Adik husband tumpang rumah, aku terkejut bila masuk bilik dia nampak bende yang buat aku x percaya

Assalamualaikum. Lpas grad, adik ipar dduk skali walaupun berat hati aku nak bagi. Dah lama dduk sini, aku pelik dah sebulan dia tak basuh baju.

Kebetulan haritu adik ipar aku keluar dengan boyfriend dia. Okay. Aku bukak pintu bilik dia. Astaghfirullahalazim. Tak percaya apa yg aku nmpak. Aku Hana. Awal 30-an. Dan dah berkahwin.

Aku tahu akan ramai yang triggered apa yang aku akan tulis ni. Aku tak tujukan dekat semua anak dara perempuan. Kalau kau terasa.

Maknanya kau buat lah tu. Yang rajin takpa. Kau duduk diam-diam. Kot yang pemalas kerja nak cantik 24 jam tu.

Meh sini baca. Akak nak sekolahkan kau sikit. Buat suami aku, aku minta maaf bukan niat nak burukkan adik ipar sendiri.

Untuk pengetahuan korang, laki aku ni dua beradik je dengan adik dia ni. Jadi kau fahamlah kasih sayang tu macam mana.

And family mertua aku pulak stay dekat area pinggir bandar. Adik ipar aku ni ulang alik pergi kerja naik kereta. By the way, aku pun kerja.

Macam kebanyakan orang lain 8-5 petang. Okay aku faham setiap kerja ada susah dan senang masing-masing.

Its up to yourself untuk kau handle macam mana nak kerja dengan baik. Lagilah zaman sekarang ni nak cari kerja bukan senang.

Nak jadi cerita bulan 12 tahun lepas, suami aku bagitahu. Adik dia nak tumpang duduk rumah sementara nak cari kerja.

Aku mula-mula berat hati nak setuju. Sebab aku rasa tak ada kekangan pun untuk adik dia cari kerja walaupun dia duduk rumah mertua.

Bilik dia kain baju bertimbun (aku syak dah sebulan dia duduk itulah agaknya baju dia). Aku tak tahu dah mana satu baju bersih, mana satu baju k0tor.

Plastik mc donald penuh bersepah sampai dah terkeluar dari plastik. Bau bilik ? Kau faham sendiri.

Aku pun angkutlah satu-satu baju masuk bakul dan basuh. Dia balik rumah. Kau tahu dia cakap apa ? Thank you kak tolong basuhkan baju.

Sejak dari itu, kemenjadian menjadi anak raja tu terserap dalam diri dia. Dia akan letak je baju kotor dia dalam bakul baju kotor. Then blah.

Dia sekarang pandai dah, pinggan tak basuh lepas makan. Nak harapkan hidang makanan? Kirim salam.

Dia hanya terperap dekat bilik. Lepas aku dah siap masak. Laki aku macam butler ketuk pintu bilik panggil dia turun makan. Sekarang kalau aku balik rumah pun.

Sebab aku dapat tahu suami aku kata adik ipar aku suarakan hasrat untuk berkahwin. Oh tidak. No no no. Kau nak cakap aku jealous? Tidak sama sekali.

Aku cuma nak pesan terutamanya adik ipar aku dan juga anak-anak perempuan lain kat luar sana.

Kau nak cantik ? Boleh. Asalkan jangan pemalas dan jangan jadi peng0tor. Bersiap bukan main lawa kalau keluar dengan kawan.

Depan orang bolehlah fakke konon pembersih. Kau tak perlukan pun sampai jadi OCD untuk jadi pembersih. Kau ingat dengan muka cantik suami kau kenyang.

Jangan sampai suami kau pegang title ‘makan luar’tiap hari. Rajinkanlah bangun pagi. Belajar masak.

Ya. Aku pun cakap dekat diri sendiri juga ni. Sebagaimana aku tak suka orang pemalas dan peng0tor.

Aku pun kena buat benda yang aku cakapkan. Tolonglah. Cakap pandai. Buat nya tak. Sekian…