku xnk. Klu lah mak tahu apa yg aku buat, xtahu lah ape perasaan dia

Assalamualaikum. Aku perlukan pendapat kalian. Sungguh. Aku baru je habis study awal bulan May lepas.

Aku menetap negeri seberang dan sepatutnya lepas habis study haritu mak memang suruh aku balik terus.

Aku faham maksud mak tapi aku rasa berat hati nak balik sebab aku tahu peluang kerja dekat sana sangat rendah.

Haritu aku ada balik sekejap dan aku sempat juga survey-survey kerja kosong dekat sana tapi nasib tidak menyebelahi.

Maka aku pun berhijrah balik ke negeri tempat aku menuntut ilmu untuk mencari kerja.

Kakak dimasukkan dalam ICU selama beberapa hari sebelum berpindah ke wad biasa selama seminggu.

Keluarga aku orang susah tapi syukur masih cukup makan lagi. Dengan keadaan sekarang, aku tahu mak terbeban.

Ayah aku tidak bekerja, begitu juga adik beradikku yang lain. Hanya mak yang menanggung kami sekeluarga dan mak cuma pekerja biasa, bergaji rendah.

Aku sangat kasihankan mak. Sebelum kakak jatuh sakit, kakak pernah bekerja tetapi diberhentikan

atas alasan dia melakukan kesalahan yang bukan dia buat. Kakak akur. Kakak jatuh sakit selepas dia berhenti kerja.

Selesai cerita kakak.

Sepanjang kakak sakit aku masih di perantauan. Masih gigih mencari kerja dalam bidang yang aku minat namun tidak membuahkan hasil.

Agak sukar kerana bidang aku dimonopoli oleh kaum lelaki tapi aku tidak putus asa dan sehingga kini masih juga menghantar resume, cover letter dll melalui email. (Sejujurnya aku suka kerja-kerja lasak).

Oleh sebab graduan tidak boleh memilih kerja, aku akur untuk kerja di sebuah kedai serbaneka dahulu sebelum mendapat tawaran kerja yang lebih baik.

Aku tiada masalah untuk bekerja di tempat berkenaan walaupun tujuan asal aku berhijrah semula adalah untuk bekerja dalam bidang yang aku minat.

Tapi melihatkan keadaan sekarang, aku harus bekerja untuk menampung keluarga.

Mak mahu aku balik dan duduk sahaja dirumah sedangkan aku belum bersedia untuk balik sebab mahu terus bekerja bantu ringankan kewangan mak.

Aku buntu. Malahan, adikku yang bongsu sedang berada di Tingkatan 5 dan aku sebagai kakak impian aku besar untuk lihat dia masuk universiti.

Untuk pengetahuan, hanya aku seorang sahaja dalam adik beradik yang berjaya masuk universiti dan aku tahu betapa peritnya mengumpul duit untuk memulakan pengajian.

Sebolehnya aku tidak mahu adik aku merasai keperitan itu jadi aku rela menanggungnya supaya dia lebih bersemangat untuk sambung belajar.

Aku takut jadi anak derhaka sebab tak ikut cakap mak tapi kalaulah mak tahu apa yang aku buat ini juga adalah untuk mak dan keluarga.

Adakah aku perlu balik patuh cakap mak? Atau teruskan kehidupan sekarang seperti biasa?