Aku xpernah sarapan di rumah, rasa air tangan bekas isteri. Perkahwinan kali ni baru aku sedar segalanya apa yg aku lakukan sblm ni

Assalamualaikum. Aku cuma seorang lelaki biasa, yang ingin berkongsi cerita. Kisah diri aku sendiri. Bagaimana sebuah perkahwinan memberi pengajaran.

Aku seorang suami kepada seorang isteri & 4 orang anak. Ini merupakan perkahwinan kedua aku.

3 orang anak aku hasil perkahwinan pertama, dan seorang anak dengan isteri ini. Banyak pengajaran dari perkahwinan pertama yang aku pegang supaya rumahtangga kedua aku mampu pertahankan & jaga sebaik mungkin.

Untuk perkahwinan pertama, aku bercerai hidup setelah 6 tahun berumahtangga. Tidak berniat untuk menuding jari kesalahan & kesilapan lampau,

cuma untuk dijadikan pengajaran kepada suami & isteri yang mungkin sedang mengalami apa yang pernah aku alami, atau menjadi sedikit input kepada bakal suami isteri.

Aku akui zaman muda aku nakal, kerap ke kelab malam, melepak, racing kereta & berhabis duit untuk perkara-perkara melalaikan. Dan aku berkenalan dengan bekas isteri juga di kelab malam.

Bekas isteri aku juga sama seperti aku, suka berhibur, menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia.

Dan pada ketika itu, kami sama-sama tidak memikirkan sikap masing-masing. Cinta membuatkan kami hanya memikirkan keseronokan.

Bak kata mak aku selepas aku bercerai “Nak perempuan baik, lelaki kena jadi baik dulu. Dah kenal pun kat tempat maksiat, kau harapkan bidadari ke?”

Salah aku yang ketiga, aku tidak berfungsi sebagai seorang ketua keluarga & imam. Aku tidak mengajar bekas isteri ku solat,

Selepas aku mendapat anak pertama, anak aku lebih banyak dijaga oleh ibu aku berbanding aku & isteri.

Kami sama-sama bekerja. Aku bekerja kilang (shift) & bekas isteri aku bekerja cashier jadi anak kami pada masatu dibawah jagaan ibu aku. Dan aku akui jugak, kami telah mengambil kesempatan diatas kebaikan ibu aku.

Ibu aku sangat sayangkan anak sulung aku memandangkan itu cucu sulungnya. Ibu aku juga masih muda pada masa itu (umur akhir 40-an)

maka ibu aku sendiri merelakan untuk menjaga cucunya. Aku dan bekas isteri aku serahkan semuanya pada ibu aku.

Sebelum ke tempat kerja, anak sulungku dihantar ke rumah ibu ku (jarak dekat, cuma berjalan kaki) dengan hanya berbekalkan susu.

Seperti orang bujang yang tiada komitmen. Dan bila bergaduh, isteri aku akan mula meninggikan suara, menengking, mencarut, mengamuk & kerap minta cerai,

buat aku makin berat untuk selalu di rumah. Setiap kali bergaduh & bekas isteri aku mula menengking, aku terus angkat kaki tanpa cuba menenangkan keadaan.

Kesilapan aku yang keenam, tidak pandai mengurus keluarga & terlalu menurut kata isteri. Kehidupan aku dan bekas isteri memang payah.

Kahwin di usia muda, tiada sumber pendapatan yang stabil, tidak merancang anak (jarak anak pertama dan kedua hanya setahun) membuatkan aku menghadapi masalah kewangan.

Bekas isteri aku pula berhenti kerja selepas melahirkan anak kedua kerana ibu aku enggan lagi menjadi penjaga anak-anak aku. Ibu aku ingin fokus kepada ibadah katanya.

Ini antara kesilapan aku terdahulu. Setelah bercerai, aku bertemu jodoh dengan seorang gadis yang telah banyak mengajar aku apa itu tanggungjawab.

Ketika aku bernikah untuk kali kedua, aku tak punya apa-apa. Isteriku seorang yang bekerjaya & matang. Aku berusia 33 tahun & dia 28 tahun.

Dia yang banyak mengajarku apa itu hidup berkeluarga, bukan dengan lisan tapi dengan perbuatan.

Isteri aku seorang yang berdikari, sebelum bernikah, kami sama-sama telah mencari sebuah rumah sewa kecil & murah berdekatan tempat kerja dan tidak terlalu dekat dengan orang tua kami.

3 hari selepas bernikah, kami telah berpindah masuk ke rumah sewa & bermulalah hidup kami sebagai suami isteri tanpa attachment kepada orang tua.

dia bangun pagi selepas aku ke tempat kerja. Dan aku sendiri tak pernah menyediakan makanan sebelum aku keluar bekerja. Aku hanya bangun pagi, menyiapkan diri aku & terus keluar.

Isteri aku juga sangat menjaga keperluan dan kebajikan aku & anak kami. Walaupun bekerja, isteri aku berusaha untuk memberi susu badan sepenuhnya kepada anak.

Selepas anak kami boleh makan, isteri aku sendiri memasak untuk setiap makanan anak aku.

Tidak pernah sekalipun anak aku ke taska tanpa bekalan makanan dari air tangan isteri aku.

Dan aku sendiri, secara perlahan-lahan telah terikut-ikut perangai dan sikap isteri aku yang perihatin pada kebajikan anak.

Disebabkan aku lihat depan mata kepenatan isteri aku, secara perlahan-lahan aku jadi turut sama membantu isteri aku.

Aku takkan benarkan isteri aku buat apa-apa kerja lagi selepas dia menghidangkan makan malam. Aku yang akan mengemas dapur, tidurkan anak kami, melipat kain baju.

Dengan rutin harian begini, aku juga sudah tidak lagi keluar melepak. Aku rasakan kehidupan sebagai seorang bapa rupanya sangat padat & memenatkan.

Semasa bersama bekas isteri, kami jarang makan bersama di rumah. Bekas isteri aku jarang memasak. Keperluan makan minum kami hanya sekadarnya sahaja.

Aku lebih gemar membeli makanan ringan seperti burger untuk kami mengisi perut. Sekali sekala bawak bekas isteri & anak makan di kedai.

Jujur, aku tidak pernah amalkan perbuatan ini bersama bekas isteri. Kami dulu seperti di dunia masing-masing. Aku melakukan kerja seharian aku tanpa dia dan dia juga membuat perkara yang sama.

Hanya hal berkaitan anak sahaja akan kami kongsi dan lakukan bersama jika aku berkelapangan, tetapi kebanyakkannya aku serahkan pada dia & ibu ku untuk menguruskan anak-anak kami.

Seperti yang telah aku sebut, isteri aku seorang yang berdikari & telah mengajar aku juga untuk berdikari & mengurus keluarga sendiri.

Isteri aku tidak akan sewenang-wenangnya menyerahkan anak pada jagaan orang tua. Dia juga kerap berpesan kepada aku untuk kami bersusah menjaga anak kami

dan bukannya menyusahkan lagi ibu bapa yang telah tua untuk menjaga anak kami.

dan aku serahkan kesemua kad ATM aku pada isteri aku, supaya aku tidak lagi terjebak dengan hutang ahlong. Isteri aku seorang yang sangat amanah.

Setiap bulan dia akan mengeluarkan duit gaji aku dan mencatat setiap perbelanjaan sama ada untuk membayar hutang ahlong, sewa rumah, bil, keperluan makanan & rumah.

Dia akan meminta izin dari aku setiap kali ingin menggunakan duit tersebut. Sedangkan aku tahu,

walaupun dengan duit aku sepenuhnya di tangan isteri aku, belum tentu mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan kami

dan aku yakin, isteri aku akan menggunakan duit gaji dia sendiri untuk keluarga kami.