Takdir aku dengan suami kami berpisah selepas 2tahun berkahwin. Aku juga sempat bermadu selama setahun.

Perkahwinan aku dan Amir diuji. Segalanya bermula 3 tahun lepas. Aku dan Amir di satukan setelah hampir 3 tahun berkenalan.

Awalnya kami hanya kawan biasa sehinggalah Amir melamarku. Kami berkahwin atas restu kedua ibu bapa kami.

Rupanya mama Amir dan ibuku kawan baik yang terpisah lama. Makin gembiralah mereka.

Aku dan Amir bahagia sangat. Amir melayanku dengan baik sekali. Tak pernah sekali dia menidakkan keberadaanku.

Kami seperti kawan baik malah segalanya berjalan lancar. sehinggalah setahun kemudian…

“Yarah, kalau abang cakap ni abang harap sayang tak marah kan abang. Abang tak sangka perkara ini akan berlaku” Amir memegang tanganku lalu diusap perlahan.

“Kenapa ni abang? Ada perkara yang merunsingkan abang ke?” Aku melihatnya seperti orang yang takut.

“Abang nak minta izin untuk berkahwin dengan Mimi” Terasa seperti renjatan elektrik menjalar disekitar badanku.

Aku menarik tanganku dari pergelangan Amir. Aku memandang wajah suamiku dengan pandangan yang aku sendiri sukar tafsirkan.

“Macam mana abang dengan Mimi…” Tak sanggup aku untuk meluahkan.

Malam itu, ibu mertuaku menelefonku. Dia memarahiku membenarkan Amir untuk berkahwin lagi.

Mama tak sanggup jika aku menderita. Aku hanya memberi jawapan, “tak apa lah mama, Amir mahukan anak” dan mama hanya mengatakan itu adalah alasan sahaja.

Akhirnya 3 bulan kemudian, mereka berkahwin tanpa restu dari ibu mertuaku. Suamiku menyewakan sebuah rumah untuk Mimi selang 3 buah rumah dengan kami.

Amir bijak membahagikan masanya untuk aku dan Mimi. Tapi aku nampak bila dia bersama Mimi, Amir bahagia sangat.

Dan aku, aku menangis semahunya. Tipulah kalau ada yang kata dia akan bertabah kalau suaminya begini.

Keluargaku tidak membantah, mungkin mereka tahu yang aku berpeluang untuk menenangkan diri.

Aku tidak menyangka yang setelah dua tahun kami berkahwin, aku disahkan hamil 6 bulan. Mungkin kerana badanku yang kecil,

keadaan perutku tidak nampak lagi pula aku yang sememangnya kuat makan tak perasan seleraku makin bertambah.

Aku khabarkan perkara ini pada keluargaku dan meminta mereka supaya rahsiakan perkara ini dari pengetahuan Amir.

Tapi Amir tahu juga kerana ibuku tanpa sengaja memberitahu pada mama Amir.

Kata ibuku, teruk juga Amir kena marah dan dia seperti tersedar kesalahannya kerana tidak sabar dengan rezeki Allah.

Amir mencariku di UK. Dia memujukku untuk rujuk kembali. Tapi aku menolak. Aku tidak mahu menyakiti hati Mimi. Mungkin inilah takdirku untuk bersendiri bersama – sama anak anak yang kukandung. Doakan aku ya semua.