Suami kena pkul paksa mengaku benda yang dia sendiri tak tahu hujung pangkal. Ya Fitnah sebenarnya.

Assalamualaikum. Sebenarnya dah lama aku nak tulis luahan kat sini tapi asyik terbantut sebab tak tahu macam mana nak mula, macam mana nak kata.

Tiga tahun lepas rumah tangga aku diuji, seberat-berat ujian terhadap sebuah perkahwinan. Ini ujian kedua lepas diuji lambat dapat anak.

Alhamdulillah lepas 3 tahun dapat seorang. Tak… suami aku tak curang. Tapi dia dituduh mencabul seorang budak yang kami kenal baru je tak sampai sebulan.

Mula-mula polis datang ambil dia, memang aku terkejut. Aku mula ragu. Aku rasa macam aku tak kenal siapa dia.

Betullah orang kata 5 tahun pertama perkahwinan tu ujian memang hebat kan. Kalau orang yang tak kenal rapat mesti ragu jugak pada dia.

Kena pukul paksa mengaku benda yang dia sendiri tak tahu hujung pangkal. Kena tidur lokap yang kotor. Nak solat susah.. terpaksa tengok arah matahari.

Seluruh keluarga terlibat.. semua orang trauma. Yang menuduh pulak bukan orang baik… bersekedudukan dengan teman lelaki bawa anak-anak. Entah-entah budak tu kena dengan orang lain kan. Wallahualam.

Sedikit info tentang kes kanak-kanak, ada undang-undang yang lindungi mereka. Apa saja yang mereka cakap,

dianggap benar walaupun kenyataan tu pusing-pusing putar belit tak logik. Kononlah “budak-budak tak menipu” kan.

Ye ke macam tu? Budak-budak sekarang bukan macam zaman dulu-dulu. Diorang lagi advance. Lagi kalau dah dilatih.

Hey belum tentu orang tu betul-betul bersalah tau! Public interest… semua gerenti sabit bersalah untuk keluar surat khabar lah.

Banyak kes terpencil tak mampu nak ikat jamin, tak mampu teruskan rayuan perbicaraan.. masuk macam tu je la.

Sekarang pun aku sedang diuji fasa kedua perkahwinan. Anniversary ke 8 nanti suami aku takde di sisi.

Aku tak pernah terbayang akan ada pengalaman melawat suami di penjara. Kali pertama aku tengok dia, dia menangis nak keluar.

Tapi sebab prosedur makan masa, jadi kami terima ni ujian Allah. Lapan tahun tak pernah berpisah langsung, kami terima harga kena bayar 8 bulan ni.

Kadang-kadang kesusahan kita tu bukan hikmahnya untuk diri kita sendiri, tapi orang lain. Kita takkan pernah tahu sebelum ianya berlaku.

Tapi yakinlah dengan aturan Allah. Orang yang tak beriman pun, orang jahat tu pun sebenarnya hamba Allah. Mereka pun sedang melaksanakan rancangan Allah tanpa mereka sedar.

Suami aku selalu kata, selalu ingatkan aku… semua yang berlaku, baik atau buruk semuanya atas izin Allah.

semua doa tu akan kembali kepada korang juga nanti. Semoga kita semua terselamat dari fitnah dunia ini. InsyaaAllah.