Sambil drive aku toleh2 belakang, nmpak ayah kali ni mcm pelik sikit, aku terus pegang dia

Assalamualaikum semua. Nama aku Ita. Umur aku dalam likungan 27 tahun. Dan alhamdullilah aku juga sudah berkahwin dgn pilihan aku sendiri.

Apa yg aku nk ceritakan ni mungkin luahan hati aku kepada ayah yg aku sayangi.

Sebelum terlupa, aku adalah anak bongsu dari 3 orang adik beradik, aku juga punyai abang dan kakak. Jarak antara kami selang 2 tahun.

Zaman belajar dulu, abang dan kakak tinggal di asrama. Manakala aku pula sekolah harian. So, masa aku bnyk terluang dengan mak dan ayah aku.

Banyak masa aku dihabiskan dgn ayah… dgn mak.. Aku pula jenis yg jarang keluar lepak dgn kawan2.

So, aku jatuh dalam kategori anak manja mak dan ayah la.. almaklum la anak bongsu pula.. Aku sebenarnya baru kehilangan orang yang aku sayang. Ayah aku. Lebih kurang 5 bulan yang lalu.

Arwh ayah meningal mengejut. Walaupun aku dah bernikah, takdir Allah, aku masih tinggal dengan ibu bapaku selepas rancangan asal untuk berpindah tinggal bersama suamiku tertangguh.

Suamiku perlu outstation ke luar negara dan hanya pulang ke Malaysia sekali atau dua kali sebulan.

Masa tu, aku jalankan tanggungjawabku pada ibu bapaku seperti biasa. Pada saru hari, Ayah ajak mak dan aku keluar bermusafir. Makan angin katanya.

Ayah merancang untuk keluar makan angin selama 4 hari ke Pantai Barat. Ayah dah lama teruja nak makan angin dengan ibu. Atas kebenaran suami, aku ikut sekali.

Pada hari tersebut, aku memandu macam biasa. Tapi, Setibanya di tempat penginapan, ayah mula diserang demam. Ayah tidur seharian. Makan tak lalu.

Ayah macam hilang upaya. Mak dan aku sepakat bawa ayah ke klinik, tapi ayah menolak. Ayah memang tak ada sebarang sejarah penyakit. Alhamdulillah. Ayah cuma cakap ayah nak rehat dan nak tidur.

Mak cakap, jangan cakap macam tu. Mak suruh ayah tidur dan rehat. Aku terlelap dalam tangisan yang aku sembunyikan sambil memeluk bantal

Esoknya, aku bincang dengan mak. Kami setuju untuk pulang awal dan batalkan percutian lepas tengok demam ayah makin kuat.

Aku bersiap awal. Minta sediakan sarapan kebilik dan terus kemas beg pakaian. Usai semua urusan checkout, Kami mula bertolak pulang.

Dalam hati aku tekad akan ke hospital dahulu. Aku buckle up mak dan ayah di seat belakang, dan mula memandu. Aku cuma berdoa semoga selamat sampai ke hospital.

Hati aku dah mula diruntun sedih dan pilu. Hati aku sangat berdebar debar. Aku tak kisah kalau ayah skit, tapi aku sedih tengok ayah.

Aku tengok dari cermin pandang belakang, ayah tidur dan mak pun sama tidur sambil tepuk² dada ayah. Macam dodoikan. Ayah tidur dengan nyaman.

Aku bukak pintu dan terus ke tempat duduk belakang. menggigil aku memegang dan mencari nadi tangan ayah. Allahurabbi. Tiada. Aku panggil mak.

Mak, ayah dah tak ada..

aku ulang dan menangis² tak percaya. Allahu. Ayah.. ayah..

Mak tros pandang aku. Aku dah lembik tak mampu berdiri.

Datang orang awam ke kereta kami tanya apa yang berlaku. Mula ramai mengerumuni. Ada yang mula menelefon ambulans dan polis. Aku dan mak cuma mampu duduk ditenangkan orang awam.

Akhirnya myat arwh ayah dibawa ke oleh polis ke hospital untuk bedah siasat. Alhamdulillah mayat arwah ayah selamat dikebumikan pada keesokan harinya.

Allah. Masih baru dan masih segar semua itu. Ayah pergi tanpa kami sedia.

Ayah…

sayangilah mereka sepertimana mereka sayangi kamu, tatatngilah mereka seperti mereka tatangi kami waktu kecil..