Aku anggota komando, dlm hutan aku pernah dukung sesuatu yg aku sangka kawan aku. Bila sampai aku terkjut aku terdukung binatang ni.

Assalamualaikum WBT semua. Rasanya tak perlulah aku nak berintro panjang sangat kerana tujuan aku menulis di sini adalah sekadar untuk berkongsi pengalaman-pengalaman misteri sewaktu aku berkhidmat di dalam perkhidmatan tentera dahulu (Regimen Gerak Khas).

Aku perkenalkan diri dahulu. Aku Arshad dan rasanya lebih mesra sekiranya dipanggil dengan nama #KomandoArshad ataupun #CDOArshad. Telah berkhidmat, berjuang, dan berbakti demi negara yang berdaulat lagi tercinta ini selama lebih 20 tahun.

Banyak masa yang telah aku luangkan di hutan batu, bangunan pencakar langit, dalam hutan rimba, bukit, dan gunung sepanjang karierku sebagai seorang anggota tentera.

Tidak ketinggalan juga dengan misi-misi khas ke luar negara seperti di Bosnia, Pakistan, Somalia, Timor Leste, Indonesia, Kemboja, Balkan, Singapura, dan juga Afghanistan. Banyak peristiwa misteri, seram, dan ganas yang menjadi asam garam dalam kehidupan kami selaku barisan pertahanan pertama negara.

Aku ingin tekankan di sini bahawa gaya penulisan dan bahasa yang aku gunakan mungkin agak kasar dek pembawakan diri yang sudah terbiasa dengan gaya hidup yang BRUTAL lagi GANAS. Seperkara lagi adalah tidak semua operasi dan misi yang boleh aku ceritakan di sini kerana faktor keselamatan negara.

Unit kami terbahagi kepada 20 anggota RGK, 70 anggota RAMD, 5 orang Sarjan, 2 orang Korporal dan 3 orang Leftenan yang bertindak sebagai ketua platun. S

ituasi latihan adalah sama seperti di medan perang yang sebenar. Fizikal dan mental setiap anggota diuji sehabis mungkin selari dengan moto RGK – CEPAT & CERGAS.

Kami telah dipecahkan kepada 3 platun. Platun kami dinamakan Charlie Bravo 33 dan berkekuatan 30 anggota dengan 3 orang pegawai.

Sesi taklimat ringkas sesama ahli platun telah dijalankan. Masing-masing telah diberikan tugas dan aku telah ditugaskan untuk membuat lakaran perimeter bagi kawasan-kawasan yang akan kami terokai sepanjang tempoh misi latihan tersebut berlangsung.

Sepanjang misi latihan ini berlangsung, aku telah dibantu oleh 2 anggota RGK yang juga merupakan sahabat baik ketika menjalani latihan asas sebelum bergelar komando dahulu. Mereka adalah prebet Eddy Kapir dan prebet Samsul.

Kami mula menjejaki kesan tapak kaki berkenaan namun kesan tapak kaki berkenaan hilang tanpa kesan di sebatang pokok balak tua yang agak besar.

Aneh kerana tiada sesiapa pun yang berada di atas pokok itu. Kawasan tersebut juga agak lapang. Tiada kesan pencemaran ataupun sebarang tinggalan bukti untuk mensahihkan bahawa kawasan tersebut pernah dijejaki oleh manusia.

Oleh kerana waktu sudah menginjak ke jam 11 malam, kami bertiga terpaksa pulang semula ke kem untuk melaporkan dan menyerahkan laporan kepada ketua platun kami iaitu Leftenan Huzairi.

Tepat jam 9 pagi keesokan harinya, platun kami mula berangkat ke destinasi seterusnya iaitu menghala ke arah utara hutan Pahang.

Aku tercium aroma bau masakan seakan-akan bau ikan panggang serta masakan gulai daging kahwin di setiap trek laluan tersebut. Aku merasakan mungkin musuh sedang berada di kawasan berdekatan dengan laluan kami.

Aku mengiakan sahaja katanya. Mungkin ada betulnya kerana dari sudut sains reseptor-reseptor rasa akan mudah terangsang apabila salah satu komponen penting tubuh badan berada di dalam keadaan tidak sempurna ataupun tidak berfungsi dengan baik.

Aku mengandaikan bahawa aku mungkin dipermainkan oleh psikologi minda akibat kelaparan dan keletihan. Bau-bauan tersebut hilang apabila kami semua berehat seketika di sebuah lagun kecil di kawasan laluan trek tersebut.

Perjalanan diteruskan semula kerana kami semua harus tiba di lokasi seterusnya sebelum malam menjengah.

Kami semua tiba di lokasi yang ditetapkan ketika hari sudah lewat petang. Lokasi baru kem didirikan lalu aku memasang pangkin tidurku bersebelahan dengan Samsul dan Eddy Kapir.

Lokasi kawasan istirehat kami agak terlindung daripada anggota-anggota lain. Oleh kerana begitu lapar, kami mula memasak pek rangsum bersama-sama.

Lebih kurang 18-20 minit kemudian ia perlahan-lahan merendahkan badannya lalu menyusur mendekati menghampiri kami. Bunyi desiran srrr srrr srrr ditambah pula dengan saiz badannya yang sebesar pangkal betis orang dewasa cukup menggerunkan.

Aku berada di dalam postur bercanggung, Samsul di dalam postur berdiri, manakala Eddy Kapir pula dalam keadaan berbongkok. Sudah lebih setengah jam kami terpaksa menahan lenguh kerana berada di dalam posisi tersebut.

Srrrr…srrr…srrr

Ular itu mula melingkar membelit kaki Samsul. Muka Samsul merah padam akibat ketakutan. Belitannya begitu kuat, badannya kembali berdiri menegak manakala kepalanya dikembangkan betul-betul berhadapan dengan muka Samsul.

Aku melihat kaki Samsul terketar-ketar akibat menahan kesakitan. Sebelum berlakunya kejadian yang lebih buruk, aku merancang untuk m******h sahaja ular itu tanpa sebarang prejudis.

Pisau rambo yang terselit di sisi kiri pinggangku dikeluarkan dari sarungnya secara perlahan-lahan dan cermat. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya, berdiri lalu berjalan dengan perlahan-perlahan menghampiri Samsul.

PANG!

D***h pekat berwarna merah gelap memercik mengenai seluruh wajahku. Ular itu maut akibat terkena sedas tembakan yang dilepaskan daripada salah seorang pegawai RAMD yang kebetulan melalui kawasan rehat kami iaitu Sarjan Ali.

“Fuh…Alhamdulillah. Aku dah nak arwah tadi. Syukur!” Spontan aku memberi reaksi berkenaan. Bau d***h ular itu begitu hamis dan kuat.

“Terima kasih tuan. Kalau tuan takde tadi rasanya saya dah arwah kot. Headshot tu tuan! Salute dan terima kasih tuan!”

“Yang hampa bertiga bahalol sangat duk lepak jauh-jauh pasaipa? Nasib baik aku lalu kat sini. Kalau aku tak mai sampai ka sudahlah hampa duk lagu tu.

Silap haribulan mampuih kena patuk, bukan mampuih sebab peluru!” Tutur Sarjan Ali panjang lebar dalam loghat pekat Kedahnya.

“Aku tak tau. Aku rasa samada diorang semua dah bergerak ke selatan ataupun diorang dah lari keluar ke Jerantut.” Jawabku pantas sambil menghembus asap rokok Marlboro yang sempat dirembat daripada seorang anggota RGK pada sebelah petangnya.

“Jerantut?” Soalnya lagi.

“Ya.”

“Kenapa Jerantut?”

“Itu teori aku je. Kau ingat aku ni expert sangat ke?”

Sedang kami berdua berkawal di situ, kami dikejutkan dengan kehadiran sekujur jasad yang lengkap berkafan muncul berdiri di hadapan kami (Hantu Pocong).

Pada mulanya aku menyangkakan bahawa mungkin ia adalah sebahagian daripada mod latihan ketenteraan di mana tentera terlatih dihantar untuk melakukan risikan dalam bentuk penyamaran di samping bertujuan untuk melemahkan semangat kami,

namun setelah diperhatikan dengan teliti aku cukup yakin bahawa ianya bukan seorang manusia. Ia sememangnya seekor hantu pocong. Mana mungkin seorang manusia boleh berdiri di dalam keadaan terapung tanpa berpijak pada tanah.

Aku yang kali pertama berhadapan dengan insiden berkenaan begitu takut dan seram. Bohonglah sekiranya seseorang itu tidak takut ataupun seram ketika kali pertama berhadapan dengan entiti ghaib. Aku sendiri menggigil dan hampir pitam.

“Shad…” Samsul memegang bahuku dan menghalakan tangannya ke arah hantu pocong itu.

Aku cuba untuk membaca ayat Qursi namun tunggang-langgang jadinya. Samsul pula seperti ingin melaungkan azan namun ia langsung tidak kedengaran seperti laungan azan. Bunyinya lebih kepada seperti orang yang baru sahaja belajar Muqaddam. Haru-biru serta jahanam jadinya.

“Sul, aaaku rasa…”

“Kau tak payah rasalah Shad…”

Aku seperti seekor lipas kudung berlari meredah semak-samun untuk pulang ke kem. Apa yang aku fikirkan ketika itu adalah untuk sampai ke kem dengan selamat.

Sesampainya di kem aku hanya mendiamkan diri dan menyertai beberapa anggota lain yang sedang bersembang di hadapan unggun api. Aku tidak dapat melupakan kejadian ngeri tersebut.

Mukaku pucat lesi seperti mayat akibat ketakutan. Aku hanya berzikir dan berdoa semoga tidak diganggu lagi oleh hantu pocong itu.

“Shad, Samsul mana?” Eddy Kapir datang menepukku dari belakang secara mengejut dan bertanyakan soalan itu ketika aku sedang ralit berzikir.

Dia hanya mendiamkan diri tanpa bertegur sapa dengan kami lalu terus menuju ke kawasan rehatnya. Mungkin dia merajuk kerana aku meninggalkannya berseorangan di situ.

Tidak berapa lama kemudian mataku terasa begitu berat, bahu terasa lenguh lalu aku mengambil keputusan untuk tidur.

Aku melihat Samsul sedang nyenyak tidur di atas pangkin yang dibina bersebelahan pangkinku. Aku terus merebahkan diri di situ.

Aku terjaga dari tidur pada jam 3 pagi. Aku melihat masih ada lagi anggota lain yang belum tidur dan sedang rancak bersembang sesama mereka pada waktu itu.

Pangkin tidur Samsul kelihatan kosong. Pada tanggapanku mungkin dia keluar melepaskan hajat ataupun turut sama dengan anggota lain menghabiskan masa dengan melepak.

Pangkin Samsul masih lagi kosong. Ke manakah dia? Aku berasa tidak sedap hati lalu aku mencarinya di segenap ruang rehat yang terdapat di dalam kem itu. Ternyata dia belum pulang lagi daripada aktiviti melepaskan hajatnya.

Akan tetapi, mengapakah begitu lama masa yang diambil olehnya untuk melepaskan hajat? Adakah dia mengalami kesukaran untuk berak? Ataupun kes yang lebih berat adakah dia telah diculik oleh pihak musuh?

Pelbagai persoalan mula bermain di minda. Aku mendekati seorang anggota RGK yang sedang meronda di situ dan bertanyakan tentang Samsul namun dia mengatakan bahawa tiada sesiapa pun yang masuk dan keluar dari kawasan kem sejak dari tengah malam lagi.

Perkara tersebut cukup merunsingkanku. Aku melihat jam sudah menghampiri 4:30 pagi. Aku mengambil keputusan untuk mencarinya.

Aku hanya membawa lampu gasolin dan mula melakukan pencarian. Aku membaca segala surah yang terlintas di kepalaku. Aku memberanikan diri untuk kembali semula ke kawasan gangguan hantu pocong itu.

“Kau punya berat ni macam berat dosa bro.” Jelasku padanya ketika berjalan pulang ke kem.

“Tak faham aku. Sul Sul…”

Akhirnya kami selamat sampai ke kem. Belum sempat aku masuk ke kawasan kem aku ditahan dan ditegur oleh 2 orang anggota RGK yang berkawal di situ.

“Skot, kalau lapar pun agak-agaklah…” Teguran sinis daripada prebet komando 1.

“Ye daa, kita ni bukan taraf darurat lagi. Banyak lagi stok makanan yang ada. Astafighullahalazim.” Celah prebet komando 2.

BEDEBUP

Seekor b**i hutan dewasa jatuh menyembah ke bumi. Rupa-rupanya bukan Samsul yang aku kendong bawa pulang tetapi seekor b**i hutan jantan yang masih bernyawa.

Suasana bertambah kecoh apabila b**i itu tersedar dari lamunan mimpinya lalu ia berlari masuk ke dalam kawasan kem dan merempuh segala benda yang terdapat di dalam kem itu.

Aku kini di ambang bala kerana aku telah menyebabkan kekacauan dan kesusahan kepada semua penghuni kem itu. Pada sebelah paginya aku telah dihukum untuk mengemas segala kelengkapan dan peralatan yang bersepah lagi bertaburan akibat kecuaian b**i itu mengawal pemanduannya.

“Kau ke mana semalam dogol?” Soalku kepanasan kepada Samsul yang sedang melakukan kerja pembersihan di tapak kawasan rehatnya.

“Weh, aku dengan Eddy keluar baselah. Tracking and reccee. Yang kau macam marah-marah ni kenapa bang?”

Leftenan Huzairi mengesahkan bahawa memang Eddy Kapir dan Samsul ditugaskan untuk membuat pemantauan dan risikan bersama-sama. Persoalan yang membelenggu jiwaku ketika itu adalah:

Siapakah sebenarnya ‘Samsul’ yang menemaniku berkawal dan bersama-sama diganggu oleh hantu pocong itu?

Siapakah sebenarnya ‘Eddy Kapir’ yang menegur dan bertanyakan tentang kehilangan Samsul ketika itu?
Siapakah sebenarnya ‘Samsul’ yang telah pulang ke kem dan tidur bersebelahan denganku ketika itu?

Bagaimanakah aku mampu untuk mengangkat dan menggengdong seekor b**i hutan dewasa dengan selambanya di belakangku tanpa diserang olehnya?

Adakah b**i itu sememangnya tidur m**i ataupun ia berpura-pura tidur untuk merasai suasana dikendong oleh seorang manusia?
Permainan jin dan iblis adalah sangat licik.

Mereka boleh berubah bentuk dalam sekelip mata sahaja. Kisah seram di atas adalah salah satu daripada 1001 peristiwa seram yang pernah hadir di dalam hidupku. Andai ada umur panjang akan aku ceritakan lagi kisah seram yang lain. Insya-Allah. Assalamualaikum WBT.

#KomandoArshad #CDOArshad