Aku dapat RM50 hasil kerja pertamaku dgn harapan ibu akan sayang aku. Rupanya aku silap. Aku dibuang dan dijual pd ayah atan

Kehidupanku amat berbeza dari orang lain. Sejak kecil lagi ibarat “terasing” daripada keluarga.

Sifatku yang pendiam dan hanya menurut membuatkan mereka lebih membuliiku. Aku selalu digelarkan “anak neraka” apabila melakukan kesalahan walaupun hanya kesalahan kecil.

Aku kurang berjaya disekolah. Kerana selalu dikatakan “anak neraka”, aku menjadi liar dan bergaul dengan budak-budak nakal.

aku merokok, hisap ganja tapi alhamdulillah aku tidaklah kearah merosakkan anak gadis orang lain.

Aku hanya buat jahat terhadap diri sendiri, tapi aku tidak pernah menyentuh orang lain.

ANAK HARAMJADAH! Aku pun tak tahu apa salah aku ni, salah waktu ke mereka lahirkan aku?

Ayah? haha, jangan haraplah dia nak ambil tahu pasal aku. Bagi mereka hanya kakak dan abang saja yang memberi kebanggaan kepada mereka.

Abang aku supervisor Kilang. Kakak aku Cikgu. Disebabkan umur yang jarak antara aku dan adik beradik lain,

aku tak dapat nak berbakti memberi ibu bapaku duit seperti abang dan kakak. Bayangkanlah,

umur ku baru 16 tahun, masih sekolah tetapi selalu diperli ibarat menyusahkan keluarga.

Aku ceritakan segalanya tetapi mereka tidak percaya. Abang aku siap menghasut mengatakan aku menjadi pengedar ganja.

Kebetulan bekas plastik ganja ada lagi didalam beg aku. Aku dihalau keluar malam itu dan disumpah seranah mengatakan aku ini anak yang tiada membawa untung.

Ya, aku dihalau sehelai sepinggang. Malik, sahabatku menjemputku datang ke rumah. Nasib aku baik,

Ayah Atan, ayah Malik menerima aku dengan baik. Ayah Atan sanggup bersemuka dengan Ibu ku dan aku ingat lagi ayat yang terpacul dari wanita yang melahirkanku.

“Hisyam sudah aku anggap bukan anakku, menyusahkan kami sekeluarga”. Bederai air mataku ketika itu.

Aku seperti tersedar dengan peluang kedua ini dan aku janji akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas budi kepada Ayah Atan.

Aku dan Malik setiap hari belajar dan kami berjanji untuk melupakan seketika rokok dan ganja kerana SPM semakin hampir.

Berkat tekad kami, aku mendapat 4A dan Malik mendapat 8A. Tidak pernah lagi aku mendapat A didalam subjek sewaktu belajar,

terima kasih kepada Malik yang berotak geliga menolongku disaat aku perlukan bantuan.

Kerana Malik adalah pelajar cemerlang, dia mendapat biasiswa kerajaan melanjutkan pelajaran ke UK.

Kerana Ayah Atan sudah lumpuh, Ayah Atan membuat keputusan untuk menjual kesemua share didalam company dan segala bas dan lori.

Ayah Atan juga telah menjual rumah besarnya dan membeli rumah teres dua tingkat di Gombak. Sebelum beliau membuat keputusan, beliau telah berunding dengan aku dan Malik.

Kami menyokong setiap keputusannya lagipun hanya aku dan Ayah Atan sahaja berada disini.

Buat apa rumah besar-besar dan aku sedikit pun tidak kisah sekiranya kami menjadi susah kerana aku tahu aku boleh menjaga Ayah Atan yang selama ini berusaha memewahkan aku dan Malik.

Malik menangis kerana tidak dapat balik, apatahlagi kami sudah tidak mewah, dia tidak dapat balik selalu.

Kakakku pulak dikejar bank dan ahlong gara-gara suaminya. Kakakku merayu untuk aku pulang dan ingin meminjam sedikit duit untuk membayar hutang.

Warga pembaca, aku ingin mendapat nasihat dari semua adakah perlu aku membantu keluargaku sendiri?

Sejak kecil lagi aku dihina sebegitu teruk sehingga Ayah Atan terpaksa membeliku. Mereka telah membuang aku jauh sewaktu aku didalam kesusahan.

Aku sekarang masih belajar dan apa yang ada sekarang adalah duit dari Ayah Atan.

Walaupun Ayah Atan memberikanku setengah hartanya kepadaku dan setengah lagi kepada Malik,

Tetapi sudah terlambat. Hati aku sudah kering untuk menerima mereka kembali, dan aku tahu kerana aku sudah berjaya berkat hasil titik peluh Ayah Atan, mereka ingin menumpang kesenangan aku.

Bayangkan kalau aku sekarang hanya penagih dadah, adakah mereka aku menerimaku seperti sekarang.

Hipokrit dan mata duitan! Itu yang aku dapat gambarkan keluargaku sekarang. Aku tidak akan menggunakan duit Ayah Atan untuk kesenangan mereka apatahlagi Ayah Atan amat memerlukan untuk rawatan kesihatannya.

Sekiranya aku ingin berikan kepada mereka nanti, biarlah dengan gajiku sendiri dan yang paling utama tetap AYAH ATANKU!

Doakan semoga Ayah Atan kembali sihat dan Malik dapat kembali kesini dan dia dapat kesempatan untuk merawat bapanya sendiri.

Inilah perjalanan kami dari budak-budak nakal sehinggalah sekarang. Seperti novel, tetapi inilah hidupku.

Kepada yang menjadi ibu dan ayah, hargailah anak-anakmu, kerana anak-anak ini membawa rezeki kepada keluarga.

Sekiranya sudah tidak mampu atau tidak menerima anak lagi, janganlah melahirkan mereka kerana anda akan merosakkan masa depan mereka seperti mana aku hadapi. Nasib aku sekadar baik kerana aku ada Malik dan Ayah Atan.