Dah kahwin, baru tahu suami adalah org gila. Baru tahu sbb apa. Bila kahwin gila dia datang aku terasa nk bercerai.

Bismillahhirahmannirahim. Hampir 5 tahun suami aku sembuh dari penyaakit skiz0frenia. Dari makan ubaat d0s yang tinggi sampai ke pada d0s rendah.

Sepanjang 5 tahun perkahwinan ni segala susah payah kami lalui bersama. Dari rumah kosong sampai penuh barang.

Dari tidak mampu beli rumah sampai lah kami menunggu masa jer rumah kami siap. Hidup kami semua lengkap tapi Tuhan lebih mengetahui.

Hari ni genap sebulan lebih suami aku diserang penyaakit mentaal skiz0frenia buat kali kedua.

Penyaakit yang kian membiak. Nampak luaran seperti normal sekali datang penyakit tidak tertanggung aku nak menghadapinya dengan dua orang anak yang masih kecil.

Aku terkejut tergamam tak tahu nak buat apa. Hanya aku call adik dia suh datang tengok. Jiran-jiran semua datang marah aku cakap kenapa bawak orang gila datang kawasan ni.

Aku diam seperti orang bod0h. Itulah kisah mula-mula aku mengenali penyakit skiz0frenia.

Bermula dari saat itu lah aku rasa aku ni dah tersalah pilih, nasib aku malaang aku ditipu. Bod0hkan dari awal-awal lagi aku tidak bercerai.

Mula-mula memang aku hendak bercerai tapi tiba-tiba aku tahu aku hamil 1 bulan lebih. Aku ada terpikir nak guguur jer sebab tak nak ada zuriat dengan orang penyaakit sedemikian.

5 bulan selepas itu suami aku sembuh. Itu pun selepas dia kelaar tangan buat kali kedua dan dimasukkan ke wad mentaal selama seminggu.

Alasannya suami aku akan sembuh sekiranya berada disisi isteri dan anak.Aku pulak f0bia traauma peristiwa dahulu dia pernah pkul aku.

Aku takut tidur pon tidur ayam takut dia pkul aku dan anak-anak. Yelah penyakit skiz0frenia penyaakit baahaya.

Suka pkul baling barang pecahkan barang sepak orang. Aku tahu nak explain macam mana.

Aku pernah terdetik dalam hati kalau sekali lagi dia sakit aku nekad untuk bercerai kerana penyakit memang tidak akan sembuh dan ianya perlu bergantung pada ubat dan tidak boleh hidup dalam keadaan strees.

Sekarang aku dan anak-anak sedang berehat di kampung aku. Si adik seronok riang gembira dan si abang nampak masih rindukan pelukan papanya.

Selepas dia sembuh baru aku jalankan proses perceraian. Doakan aku kuat nk tempuh dugaan besar ni. Aku tulis sekadar luahan hati yang terbuku yang mampu aku nak simpan.

Mama dan abah aku pon baru tahu cerita ni. Selama ini aku simpan sorang tak mahu mama, abah dan abg aku risau. Tak mahu mereka malu ada menantu gila.

Untuk pengetahuan korang aku kenal suami sewaktu kami sama-sama belajar di politeknik.

Aku tengok dia waktu belajar elok normal tak macam orang giila pon. Lepas kenal kahwin baru tahu yang dia dari kecil dibesarkan oleh opah dan atok.

Manakala ayah dan ibunya dua-dua kerja di KL. Dia ada 8 orang adik beradik. 4 dibesarkan di kampung. 4 lagi dibesar oleh mak dan ayah.