Tiba-tiba bunyi wasap masuk. Dia kata dia dah tertidur dgn sepupu dia. Senangnye dia wasap aku mcm tu

Assalamualaikum. Aku gelarkan diri aku Muna (bukan nama sebenar). Sekadar meluah dan aku suka orang tegur aku melalui penulisan dekat komen-komen.

Kalini aku nak share berkenaan satu topik yang sangatlah cliche dalam kalangan anak muda. Harapan Palsu. Ya, perkataan yang sesuai untuk kisah aku.

Aku orangnya biasa, tinggi, berisi sikit, baik tu ada juga *kawan-kawan yang bagitahu ya.

Sebab dia pernah bagitahu aku, dia tak suka penipu dan menipu. Memang kami tak declare apa-apa.

Tapi banyak dia bagi harapan pada aku. Aku pun jadi bodoh terima dan beri peluang untuk dia dekat dengan aku.

Selama 2 bulan kami berkawan melalui telefon, banyak hal kami kongsikan bersama. Hampir setiap malam kami akan otp sehingga 2,3 jam.

Aku mula kenalkan Amar pada ibu aku juga melalui telefon. Itupun sebab dia yang beria nak bercakap dengan ibu aku.

Ibu aku pula jenis selagi berkawan tak melampaui batas, ibu bagi. So, kami terus berkawan.

Dia janji dengan aku, suatu hari dia akan cerita. Aku pegang janji dia. Aku ada trip pergi Vietnam dengan classmate uni aku.

Aku belikan hadiah untuk dia. Guna duit belanja yang aku simpan. Bukan sikit, aku bagi.

Aku minta alamat tempat kerja dia, dia bagi untuk aku pos barang tu. Padahal waktu tu dia dah tau dia nak tinggalkan aku.

Awal perkenalan dulu, dia pernah share dekat aku yang dulu dia ni pernah sedih tahap gila, sebab tunang dia meninggal.

Cerita tu dah lama. So, dia harap seseorang yang hadir lepasni dapat kembalikan hati dia dah pecah berderai macam tu *acah. Aku yang lurus ni pun percaya.

Kenapa dia buat aku macam ni, tak call, tak text lama. Lepastu di kata dia akan ws aku, ada problem.

Aku minta dia bagitahu apa tapi dia kata lain kali. Aku dah syak. Ada sesuatu tak kena ni. So, aku off call. Aku tunggu dia ws aku sampai nak tertidur.

Tiba-tiba bunyi kecheng *bunyi ws masuk. Dia taip, dia kata dia dah tertidur dengan sepupu dia.

Dan sepupu dia tu perempuan dan sebaya umur dengan dia. Dia pernah share pasal sepupu dia tu dekat aku dulu.

Tapi aku tak sangka dia dan sepupu dia rapat kemain. Entah betul entah tidak tu sepupu dia.

assignment menimbun. Meroyan aku, sebab kena tinggal dengan orang yang aku percaya pada awalnya.

Selama ni kita baik ja. Takda benda pun yang salah. Semua jadi cepat sangat. Dalam aku patah hati tu, aku try untuk study, tapi tak masuk.

Banyak yang aku fikir, itu ini. Maklumla, orang tak pernah bercinta. Jadi bila kena macam ni.

Lain weyh sakit dia. Aku salahkan diri aku, sebab cepat sangat percaya dekat orang.

Akhirnya keputusan peperiksaan aku merudum. Lagi aku stress. Aku takkan lupa apa yang amar buat dekat aku. Kau main-mainkan perasaan aku sebagai seorang perempuan eh.

Pernah aku stalk dia dan perempuan yang acah sepupu dia tu *sekarang aku dah block sebab dalam usaha nak lupakan dia. Nampak bahagia, keluar sana sini.

Gelakkan aku para pembaca sekalian, sebab aku ni rupanya tempat Amar isi waktu lapang dia ja sepanjang perempuan tu takda. Dia dah kenal perempuan tu almost 5 years.

Dan rupanya dia bukan sepupu Amar pun. Aku stalk twitter perempuan tu, dorang akan nikah tahun hadapan. Bahagia la korang ya.

Aku ni satu hal. Bila nak move on tah. Tengah perbaiki diri, tapi kadang tak sedar diri.

Doakan aku guyss. Pssst, janganlah gelakkan aku betul-betul. I need some words yang boleh motivate diri aku ni. Thanks pembaca.