Mak menangis beria2 minta aku jgn kawan N. Tapi N kawan baik aku, dia yg bantu aku utk dpt benda tu.

Assalamualaikum. Banyak kali aku fikir nak hantar luahan aku dekat sini.. Aku buntu sangat.

Selain luah di sejadah… Aku tak tau nak luah pada siapa.. Terima kasih admin sebab siarkan kisah aku ni. Luahan ni agak panjang.

Malam tu malam terakhir ramadhan. Hati aku masih sedih dengan masaalah yang belum nampak ada penyelesaian. Tersepit antara family dan kawan rapat yang dah aku kenal lebih 10 tahun.

Malam tadi, mak aku menangis-nangis minta aku jangan kawan lagi dengan N. Mak cakap mak dah anggap macam anak sanggup perempuan tu buat keluarga kita macam ni.

Kalau along tak kawan dengan perempuan tu, ramai lagi kawan baik-baik ada. Mak pun banyak kawan. Tapi tak ada kawan macam perempuan tu lah!”

Aku pelik, petang tadi semua nya baik. Bila aku balik rumah dari bandar dengan sepupu aku, mak aku berkurung dalam bilik. Berbuka puasa pun dalam bilik.

“Kenapa tiba-tiba cakap tentang ni? Ada sesiapa mengadu?”

“Along tak payah dah kawan dengan perempuan tu. Mak sedih tau tak. Dia siapa nak cakap macam tu?!”

Aku diam. Aku tahu mak aku tengah marah dan aku nak tahu punca mak aku tiba-tiba naik angin.

“Apa yang Acik cakap sampai tiba-tiba mak macam ni?” Aku mula tinggi suara.

Semua N yang settle. Masa interview pun, memang rezeki interview, Kami bertiga diterima bekerja. Kami happy.

Selama ni aku dengan N sabar je dengan perangai acik. Acik suka react dengan attitude berhari-hari kalau ada masaalah atau dia tak suka something.

Kau cakap la apa-apa, acik akan buat muka tak layan. Panggil pun, Acik akan buat diam.

Aku pulak tak suka kalau ada problem lama-lama macam ni. Aku akan cuba ajak acik buat aktiviti sama-sama. Tapi itu la….

Acik dengan perangai dia. Perangai acik ni, dia akan tiba-tiba berbual macam tak ada apa-apa berlaku kalau dia rasa nak berbual.

Along mengalah. Mak marah sebab aku marah acik sampai acik tak balik malam tu. Sampai bila nak biar? Tak boleh ditegur?

N ada masa kami gaduh. N memang tak campur. Dia just cakap, kalau adik dia, lama dah Adik tu kena belasah sebab kurang ajar macam tu.

Dekat 2 minggu juga acik macam tu, akhirnya acik ok. Bila aku tanya acik, dia cakap dia sedih N cakap nenek aku bodoh.

Aku tanya bila. Dia cakap time tu aku ada tapi tak marah N. Aku ingat lagi kejadian tu.

Masa tu, aku ada luahkan dekat N dan Acik, nenek aku cakap aku kurang ajar sebab suruh nenek makan dulu.

Settle masalah? Masalah akan lagi besar bila dia buat perangai macam ni. Aku rasa ini hanya salah faham.

Lama- lama acik makin tak suka N. N tak ada sesiapa dekat sini. Family jauh di utara. Jadi, kalau sebulan, 3 Kali aku balik kampung, N akan ikut.

Bila acik tak suka N, masa makan, Acik tak akan makan sama. Mak aku banyak kali panggil pun acik tak akan datang.

Mak aku ni punya susah hati, walaupun aku suruh mak aku makan je. Mak tetap bangun dari meja makan tu panggil acik.

Bila acik masih tak nak, mak aku makan sikit je sambil bebel acik ni perangai memang macam ni.

Walaupun berat buat N macam tu. Tapi, N cakap dia ok. Janji dia tak sorang-sorang. Dia boleh balik kampung aku. Boleh main dengan kucing aku.

Lepas tu, Aku, Acik dan N ok. Siap bercuti sama-sama. Pergi jalan-jalan naik kereta N.

Tapi tak lama. Satu hari, N ada marah sebab kami lambat. Biasa la.. Balik kampung, mak aku akan bekalkan makanan.

Dah la lambat bersiap, tunggu pula mak aku masak nak bekalkan makanan. Sampai kami terlambat nak ke tempat kerja.

Memang N marah kalau bab masa ni. Aku paham sangat. Acik terasa hati dengan cara N marah-marah.

Acik dah bagitahu family, dan family aku lagi marah dengan N sebab suruh acik berhenti kerja.

N cakap semua yang acik suruh dia ikut, ingat boleh berbaik. Tapi makin jadi teruk.

Aku tau, N tak ada sikit pun bercerita masalah ni dengan family dia. Family dia masih ingat, family aku masih baik dengan N.

N cakap benda ni settle kalau dia dah tak nampak Acik. Dia minta acik berhenti kerja. Kerja ni pun N yang cari.

N dah tak boleh nak hadap muka acik. Aku? Tersepit antara family Dan Kawan baik. Aku minta acik hanya tukar shift.

Itu pun, Angah dah nasihat aku minta ikut cakap family, redha ibu tu penting. Aku diminta balik kampung selalu.

Tapi kenapa hati aku pedih sangat bila balik kampung? Asyik menangis dalam bilik.

Dekat company, disebabkan kami bertiga dulu rapat, kecoh orang bercerita tentang kami. Lagi-lagi bila dah jadi kes polis.

Belum lagi yang tokok tambah. Aku tertekan… Aku jadi menyampah dengan acik. Aku dah tak dapat luah dengan N, sebab aku tau, N pun tertekan.

Aku sayang keluarga aku, aku pun sayang persahabatan aku dengan N. Tolong doakan kami berdamai dan masalah ni selesai ye.