Kehidupan di Uni aku agak mewah. Lepas abis study, segalanye berubah. Aku sangat struggle nak jadi dewasa

Assalamualaikum dan hai. Nama aku Lyn (bukan nama sebenar). Kalau lah artikel ni disiarkan aku rasa bersyukur sangat, mudah mudahan apa yang ditulis dapat membantu mereka yang memerlukan.

Aku tahun depan akan memasuki hujung 20an dan belum berkahwin, baru je kerja dalam setahun lebih selepas menganggur hampir 2 tahun!

Penulisan ni sekadar perkongsian aku untuk yang struggle menjadi adult selepas fasa early adult atau zaman Universiti/Kolej.

Aku adalah anak anak di bandar yang dari kecil sampai ke Uni aku dibesarkan dalam keadaan sederhana,

tak terlampau susah dan tak terlampau senang, parents besarkan kami adik beradik sampai semuanya dapat manage kehidupan Uni dengan baik,

Tapi masalahnya aku tak reti menyimpan, aku lepak kedai over price coffee, tengok wayang seminggu sekali, group discussion dekat kedai hipster,

alah macam budak budak zaman sekarang (tak semua ye), family aku tak marah pun sebab diorang tahu aku cari duit sendiri, elaun diorang bagi pun sekadar duit tambahan untuk aku.

Sampailah aku Grad, dan mula lah fasa mencari kerja! aku ingat journey akan jadi smooth macam adik beradik aku, tapi tak mudah ye kawan2,

duit aku dah kering dah sebab elaun belajar tak dapat, parents dah tak bagi elaun sebab aku duduk rumah je, dah tak boleh berniaga sebab dah tak tinggal Kolej!

6 bulan pertama aku macam happy lagi, parents aku pun tak bising sangat, lagipun masa tu ayah aku busy dengan kerja dia so aku selalu tolong dia menaip lah,

Then masuk tahun ke dua! aku nekad do something.. Aku cari kerja sambilan dekat kedai buku (bodohkan kenapa lah tak kerja dari awal),

lepas tu belah malam aku buat tuition, waktu tuition ni bos aku nak buka cawangan dengan tempat baru, dan minta aku incharge, jadi mula lah journey berhijrah di tempat orang.

Gaji aku RM500 je, tak lepas nak beli apa apa, tapi boss sediakan tempat tinggal, masa ni lah aku termasuk dalam jerat bisnes bos yang tak berapa maju,

gaji aku bayar tak on time, ada yang sebulan tak bergaji, nak cuti pun tak kasi and kena ugut macam macam,

dah la family jauh, aku rasa sunyi sangat dan tertekan, kawan pun tak ada duduk around tempat tu, aku selalu ada niat nak bunuh diri masa ni.

kerja tetap Alhamdulillah tapi gaji aku cuma RM1300 sahaja, office ni dekat tengah bandar KL, jarak dari rumah aku dalam 30 km, tapi sebab tak ada transport aku kena jugak menyewa.

Dengan gaji yang macam ni, aku sewa bilik RM300, transport dalam RM100 sebulan, hutang belajar RM200 dan lain lain lagi,

balance untuk aku makan dan beli barang sikit2 cuma RM100 je beb, kau rasa cukup ke?

Tapi Amazingly Allah mudahkan urusan aku walaupun aku cuma boleh guna RM100, hidup aku yang agak senang dari zaman belajar bertukar 360 darjah,

aku dah tak pernah rasa overprice coffee, wayang pun tak ingat dah last cerita apa yang aku tengok, fancy restaurant jauh sekali.

Barang lain termasuk sabun mandi apa semua aku beli dekat Eco RM2.10 sahaja, aku sayang kedai tu hahaha..

Alhamdulillah tahun ni tahun ke dua aku kerja, aku bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang yang minimalis,

aku tak pernah rasa susah dan rasa sangat tenang dengan rezeki Allah, lepas aku fikir fikir balik ni antara yang aku amalkan mungkin kita boleh try.

1) Bagi duit dekat parents walaupun cuma RM20, cakap dekat diorang minta doakan untuk rezeki yang lebih.

2) Jangan berkira! Walaupun gaji aku sikit, kalau lepak mamak dengan member tu aku pejam mata je bayarkan (kalau member order roti kosong dengan teh o je la, kalau oder nasi kandar, ko bayar lah sendiri).

ni ada cenderahati dari companyā€¯ sekali buka sampul ada RM200 beb.

Pernah kasut aku koyak teruk, lunyai pulak tu sebab asek kena hujan, tiba tiba aku dapat cabutan bertuah voucher diskaun dari syarikat kasut,

macam macam lagi miracle Allah bagi. Aku pernah tolong ajarkan ngaji sorang akak office,

tiba tiba dia salam keruk dekat aku and cakap thank you, padahal masa tu aku memang tengah tak berduit sebab kena betulkan handphone, terharu sangat.

Maaflah penulisan ni mungkin terlampau panjang, korang doakan aku murah rezeki ye! Aku ingat nak buat bisnes sikit2 sebab aku suka gila bisnes,

tengah kumpul modal, aku pun doakan korang yang tengah struggle supaya Allah temukan jalan keluar. Insha-allah Amin.