Bekas kakak ipar menagih simpati dari mama aku. Makin lama makin jelas nampak rupa sebenar dirinye yg selama ni hanya bertopeng

Assalamualaikum, aku perkenal kan nama aku sebagai A. Aku anak kedua dari 5 beradik. Datang dari broken family which is divorced family.

Aku 4 beradik dibesarkan bersama mama, dan seorang lagi bersama abah. Tidak dinafikan keakraban itu lebih kepada mama.

Tetapi antara aku dan abah tiada masalah langsung. All is well, bak kata mat saleh.

Along bekerjaya dan senang, alhamdulillah dia tidak lupa pada mama. Selalu jenguk mama. Selalu bagi duit poket. Rezeki dia memang lancar.

Aku pula bekerja bersama mama. Menolong dia di perusahaan kecil keluarga kami. Adat berniaga, terkadang banyak alhamdulillah, jika tidak, cukup makan.

N masih bekeluarga, kedua ibu bapanya masih hidup. Ketika along dan N bercerai, aku menyalahkan along.

Aku anggap along tak reti hargai pasangan. Tapi anggapan aku melencong teruk. Its spin 360 darjah beb.

Seolah aku tembak anak panah ke langit, busur menusuk ke otak aku directly.

Segalanya bermula apabila selepas bercerai bersama along, N minta simpati mama untuk tinggal serumah dengan aku dan mama.

Mulanya aku tak kisah, atas asbab kesian, aku okay je. Tak ku sangka tak kuduga, segala yang pelik terjadi.

Ada sekali tu pakai baju lengan pendek, dan seluar pendek “amoi”. Yang paras peha.

Lama kelamaan aku jadi kurang selesa. Aku lelaki, dia hanyalah bekas kakak ipar aku. Dan aku tinggal sebumbung dengannya.

Walau ada mama, aku janggal dirumah sendiri. Kalau mama bekerja, dia tinggal dirumah bersama aku berdua. Aku betul betul tidak selesa.

Ada aku bersuara pada mama, alasan mama, “kesian”. Berapa lama nak kesian ?

Dan N mcm takde maruah, tak malu langsung. Masih minta belas ihsan mama aku. Dan sekarang dia dah pindah, tapi masih mama aku yang menanggung dia.

Mana la pergi harga diri kau sebagai seorang perempuan. Duduk merempat. Padahal mak ayah masih hidup!

Duduk serumah dengan yang bukan mahram! Fikir pakai otak. Kau pun dah besar. Bukan kecik lagi.

Kau cuma nak memperguna mama aku je. Permainan kau jelas, cuma mama aku dikaburi dengan lakonan kau. Sikit masa lakonan kau terhenti, topeng kau akan terbuka sendiri.

Jangan kau campuri urusan keluarga aku. Kau orang luar. Takde hak kau dalam keluarga aku! Jangan kau ambil mama aku dari aku.

Harap cerita ni dapat memberi pengalaman ataupun pengajaran kepada semua pembaca. Silakan share jika anda rasa luahan ini bermanfaat.