Dulu masa SPM aku ada boyfren. Skrng 5 tahun dah jd isteri org lain. Satu hari aku mimpi ex boyfren bagi tahu sesuatu

Aku berumur lewat 20-an, dah berkahwin, ada anak seorang. Suami aku baik sangat. Rajin tolong aku, selalu mengalah bila aku emosi, layankan semua yang aku nak,

dengan keluarga aku pun dia tak berkira. Suami aku kerja biasa-biasa, gaji tak sampai 3K. Tapi alhamdulillah setiap bulan boleh menabung.

Tengok dari luaran, boleh kata aku dan suami tak ada masalah. Kalau ada konflik pun, masuk waktu solat mesti dah baik balik.

Sebab kami akan solat sama-sama. Boleh kata hidup kami semua baik. Mertua baik, ipar duai baik, kewangan baik, dsb. Tapi masalah sekarang pada konflik jiwa aku. Ini cerita aku.

Aku waktu SPM pernah bercinta dengan seorang lelaki. Cinta pertama aku. Kami memang serius untuk bernikah.

aku pergi majlis-majlis ilmu sebab aku nak buat persediaan menjadi yang terbaik untuk dia.

Aku memang tak pandang lelaki lain. Kebetulan bidang pengajian aku pun tak ramai lelaki. Maka, ia bukan satu masalah bagi aku. Aku selalu doakan yang terbaik untuk kami.

Satu hari, aku sangat rindu dia. Aku nak pm dia di facebook, aku pergi ke profile dia. Waktu tu aku terkejut sebab kami dah tak berkawan di facebook.

Aku sedikit kecewa, aku nak tanya dia. Tapi memandangkan ketika itu minggu peperiksaan, aku simpan dulu.

Fokus! Lagipun, cuti semester nanti kami ada reunion budak batch. Tambahan lagi, aku tak ada nombor telefon dia. Dia dah tukar nombor baru.

Gambar dia dengan kawan sekelas aku. Orang yang sama yang pernah nak sondol dia waktu aku awal-awal bercinta dengan dia dulu.

Aku tinggal komen di gambar tu dan aku tunggu dia pm aku untuk jelaskan semuanya. Tapi, dia diam seribu bahasa.

Beberapa bulan berlalu, dan dia masih berdiam. Aku anggap sahaja hubungan kami dah berakhir. Bermulalah zaman gelap dalam hidup aku.

Aku diuji dengan patah hati dan pada masa yang sama aku diuji dengan keputusan peperiksaan yang sangat mengecewakan. Hingga aku hampir dibuang universiti.

Aku salahkan diri aku atas semua yang berlaku. Aku yang mulakan dulu dengan idea untuk gantung perhubungan kami.

Sama universiti tetapi lain bidang pengajian. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Dari aku mula berkenalan dengan dia sehingga kami bernikah.

Sebulan sebelum aku bernikah, bekas kekasih pm aku untuk merisik khabar. Mama nasihatkan aku untuk abaikan tanpa sebarang balasan.

Beberapa hari sebelum aku bernikah, aku pm juga dia untuk bagitahu dia aku bakal bernikah.

Dan aku minta maaf atas segala salah silap sepanjang aku menjadi kekasih dia. Dia bagitahu dia sudah lama memaafkan aku. 0-0!

Sekarang dah masuk tahun ke-5 aku sebagai seorang isteri dan tahun ke-3 aku sebagai seorang ibu.

Mula-mula aku nak rahsiakan dari suami. Tapi, selagi aku simpan selagi itu hati aku tak tenang. Dia memang tahu aku ada kisah lama, ada bekas kekasih.

Sebab kami suami isteri memang tak simpan rahsia. Semua kami kongsi. Chat aku dia baca, chat dia pun aku baca.

Akhirnya, aku berjaya juga cerita pada suami aku tentang mimpi itu. Dan keadaan aku yang diburu kenangan bekas kekasih.

Aku menangis depan dia sebab aku rasa sakit sangat. Sakit sebab teringat cerita lama, dan sakit sebab aku sakiti dia. Berkali-kali aku minta maaf pada dia.

Dia cakap dia maafkan aku, tapi aku tahu, jauh di lubuk hati, dia pasti terluka. Dia pujuk aku, dia bagi aku semangat untuk aku lupakan balik segalanya.

Zaman sekarang, banyak kes curang. Aku sangat takut bila fikirkannya. Aku takut aku terjebak. Aku sibukkan diri aku supaya aku tak termakan dengan bisikan.

Aku dah luahkan pada Allah, pada suami, pada Mama, pada kawan aku. Aku tahu, ini konflik kecil sahaja. Namun, ia tetap ujian bagi aku sebab aku pernah separuh mati sayang dia.

Aku menaip dan bercerita di sini bukan untuk menambah ingatan aku pada bekas kekasih. Aku cuma nak lepaskan sisa bebanan yang jiwa aku sedang tanggung.

Kerana bagi aku, menulis itu satu terapi. Aku sentiasa doakan kebahagiaan bekas kekasih aku sepertimana aku doakan kebahagiaan aku dan suami.

Ini sekadar cerita dari sudut aku. Aku tak cerita dari sudut dia. “There is always two sides of a coin”. Terima kasih kepada yang sudi membaca.

Dialukan untuk tinggalkan nasihat dan kata-kata semangat. Jangan membawang, tapi doakan aku dapat lupakan bekas kekasih aku dan fokus pada cinta dunia akhirat aku.