Aku nurse swasta. Datang prempuan belum kahwin nk scan janin. Mula2 dia hapy tp lepas jumpa BF muka dia terus bertukar.

Assalamualaikum WBT. Nama aku Orked. Aku salah seorang nurse di salah sebuah sektor swasta.

Aku terpanggil untuk berkongsi beberapa kes yang aku pernah hadapi sepanjang bekerja disitu. Yang ingin aku kongsikan adalah keguguuran.

Yaa dengar macam biasa, tapi luar biasa bagi aku kerana bayii itu tidak berd0sa. Melainkan menghidap sakit yang melibatkan nyaawa hingga terpaksa guguur maybe its okay.

Nak selamatkan nyaawa dan tak nak tanggung risiko di kemudian hari. Tapi guguur sebab tak nak bertanggungjawab tu tak okay. Dah buat d0sa eh boleh pulak tambah d0sa lagi.

Majoriti pesaakit yang datang nak guugurkan kandungan adalah pasangan melayu dan belum berkahwin.

Sungguh, terlalu ramai pesakit yang scan baby tapi belum berkahwin ! See boleh bayangkan generasi akan datang andai tidak dikawal dari sekarang.

Aku belum berkahwin, ya aku tak ada anak. Tapi risau bila melihat depan mata macammana kelak jika aku ada anak. Mampukah aku jaga dia sebaik aku jaga diri aku sendiri.

Bercinta itu tak salah, hak mutlak sendirian berhad. Tapi jangan kerana melayan perasaan cinta hingga tern0da.

Kau akan menyesal kemudian hari, bila dia enggan bertanggungjawab kau terkapai-kapai seorang diri.

Dan janin dalam rahim kau tidak berdosa dan dia nak kau tambah lg extra dosa untuk gugurkan. Allahuakbar think first before you did!

Lelaki itu kecewa mungkin kerana diberi nasihat untuk segera menghalalkan hubungan. Laju berjalan melulu meninggalkan pasangannya seorang diri.

Dari sudut itu aku melihat mungkin dia tidak bersedia untuk jadi seorang ayah, tak nak beri sepenuh komitmen dan dia masih nak enjoy dengan life dia.

Girls, beware dengan lelaki seperti ini. Check pasangan anda, make sure dia betol betol ready to be in halal relationship.

Dont waste your time ya. Cari lelaki yang ikhlas nak kan anda, bukan anda yang nak kan dia .

Dan aku, hanya mampu melihat babak lakonan manusia yang aku tonton sekarang dan berdoa agar lelaki tu bertanggungjawab dan tak melarikan diri macam drama Akasia pukul 7 tu.

Semoga Allah mengampuni kita dan menjauhi kita daripada perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar. Wallahua`lam.

Bersihkan kembali dosa lampau, siapa tahu itu adalah dosa terakhir. Moga kalian istiqamah dan tak ulangi kembali dosa yang lalu.

Semoga lelaki yang membaca tidak terguris hati, limpa mahupun jantung. Coretan ini bukan untuk hentam semua lelaki,

tidak weh tidak. Tapi untuk sesetengah lelaki sahaja. Lelaki mahupun wanita sama sahaja.

Akhir sekali,

Sebelum tutup tirai kisah ini. Mencintailah seseorang itu kerana Allah, kerana perasaan itu datang dariNya. Jangan cemari cinta tulus kerana nafsu.

Kelak cinta itu akan mati dek kerana hilangnya perasaan itu tika kau sedari kau dikhianati jiwamu.Terima kasih,