Aku dah tak suci. Bakal suami terima aku seadanye. Makin lama dia berubah siap ugut nk bocorkan rahsia aku.

Assalamualaikum. Sebelum tu aku kenalkan nama aku Rina. Aku berusia 31 tahun. Cerita yang aku nak cerita ni adalah sekadar luahan hati aku.

Agak panjang dan maaf jika membosankan. Aku bukanlah perempuan yang baik. Ketika dialam Universiti aku sudah terlaanjur dengan kekasihku dan dia tidak mahu bertanggungjawab.

Tamat saja belajar, aku membawa hati dan dekatkan diri pada Allah. Aku tidak berkawan dengan sesiapa selama hampir 6 tahun. Ada yang cuba mendekati.

Tetapi aku tidak yakin. Sehingga aku bertemu seorang lelaki duda anak 2 berusia 42 tahun dan juga sedang patah hati.

Sebelum lebih melangkah jauh, aku jujur padanya bahawa aku tidak suci lagi. Dan dia dapat menerima aku seikhlasnya.

Walhal, kereta itu digunakan untuk mengambil dan menghantar anaknya kesekolah ketika dia hanya ada sebiji motor.

Bulan berlalu, dia ingin membuka bisnes dan memujuk aku meminjam bank. Katanya pinjaman itu boleh digunakan untuk tujuan majlis kahwin dan bisnesnya.

Aku sekerasnya menolak. 3 bulan hampir berkahwin, aku diterima kerja. Dan dimasih memaksa aku membuat pinjaman dan berjanji membayarnya.

Jika tidak, dia mahu memutuskan pertunangan atas alasan aku sudah tidak viirgin. Aku bersetuju kerana tidak mahu malu. Aku tak sangka niat jujur ku akhir nya dibalas sebagai ugutan.

Kami berkahwin, dan selepas berkahwin aku alahan teruk sehingga terpaksa berhenti kerja. Aku cuba untuk bertahan, namun aku gagal.

Saat ini aku sangat sangat kecewa dan sedih. Segala pengorbananku tidak dipandang. Aku menebalkan muka meminta adik membayarkan hutang kereta ku sementara aku terus usaha mencari perkejaan.

Kata hiinaan dan makiian tak lepas dari mulutnya. Dia mengungkit bahawa hanya dia yang berkerja.

Dan terpaksa menanngung aku. Aku katakan padanya bahawa aku adalah tanggungjawab mu sebagai suami.

Dia menaampar pipiku. Hari berlalu aku masih berusaha dan berdoa agar aku diterima kerja.

Sehinggalah aku diterima berkerja. Suami memarahi ku kerana office ku jauh dari rumah.

Dia sudah tidur bersama wanita lain dan wanita itu kekasihnya. Dia meminta aku bersetuju bercerai secara baik.

Aku marah dan menangis. Kemudian dia menarik rambutku dan memiijak perutku. Katanya aku hanyalah seorang perempuan bod0h murahan dan tidak berduit seperti kekasihnya. Kekasihnya berduit, bijak dan sangat matang serta tidak menyusahkan dia.

Setiap malam dia akan pulang lewat dan mengabaikan aku dan anak anaknya. Aku berkata padanya.

Aku adalah isteri yang kau nikahi setahun yang lalu. Aku menerima kau dan anak anak dengan seluruh hatiku.

Kesenanganmu bermula apabila kita berkahwin. Harini kau mahu membuang aku selepas segalanya kau dapat.

Katanya aku punca dia kemaalangan kerana tidak bersetuju mahu bercerai. Dia jijiik padaku serta berkata dia tidak akan izinkan aku mengandungkan zuriatnya.

Ketika dia menyebut bahawa aku anak haram dan ibu bapaku tidak pandai mendidikku.Aku pandang wajahnya dan berkata, aku menerima kau ketika bekas isterimu membuangmu.

Aku terima kau disaat kau susah. Aku jaga dan didik anak anak kau tanpa balasan. Apa saja hiinaan biarlah hanya padaku. Bukan orang tuaku.

Kerana dia juga menerima kau saat kau mahukan aku. Jika cerai adalah apa yang kau mahukan. Baik, aku bersetuju.

Malam itu aku mengemas semua kain bajuku. Menyiapkan baju dan bekal anak anak. Aku mencium anak anak yang sedang tidur.

Aku pulang semula dan berkata dalam hati. Aku hanya akan menjaga anak anak selama dalam eddah ini saja.

Setiap hari dia memujukku dan cuba memelukku. Namun hatiku sudah tertutup. Aku hanya menjaga anak dan makan pakai sahaja didalam rumah ini.

Aku masih menjaga dia dan menguruskan dia juga. Bukan kerana cinta, tapi ihsan ku sebagai manusia. Hampir 3 bulan berlalu. Aku berkata padanya.

Aku akan pergi dan tidak mahu rujuk semula. Aku juga mendoakan dia bahagia. Aku memesan untuk dia menjaga anak anaknya kerana itu adalah harta berharga.

Dan jika dia berkahwin, carilah isteri yang mampu menjaga dan sayang anak anak seperti anak sendiri.

Impianku untuk menjadi seorang isteri dan ibu tidak kesampaian. Aku kecewa kerana kasih sayangku tidak dihargai.

Dan hanya usia perkahwinan baru beberapa bulan dia sudah ada wanita lain dan mahu menceraikan aku.

Doakan aku terus kuat dan bahagia. Semoga aku terus kuat berada dijalan Tuhan.