Suami gaji 600, Isteri pula 3K. Suami kerap pau isteri duit sampai mody kereta lun minta isteri. Bila tak bagi mertua pula ckp mcm tu.

Kisah ini bukan kisah aku. Kisah best friend aku. Aku tak tahu layak ke tak aku digelar kawan baik dia bila mana aku tak mampu nak tolong dia keluar dari toxiic relationship dengan suami dia. Aku dilema antara nak menolong kawan atau meruntuhkan masjid orang.

Kawan aku seorang yang tak banyak cakap, kurang kawan, surrounded by family, dengan sejarah hidup yang menyakitkan.

Hampir 4 tahun dia berkahwin dengan seorang narcissist. Kalau google, boleh baca karakter orang jenis macam ni sangatlah menyeksakan.

Kenapa aku cakap menyeksakan? Sebab aku pun terkena tempiasnya sekali sebagai kawan baik dia.

Sebelum kehadiran aku dalam hidup kawan aku ni, dia tiada tempat untuk meluahkan. Hidup dia dengan anak yang berusia 12 tahun (bukan anak suami narcissist ni),

Suami dia? Takde effort nak cari part time lain. Dari atas sampai bawah, semua kawan aku yang tanggung. Siap mintak duit nak modify kereta lagi.

Bila kawan aku cerita kat aku mula2 tu aku dah pelik. Tapi kawan aku masa tu dia cakap. Takpe lah, sayang punya pasal.

Dia nak bersedekah. Masa ni aku dah rasa something wrong tapi aku diamkan.

Kedua, kalau orang narcissist ni kau kena tahu, dia akan dera dari segi emosi kaw-kaw punya.

Bila dia buat salah, dia takkan mengaku salah, tapi dia akan letak kesalahan tu kat victim balik kenapa dia bertindak demikian.

Ketiga, penderaan fizikal. FYI, bukan first time kena pukul ye. Sebelum kawin pun dah pernah kena cekik.

Lepas kawin ape tah lagi. Yang best nye family suami dia tahu anak dia suka naik tangan. Tapi macam biasalah, mak mana tak back up anak sendiri.

Pusing2 balik kawan aku la yang kena. Ayat cliche mak mertua kawan aku ni “suami isteri kena mengalah”, ” tinggi rendah jawatan kena hormat pasangan” (ini merujuk kepada kawan aku yang bergaji besar dari suami dia).

Siri penderaan fizikal suami dia tak kerap. Dia buat bila dia betul2 marah. Macam tarik rambut ke. Pukul kat belakang leher ke.

Tu pun kawan aku senyap lepas kena bantai. Kalau kawan aku takde depan mata, dia tumbuk kereta kawan aku sampai kemek.

Ada tanda drah beku sebab kena tarik rambut. Tangan kena cakar. Kat sini ada silap besar aku. Aku tak ajak report polis sebab aku tak nak masuk campur lebih2.

Since kawan aku pun tak nak jugak report sebab dia tak nak besarkan isu and sebab laki dia pulak ugut dia nak report balik

kata kawan aku ni buat percubaan membunuuh (ini adalah salah satu perangai narcissist, dia psiko victim baik).

So aku sempat ambil gambar yang mana ada je in case kawan aku nak ubah fikiran dia pergi report.

Kawan aku duduk dengan aku dekat 10 bulan jugak. Hujung minggu jumpa anak dia bawak keluar dan mengelak jumpa suami dia.

Ambil isteri dia tanpa izin dia la, nak failkan saman la. Suruh aku berhenti kerja la. Tu kawasan dia la. Nak jumpa aku la.

Muka aku muka bebal la sebab dengar cakap isteri dia. Sampai satu tahap aku stress sampai nak berhenti kerja. Ini adalah satu permainan narcissist.

Dia akan tekan kita sampai down. Sebab dia tak boleh push isteri dia, dia push aku. Lama-lama aku pun malas nak layan sebab aku baca balasan terbaik untuk orang narcissist ni ialah diam, jangan respond apa-apa.

Aku yang dulu nya orang yang fragile, tiba-tiba jadi dah tak takut apa dengan suami dia. Kenyang dah makan maaki hamun dia.

Sampai nak dekat raya hari tu, dia suruh kawan aku datang sujud kat dia. Mati-mati la kawan aku tak nak.

Ok kawan aku nak balik aku tak kisah. Tapi part kawan aku cakap suami dia pukul dia sebab suami dia sayang dia aku tak berapa nak hadam.

Kawan aku cakap bila isteri tak dengar cakap suami, suami geram, then dia pukul, sebab suami dia sayang. Lagi kawan aku cakap, suami isteri kena saling melengkapi.

Kalau perangai suami dia macam tu nak buat macam mana. Terima je lah. Sebab ustaz shamsul debat cakap Tuhan tu ciptakan pasangan dari jenis kamu sendiri.

Tu dah takdir dia hidup dengan suami dia. So aku pun tak boleh nak cakap apa. Kang aku cakap lebih kena saman jadi pihak ketiga rosakkan rumah tangga orang pulak. Dia pun balik rumah dengan niat nak betulkan balik keadaan.

Dalam sebulan balik rumah ni, adalah suami bagi nafkah RM200 katanya.. Tapi lepas tu macam biasa lah.

Ni lagi perangai narcissist, dia tak boleh tengok orang lebih dari dia. Dia anggap pasangan dia saingan dia sendiri. So apa yang kawan aku harapkan suami dia tu berubah tak dapat la.

Update terbaru, kawan aku asal pergi kerja je mengalir air mata. Bukan sebab kena pukul tapi kena penderaan emosi. Semua benda jadi salah dia.

Kisah lama kena ungkit balik. Kisah dia lari dari rumah dia duduk rumah aku. Kereta dia pulak dah selamat laki dia sapu,

nak jimat minyak katanya (sebab kereta suami dia kereta racing). Kali ni kawan aku dah tak melawan. Paling kuat pun dia diam dan menangis.

Dia cakap dengan aku, dia tengah kumpul kekuatan. Nak fail kat mahkamah pun dia tak mampu sebab dia tak pandai cakap.

Aku cakap dengan kawan aku, kalau dia tak nak tolong diri sendiri, satu dunia bagi nasihat pun takkan jalan.

Kawan aku ni taknak anak dia ni tak berbapak walaupun suami dia tu bukan ayah kandung anak dia.

Aku pun boleh jadi tukang dengar je lah. Tukang dapat sumpah seranah suami dia sekali bila bergaduh dengan kawan aku. Sebab suami dia cakap aku la punca semua.

Aku kesian, tapi aku tak boleh nak tolong selagi kawan aku tak bangkit sendiri. Pertolongan aku jadi terbatas selagi dia bergelar isteri orang.