Suami kantoi ambil barang. Dia janji nk berubah tp ibu bapa aku xpercaya. Sekarang aku pula kene buatpilihan

Assalamualaikum. Aku Siti. Aku berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat aku cinta sejak dari zaman sekolah.

Aku bekerja di sektor awam, suami ku hanya bekerja biasa dengan pendapatan yang lebih rendah dan kadang kala gaji tidak tetap (bergantung kepada job yang dia dapat).

Takpe, aku tak kisah pun. Sebab pada aku, selagi dia bertanggungjawab dan rajin mencari rezeki halal terhadap aku dan anakku, aku terima dia seadanya.

Awalnya ayah aku tak restu percintaan kami. Ala… biasalah. Kau dah stable, kau sibuk nak kahwin dengan orang yang kerja pun tak tetap.

Ayah mana tak risau kan masa depan anak dia. Aku berjaya yakinkan ayah aku dan akhirnya kami berkahwin.

Satu hari, aku dapat tahu suami aku amek dadah, ice tak silap aku. Panjang ceritanya macam mana boleh dapat tau, dipendekkan, pengaruh kawan kawan.

Suami aku kadang kerja malam, so dia perlukan “something” untuk bertenaga… gitu la alasan dia bila aku tanya kenapa dia amek benda tu.

Aku jadi bengang sebab duit dahla tak banyak, boleh pulak dia beli benda yang mahal tu.

Satu hari, kitorang gaduh teruk sebab suami aku dah lama kot tak dapat benda tu, yelah duit dah takde.

Aku ni dengan kereta rosak, terpaksa gadaikan barang kemas, semata nak pakai duit. Nak raya lagi. Paip rumah bocor la apa la. Stress gila. Tiba tiba semua nak serentak

Entah macam mana, tiba tiba suami aku cakap dia nak berubah. Dia sanggup nak pergi klinik methadone. Dia sanggup nak cari kerja baru yang tetap.

Dia sanggup merayu kat mak ayah aku. Selama ni dia tak pernah pun macam tu. Selama ni apa yang dia cakap, tu la yang betul.

Suruh cari kerja tetap sejuta kali, sejuta kali cakap tak nak, tak suka terikat kerja office hour katanya. Ego tinggi menggunung.

Bila dah macam ni, tiba tiba baru cakap nak berubah? Tiba tiba suruh aku listkan semua hutang dia, dia nak bayar.

Yela bayar sikit sikitla bukan semua sebab bukan dia banyak duit pun kan. Aku cakap aku memang tak boleh, tapi bila aku tengok kesungguhan dia, aku jadi lembut hati.

Tapi suami aku ada cakap kat aku, aku je support system yang dia ada untuk dia boleh berubah. Kalau aku takde, macam mana dia nak berubah.

Sebab dia dah takde siapa siapa. Dia akan rasa kehilangan yang cukup besar. Dia mintak aku satu lagi peluang. Aku jadi serabut

Mak aku cakap dekat aku, kalau aku terima balik suami aku, dia tak izinkan aku balik ke rumah lagi.

Yelah, bila susah, lari pergi family, lepastu baik pergi balik dekat suami. Lepastu gaduh balik. Cycle yang sama berulang kali.

Ni dah tau dia amek benda terlarang tu, lagi lah dorang takut aku kena pukul kalau suami aku hilang waras. Aku faham kenapa dorang takleh terima suami aku…

Suami aku pernah cakap, andai satu hari kita berpisah, suami aku tak boleh janji kalau dia dah berubah, dia akan toleh belakang lagi.

Dia memang nak move on terus dan lupakan aku. Bila dengar benda tu, aku jadi takut. Takut nanti aku yang terhegeh balik dekat dia tapi dia dah tak nak. Lagipun sekarang hati aku masih berbolak balik.

Sekarang aku buntu dan dilema. Antara suami, dan mak ayah. Aku nak restu mak ayah aku untuk teruskan perkahwinan ni, dan aku nak ada disamping suami aku untuk dia berubah.

Tapi aku hanya boleh buat satu pilihan. Setiap hari aku buat istikharah, supaya aku tak tersalah buat pilihan.

Doakan aku dapat buat pilihan yang tepat untuk masa depan aku.