Bapak meminta duit dari tunangku. Hal itu, membuatkan aku tinggalkan bapak aku hidup sendiri.

Assalamualaikum. Nama aku Aina Naura. Boleh panggil Nana. Aku berusia 27 tahun. Anak ke 2 dalam 3 beradik yang semua lelaki. Dah bekerja dalam sektor swasta.

Tajuk cerita aku mungkin akan mengundang marah korang. Sebab pada permikiran semua orang ibu dan bapa mestilah seorang yang selalu betul.

Sebab mereka yang mendidik dan membesarkan anak2. Dan anak2 selalu diminta untuk mengalah dan bertolak ansur dengan ibu bapa waimah perangai ibu bapa macam tuttttt.

Berlainan pula dengan aku. Pada aku, aku ada seorang bapa yang tak berguna pada mata aku. Disebab kan aku ni jarang untuk buka cerita tentang keluarga kepada orang luar,

aku berhajat untuk meluahkannya di sini. Jadi, atas korang untuk menilai tahap kesetanan bapak aku macam mana.

Kerja nak perabih duit mak aku. Dari kecil kami di ajar mak untuk tidak membazir dan faham ekonomi keluarga yang serba kekurangan.

Kami adik beradik sangat lah faham tentang hal ini sehinggakan sanggup membawa bekal makanan ke sekolah tanpa wang saku tatkala kanak2 lain seronok beli makanan kesukaan di koperasi dan kantin sekolah.

Aku hanya mampu telan air liur je. Kadang2 bapak aku serupa orang kaya segera memang dapat la kami merasa bawa RM1 ke sekolah. Kalau tidak, telan ajelah bekal yang mak bungkuskan.

Hidup kami tersangatlah susah dek kerana sikap bapak aku yang tak guna tu selalu kawal duit mak aku.

Bila masa tiba hari gaji, dia akan bawa mak aku keluarkan semua duit di bank tanpa baki dan serahkan kepada dia.

Selama ni aku nampak hanya mak aku je diperlakukan sedemikian dan bila aku diperlakukan sebegitu aku mulai rasa tertekan setiap kali biasiswa keluar.

Kerana aku tidak mampu untuk merasa duit sendiri. Duit RM100 yang ditinggalkan pun hanya lepas untuk bayar yuran tahunan.

Sikap bapak aku membuatkan aku rasa sangat tertekan dan mulai faham akan situasi ini. Sehinggakan aku berazam untuk berjaya di dalam spm

dan melanjutkan pengajian di universiti paling jauh di malaysia. Kerana aku tidak sanggup untuk berdepan dengan bapak aku lagi.

Aku mulai membenci bapa aku bila pada suatu hari, mak aku mendapat gaji dan bapak aku memaksa mak aku untuk memberi dia duit.

Aku ingatkan aku akan bahagia. Rupanya sama sahaja. Bapa aku tak habis2 mendesak aku untuk bank in duit kepada dia. Ada sahaja alasan untuk mendapatkan duit.

Ptptn aku yang sepatutnya cukup sehingga hujung sem habis sampai tengah sem sahaja. Berfikir tentang duit memang sangat buat aku tertekan.

Lebih2 lagi bila berada di tempat orang. Sehinggakan aku seludup masuk perkakas masakan dan mulakan perniagaan di universiti menjual makanan.

Dari situ dapat menampung perbelanjaan aku ketika belajar dan bapa aku masih dengan perangai sama.

Meminta2 duit sedangkan memberi duit kepada anak yang masih belajar adalah tanggungjawab dia.

Bila mak aku angkat kaki, aku pun menyewa rumah sendiri. Mak aku duduk di kampung berdekatan dengan rumah sewa aku.

Bapak aku nak duduk dengan aku dan dia berjanji untuk membayar RM250 iaitu separuh daripada harga sewa rumah jika dia dapat duduk denagn aku.

Dan aku menerimanya. Aku tiada masalah untuk menyara mak bapak aku sendiri memandangkan mak aku akan duduk dengan aku juga pada waktu cuti.

Dia hanya membayar RM250 seperti yang dijanjikan untuk 5 bulan pertama. Dan masuk bulan ke 6 dia mendiamkan diri. Bila aku bangun dia tido.

Bila aku tido dia bangun. Seolah2 cuba untuk mengelakkan diri daripada aku berjumpa meminta duit sewa daripadanya.

Bila dah besar sibuk nak menumpang senang. Sikap bapak aku buatkan aku rasa takut untuk berkahwin dan menjadikan jiwa dan hati aku sangat kasar dan keras.

Aku merasakan semua lelaki adalah tidak berguna kerana aku kerap berkenalan dengan lelaki yang ambil kesempatan dari segi duit.

Sehinggakan aku berjumpa dengan tunang aku. Alhamdulillah. Dia punya sikap yang sangat baik dan aku mengharapkan sikap baik dia akan berterusan sampai bila2.

Hanya dia tahu cerita hal bapak aku ni. Dan aku pun dah siap2 bagi warning untuk tidak menjadi laki tak berguna lepas kawin atau aku tahu apa tindakan yang patut aku buat sebagai seorang isteri.

Aku juga memberi amaran agar dia tidak terlalu memberi muka dengan bapakku dengan alasan nak mengambil hati.

Sedangkan apa yang terjadi kepadanya adalah kifarah apa yang dia buat dari dulu sehingga kini.

Jika orang tidak kenal bapakku, mereka akan percaya. Tapi jika sesiapa yang kenal bapakku, mereka tidak akan mudah melayan dan percaya.

Itulah serba sedikit tentang hidup aku yang punya bapak tidak berguna. Tak dapat aku nak bercerita dengan manusia lain kerana aku takot mereka akan keluarkan kenyataan cliche bahawa mengalah lah dgn bapa sendiri.

Walau apa pun jadi dia tetap bapak kita. Puihhh. Rasa nak ludah. Sebab benda tu semua tak jadi pada kau. Senang la kau cakap macam tu.

Kesan dera emosi yang bapak aku buat dri segi minta duit dan memburukkan aku dan family dengan orang luar sangat ketara lebih2 laig bila aku duduk berseorangan.

Jika perlu sambung aku akan sambung luahan aku sebab masih banyak cerita yang aku masih simpan tentang bapak aku yang tak berguna tu. Jika tidak, cukuplah sampai di sini. Salam merdeka.