F kata dia betul2 sayang aku dan nk halalkan aku. Tp makin lama dia dah jarang wasap aku. Bila tanya, ini aku dapat

Namaku Ain. Umur 23 tahun,Aku seorang pendiam, introvert dan jarang tegur lelaki. Lepas habis diploma, aku dapat kerja part time di sebuah restoran sushi. Di situlah mula staf2 jodoh2 kan aku dengan F.

Awalnya macam biasa aku sombong2 tapi kerana kesian dan fikir atas dasar kawan, aku beri juga nombor telefon setelah berhari dia minta.

F mengaku suka kan aku. Dan mula perkenalan kami. Aku tak benarkan F call aku. Hanya whatsapp jadi medium kami. Di tempat kerja pun kami tak bercakap, sekadar tegur2 biasa.

Aku mula istikharah tentang hubungan kami. Pada awalnya ada petunjuk2 kecil tapi aku buat tak endah sebab fikir aku yang overthinking.

Aku fikir kalau betul nak berkenalan sekalipun tak perlu nak berdua-duaan. Lelaki yang benar2 baik tahu hukum hakam keluar berduaan tanpa teman.

Aku dah mula jauh hati. Setiap kali aku niat untuk beritahu F supaya putus, setiap kali itu ada halangan.

F seorang perokok. F pernah beritahu dia berjaya tahan diri dari merokok selama 3 minggu. Dia kata nak berubah lebih baik demi aku dan dia.

Aku takut jika aku beritahu niatku akan buat dia patah semangat untuk jadi lebih baik. Lalu aku tangguhkan lagi dan lagi.

Hati aku makin keliru. Setiap hari tak jemu aku beristikharah kerana aku sudah mula memikirkan soal jodoh dunia akhirat.

Sebulan lepas kenal, N mengajak aku berkahwin pada tahun itu. N kata dia dah lama kumpul duit untuk berkahwin cuma belum bertemu calon yang sesuai.

Kami jumpa bersama-sama keluarga kami sekali sahaja untuk merisik dan bertunang. Dan perjumpaan seterusnya pada hari pernikahan kami.

Alhamdulillah sekarang sudah 10 bulan perkahwinan kami. Syukur aku sangat bahagia dengan kehidupanku sekarang.

Apa yang ingin aku kongsikan, berpeganglah pada prinsip diri. Jangan kerana sayang, tergadai maruah dan harga diri.

Jangan pernah dekati jalan zina, kerana balasan zina bukan setakat di akhirat, malah di dunia lagi.

Mereka muslimah dan jarang tegur lelaki seperti aku. Mungkin kerana iman mereka yang tak cukup kuat, dan ujian aku tak sehebat mereka.

Nasihatku untuk mereka yang diuji sebegitu, fokuslah untuk masa sekarang dan akan datang.

Yang silam biarkan berlalu. Lazimkan taubat dan solat2 sunat lain, sentiasa baca Al-Quran, mohon agar Allah swt hilangkan segala pahit dan perit yang lalu.

Percayalah Allah swt lebih tahu apa yang terbaik. Tak perlu nak buktikan rasa sayang dengan jalan yang salah.

Berdoalah selalu dan paling penting perlu yakin yang Allah swt akan makbulkan doa, kau cuma perlu bersabar dan terus bersabar.

Moga dengan asbab kita menjaga diri demi Allah swt, Allah swt berikan kebahagiaan beratus ganda lebih baik daripada apa yang kau impikan. Wassalam.