Kami student koleh, mula2 checkin hotel tido sekatil tak bersentuhan. Lama2 Fit dan aku tak tahan hingga trlanjur

Nama aku Sarah, umur lewat 20-an, baru berkahwin Jan 2019, bekerja di hospital, pelajar dekan tiap tiap sem di universiti, boleh di kategorikan pelajar perempuan yang hot jugak masa study.

Ramai yang datang mengorat & tak lupa juga ramai yang datang masuk meminang. Tapi aku reject semua sebab pada aku, pelajar se-perfect aku mestilah nak ada boyfriend yang handsome,

Plus background history dia pun tak ada yang mencurigakan sebab kawan sekelas aku dlu sama2 sekolah dengan dia. Dan akulah cinta pertama dia. So dia sangat2 appreciate aku masa tu.

Masa berlalu sehinggakan aku terlalu sayang & cintakan Fit sepenuh hidup aku. Alhamdulillah, pointer aku tak pernah turun,

malah makin naik lepas aku kenal dengan dia. Pada aku tak ada masalah untuk aku terukan hubungan ni.

Nak dijadikan cerita, perempuan & lelaki bila dah keluar berdua, makan selalu, naik kereta ke sana ke mari,

kadang kadang tak balik kolej semata mata nk tengok midnight movie, lepak mamak, overnight di I-City jalan-jalan & tidur di dalam kereta di tempat yang terang.

Maka daripada terlanjur sekali terus menjadi rutin, setiap kali overnight, tak check in memang tak sah. Benda haram memang best orang kata.

Masa berganti masa, genap tahun ke 4 bercinta, kami sama-sama sambung pengajian ke ijazah.

Masa ni, masing-masing dah duduk jauh, sorang di Selangor, sorang di utara. Kami dah tak kerap jumpa, tapi relationship kami masih sama & tak goyah.

Masuk tahun ke 5 bercinta, long distance relationship ni mula goyah. Fit mula tak reply message, whatsapp, dm aku dia semua social media.

Tak angkat call aku & kalau angkat sekadar nak bagitahu tengah busy ni siapkan project.

Masa tu tergerak hati nak approve walaupun sebenarnya wechat ni aku akan approve kawan2 yang kenal je.

So dekat situ aku baca semua komen2 mereka berdua, love love, rindu & cinta bagai. Aku memang jatuh terduduk,

aku menangis sehabis baik, aku call Fit berkali-kali tapi dia tak angkat, aku message dia memandangkan whatsapp aku dah di block.

Aku tanya dia, siapa Diana? Maybe sebab dia cuak aku dah tahu tembelang dia dah pecah, dia reply message aku cakap, “Model untuk final project dia.”

Aku rasa tak payah la aku cerita lebih detail pasal tu, sebab aku masih lagi belum dapat maafkan diorang & kalau terkenang memang aku akan nangis even sekarang aku dah kawin.

Zack (tak handsome, tak kaya, tak pandai sangat, baik tu aku tak tahu lagi sebab aku baru kenal dia sebulan) which is husband aku sekarang.

Bila Fit nampak aku mula menjauh, dia datang ke rumah sewa aku semata-mata untuk stalk kegiatan aku sehari-harian sebab aku dah takcari dia.

Malangnya aku tak buat apa pun, aku belajar dari kesilapan, aku tak keluar dengan lelaki malam-malam, aku duduk rumah lepas habis waktu kerja.

Balik kerja pun jalan kaki 30 minit dari hospital, masak sendiri di rumah & duduk dalam bilik sambil whatsapp dengan Zack yang baru aku nak kenal tu.

Satu malam tu aku demam & tak larat nak masak, Zack datang rumah & ajak aku keluar makan.

Dia rampas phone aku, dia kasi iphone dia supaya dia boleh detect location aku sentiasa di mana2.

Lepas balik kerja dia tahu jalan mana yang aku ikut untuk jalan kaki ikut untuk kerumah.

Kalau aku melencong ke mana-mana dia akan call aku tanya buat apa ke sana. Hidup aku dalam keadaan tertekan & hampir rasa nak bunuh diri.

Akhirnya aku call Zack menggunkan phone office & minta dia datang ke hospital aku pada waktu aku shift malam.

Aku berterus terang dengan dia & minta dia tinggalkan aku kalau dia tak boleh nak terima aku.

Akhirnya aku berkawin dengan Zack selepas 2 tahun bercinta. Sebulan pertama perkahwinan, setiap kali solat jemaah aku akan minta maaf pada dia atas dosa silam yang pernah aku buat dulu.

Tapi suami aku selalu marah bila aku ingat memory tu lagi, aku bersyukur dikurniakan suami yang sekarang.

Terima aku tanpa mengira kisah silam aku yang penuh maksiat, tak pernah ungkit 1 pun kisah silam aku daripada bercinta smpai sekarang,

even nama Fit pun dia kalau boleh taknak sebut sebab dia taknak aku teringat lagi.Walaupun Fit tu nama anak buah dia, dia akan cakap, “anak kak long yang no 2 tu.”

Lepas nikah baru aku tahu suami aku yang dulu aku judge dia teruk perangai sebab dia seorang perokok tegar & serabai tu aku rasa dia culas dalam solat rupanya dia tak macam tu.

aku masih lagi di uji dengan Fit. Hampir tiap tiap malam aku mimpi aku berasmara di atas katil dengan Fit di hotel-hotel yang pernah kami check in.

Aku tak tahu kenapa aku sampai sekarang masih di uji dengan ujian mimpi buruk tu. Sampaikan apa yang pernah aku buat dengan Fit di hotel-hotel tu,

aku masih tak boleh lupa sebab dia keep playing dalam mimpi aku. Walaupun aku tak pernah langsung teringat pada dia sedetik pun lepas aku bernikah.

Husband aku memang tak tahu struggle aku sehingga ke hari ni nak melenyapkan semua memory tu.

Masa aku pregnant ni, lagi kerap mimpi aku & Fit di ulang ulang. Aku sumpah aku tak cukup kuat untuk semua ujian ni.

Aku banyak jugak berdoa supaya Allah lenyapkan memori buruk tu dalam hidup aku. Dan setiap kali itulah, aku bangun tido aku rasa bersyukur ada husband macam Zack di sebelah aku.