Aku berkawan dgn suami orang. Aku cuba mengelak tapi aku tak kuat, Ami pula makin galak dan pelbagai surprise dia buat

Tiba-tiba ada nombor tak dikenali di telefon. Aku musykil tapi tak apa, jawab juga walaupun jam dah pukul 9.30 malam.

“Hello, Ju? Ami ni,”

Satu nama yang cukup lama aku tak hubungi, sekadar kekal dalam friend list FB selepas dia bergelar suami.

Ya, aku takkan rapat dengan rakan-rakan lelaki sebaik tahu mereka dimiliki seseorang, hatta belum bernikah pun.

Kami bertanya khabar kira-kira 15 minit selepas hampir 6 tahun tak berhubung. Tapi aku terus bertanya kenapa call,

aku tak selesa. Sekadar tanya khabar katanya. Baik, aku seboleh-boleh ingin hentikan perbualan segera.

Lama-kelamaan, Ami mula mengambil kesempatan untuk rapat semula dengan aku. Hati aku yang keras selama 8 tahun tanpa sesiapa, susah dilentur Ami.

Aku terus menganggap dia sebagai abang. Hormat. Berkeras suruh dia henti bercerita perihal isteri sebab aku juga wanita,

aku tak mungkin berpihak kepada sesiapa. Lagikan pula ini libatkan masalah rumahtangga mereka.

Asal aku menjauhkan diri, Ami terus mencari. Datang ke rumah jauh-jauh, hantar buah tangan, makanan, ubat tatkala aku sakit.

Saat aku mengalami masalah kewangan, Ami terus saja transfer duit ke akaun bank tanpa pengetahuanku.

Ami ingin masuk meminang tapi aku baru tamat belajar dan nak membina kerjaya.

Memang Ami banyak kali call ajak berjumpa tapi waktu tu aku tiada masa untuk berjumpa dia, sibuk bekerja.

Kecewa, Ami mula berkawan dengan isterinya yang baru dikenali. Dalam sebulan berkenalan, terus bertunang. 3 bulan kemudian, kahwin. Sekarang anak 2.

Aku tahu semua ini pun selepas Ami berhubung semula dengan aku. Dia tak pernah sebut sebelumnya ingin mrmperisterikan aku.

Remuk hati bila dapat tahu, tapi aku kuatkan diri dan ingatkan Ami, isterimu ada di rumah.

Kepada keluarga Ami, keluarga isteri dan keluarga aku? Kepada ibubapa Ami, isteri dan aku?

Boleh Ami kekalkan hubungan baik dengan ketiga-tiga keluarga, dan keluarga besar pula?

Boleh anak-anak Ami terima aku? Kalau Ami rasa boleh, pergilah jumpa ibu ayah kataku.

Ami tersedar bila aku kata begitu. Hati suka tapi banyak hati juga nak kena jaga kan? Bukan aku seorang. Aku pun akan perlu buat yang sama tapi aku yakin aku tak mampu, aku tak kuat.

Aku juga yakin aku bukan wanita sebaik isteri Ami, betapa tabahnya dia bersabar, menunggu suami,

Dah setahun perkara ni berlaku. Tapi deep inside, aku tetap sedih. Cuma tak pasti nak bersedih tentang apa.

Semoga Allah kuatkan hati aku untuk lupakan Ami. Dan semoga Ami dan isteri kekal bahagia.