Baru 2 tahun kahwin, aku tergantung sepi. Suami semakin jarang melayanku. Suami kata aku penyebab segalanya

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau sudi siarkan tulisan saya. Saya nak minta pendapat di sini sebab saya rasa dah buntu sangat.

Saya & suami dah berkahwin 2 tahun, belum ada rezeki zuriat. Saya berasal daripada dysfunctional family so deep down sebenarnya saya kurang percaya kepada institusi perkahwinan.

Kami bercinta selama 5 tahun sebelum dia ajak saya kahwin. Dia tak sambung belajar lepas diploma dan terus bekerja manakala saya pula melanjutkan pelajaran.

Saya setuju untuk kahwin sebab saya dah taknak hidup dalam maksiat; couple etc. Kami pernah cuba putuskan hubungan tapi bertahan seminggu je.

Maka, saya berkahwin untuk mendapatkan keredhaan Allah & meninggalkan apa yang Dia tak suka.

sebab saya dapat kerja & gaji yang elok lepas habis belajar. Suami pula kurang bernasib baik dalam pekerjaan & gaji dan diuji daripada segi itu

selepas kami berkahwin tapi bagi saya, di situlah kekurangan dia & kelebihan saya untuk kami saling melengkapi.

Dia pernah cakap dengan saya hidup dia makin susah selepas berkahwin dengan saya (hancur hati saya bila dengar).

Saya jawab dia tak sedar itu adalah bebanan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

Malangnya, semakin lama, dia semakin mengabaikan nafkah batin saya; nafkah emosi & nafkah di tempat tidur.

Dia kata dia tak perlukan saya daripada segi emosi tetapi hampir setiap bulan dia akan pinjam duit saya sebab gaji dia masih sangkut dengan company lama

& gaji sekarang hanya cukup-cukup untuk menampung komitmen dia.Di mana letaknya saya di hati dan hidup dia?

Daripada majlis perkahwinan kami dia dah banyak berhutang dengan saya tapi saya tak pernah kisah sama ada dia bayar atau tidak sebab saya tahu kekangan dia buat masa sekarang.

Cuma sekali-sekala saya akan ingatkan bila saya nampak dia takde put effort untuk cuba bayar. Dia mula ambil mudah nafkah bulanan dekat saya sebab saya berduit.

Selalunya saya tak kisah & cuba faham tapi setiap bulan dia akan bagi duit dekat mak dia tanpa gagal.

Sekarang saya rasa cerai adalah jalan terbaik untuk kami berdua sebab saya juga berhak untuk bahagia

walaupun selepas bercerai bukannya saya akan kembali ke pangkuan & rumah ibu bapa saya.

Daripada kecil saya memang sentiasa berdikari & ibu bapa saya tidak pernah ambil peduli pasal saya melainkan benda yang berkenaan wang ringgit.

Saya rasa sedih sangat. Saya rasa saya dah bagi segalanya yang saya mampu untuk perkahwinan kami.

Bila saya muhasabah diri, saya bukanlah seorang isteri seperti mak dia yang menghambakan diri sepenuhnya untuk masak,

Saya tawakal kepada Allah ketika nak berkahwin dan apa yang saya berikan dalam perkahwinan ini semuanya dengan niat untuk bertanggungjawab terhadap keputusan saya untuk berkahwin.

Sekurang-kurangnya bila Allah tanya di akhirat nanti, saya boleh jawab saya dah cuba bagi segalanya semampu saya.

This marriage is a partnership to me dan bukan tempat untuk saya menghambakan diri buta-buta tanpa give and take.

Because technically, I’m alone in this world and I only have Allah with me. Thank you in advance.