Ustaz cakap dia takkan datang pernikahan aku andai S adalah pasangannye. Malangnye, aku termasuk jerat tu.

Hai Assalamualaikum. Tolonglah saya. Saya tidak tahu pada siapa hendak saya meluah melainkan saya hanya mampu bersabar dan berdoa. Oh ya, panggil saja nama aku Orkid.

Saya perkenalkan diri saya dahulu serba ringkas. Saya berusia awal dua puluhan. Anak tunggal dan saya merupakan wanita muslimah lahir di kalangan keluarga yang baik,

ibu ayah aku cukuplah kalian tahu mereka orang yang warak dan baik dalam agamanya. Saya di sekolah sering memegang jawatan badar,

ketua kerohanian wanita, mungkin kerana saya dikatakan lemah lembut, tampak berani berbicara, dan nampak alim (mungkin kerana tidak melayani lelaki).

dan berkapel pula dengan sehabat baik ku sendiri. Haha. Mungkin bosan dengan caraku yang tidak bergaul dengan lelaki.

Lepas habis SPM, aku mendapat tawaran ke UNISZA diploma namun telah menolaknya setelah melakukan istikharah beberapa kali.

Dan akhirnya aku memilih untuk meneruskan pengajian ku di sekolah sebagai praU. Di sekolah aku tidak tahu mengapa aku menjadi tarikan pelajar lelaki di sana.

Tak tahulah kalau aku yang perasan sendiri. Kerana setiap kali aku berjalan bersama rakan-rakanku di kelas pasti terdengar usikan namaku dipanggil-panggil budak lelaki kelas sebelah.

Pernah juga menerima surat cinta dari rakan sekelas. Tetapi semuanya ku hiraukan. Tapi, sejak dari sem1 ada seorang lelaki hampir setiap hari mengirim salam kepadaku melalui orang tengah.

Aku tinggal di asrama, balik sahaja ke asrama ada bekal makanan yang ditinggalkan dia atas katilku melalui orang tengah. S menggunakan orang tengah untuk berkenalan denganku.

Oh, lupa nak cerita serba sedikit pasal S. S merupakan budak kelas sebelas. Budak nakal, kerap dipanggil guru disiplin,

dan selalu sangat dapat pointer paling rendah setiap kali exam. Bukan niatku untuk memperkecilkan dirinya, cukuplah aku untuk menceritakan mengenai dirinya serba sedikit.

Setiap hari juga tanpa jemu S mengirim salam kepadaku melalui orang tengah, memandangkan di sekolah penggunaan telefon diharamkan.

Yelah, kawasan sekolah kan. Rekod disiplin ku jugak bersih dari masalah-masalah disiplin berbanding S yang asyik dipanggil ke pengetua sekolah dan guru disiplin.

S menceritakan padaku bahawa dia ingin berubah dan dia perlukan seseorang untuk membantunya.

S pernah menangis di telefon menyatakan kesungguhannya untuk berubah dan aku sangat terkejut.

Yelah orangnya nakal, panas baran di sekolah tapi tiba-tiba menangis pulak dah dalam telefon. Siapa sangka.

Aku cuba merahsiakan hubungan ku daripada kawan-kawan sekolah. Tetapi akhirnya terbongkar juga apabila S memuatnaik gmbr aku di socmed.

Sejak itu, ramai rakan-rakanku termasuklah rakan baikku sendiri memulaukan aku. Kerana mereka tidak menyangka orang sepertiku boleh terlibat dengan aktiviti kapel.

Ustaz aku mengatakan apa yang dia lihat aku dengan dia tiada persekufuan. Aku pandai, cantik, baik berbeza sangat dengan S.

Ustaz sehingga mengatakan kalau aku nikah dengan dia Ustaz taknak hadiri perkahwinan aku dengannya kelak.

Teacher ku juga meminta aku menyenaraikan kebaikan yang ada pada diri S sehingga aku memilihnya.

Teacher turut membuat perbandingan S dengan pelajar lelaki yang lain. Dan ada juga ustazah menyuruhku melakukan istikharah agar aku tidak silap memilih.

Guru-guru tahu bahawa S telahpun membawaku bertemu ahli keluarganya maka mereka mengganggap hubungan aku dan S agak serius.

S memberi alasan katanya kakinya sakit dan kejang. Maka dia tidak dapat menghantar ku pulang dan meminta masa.

Masa tu kami dah dalam kereta, lama aku menanti kaki S okay sehingga waktu dah masuk pukul 7. Ada sahaja alasannya untuk menghantarku pulang.

Akhirnya waktu menginjak pukul 9 malam. Bila waktu outing dah habis, aku jadi gelabah and risau nak balik.

Sebab aku tahu aku akan diambil nama dan akan disoal oleh warden dan guru. S menghubungi ibunya untuk menunpangkan aku di rumah, tetapi ibunya tidak mengizinkan.

Akhirnya kami decide untuk tido di dalam kereta. Aku tertido akibat kepenatan sangat tetapi terjaga kerana aku mendapati S menggomol ku semasa tidur.

Sehinggalah suatu hari, kami mendapat tawaran U yang berbeza. Masa di sem2 S sangat busy, seringkali mengabaikanku.

Dan silapku jugak kerana aku asyik merajuk dengannya. Aku sebenarnya ingin perhatian darinya akhirnya S meminta aku membuat haluan ku sendiri.

Aku terkejut sangat apabila S menyatakan sedemikian. Aku berkorban duit dan segalanya demi S.

Aku merayu pada S agar jangan meninggalkanku tapi S tetap juga meninggalkanku. Katanya dia ingin fokus belajar.

Dia dah taknak berkapel-kapel semua ni dan dia menyesal atas perbuatannya.

S juga kadang menelefonku hanya untuk saja2, S berjanji dan bersumpah atas nama Allah yang dia akan bertanggungjawab ke atasku.

Dia janji dia nak nikah dengan aku. S kadang2 memaksa ku melayani nafsunya setiap kali keluar… Katanya dia memang nak tanggungjawab jadi sama je.

Aku pun memang dah takde dara. Aku takut kehilangannya dan aku mintak dia janji dia jangan tingalkan aku,tapi dia tetap tinggalkan aku. Bodohnya aku ni.

Aku jatuh teruk masa sem2 dulu. Setiap hari menangis. Setiap hari! Namun aku gagahkan jugak untuk datang ke kelas.

Aku takut tak berjaya. Aku anak harapan mak ayah. Aku tak pernah hampakan mak ayah aku dalam pelajaranku. Beraf badan ku susut. Emosi ku kacau.

S kata biar dia yang carik aku bukan aku yang carik dia. Allahu. Sedih sangat. Kenapa dia berubah sampai mcm ni sekali.

Dulu sebelum masuk u tak pernah sekalipun dia memakiku ku naik suara padaku. Tak pernah.

S baik sangat malah dia anak kesanyangan ibunya kerana sikap S yang manja dan bertanggungjawab.

Kadang2 S menghubungiku. Sengaja. Untuk menambah sakit hatiku dan menyukarkan aku utk move on.

Dan setiap kali tu, aku bertanyakan janjinya dan sumpahnya. Dia ckap dia nak tanggungjawab tapi sehinggalah S dah ada makwe baru,

cuba dekatkan diriku pada Allah semula. Aku tak boleh nak tebus maruah diri aku yang dah hilang,

tapi aku harap smoga hari-hari yang mendatang aku akan sentiasa berubah lebih baik. Doakan aku ya.

Untuk S sedikit pun aku tak berdendam padanya cuma aku harap ada keadilan untuk diriku di dunia dan di akhirat.

Dosa pada Allah, kita boleh mintak ampun. Tapi dosa sesama manusia, hendaklah kita mintak ampun pada manusia tu sendiri.