Aku hanyut dgn cinta. Bukan duit je aku gadaikan tp maruah aku juga. Bila dah hamil dia mula berubah, permainannye terbongkar

Assalamualaikum. Saya Azwa berusia 22 tahun berasal dari bandaraya kuala lumpur dan berkerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya terkemuka di bandar ini.

Keluarga saya sederhana sahaja namun baru baru ini kami sekeluarga kehilangan ketua keluarga kami iaitu ayah. Ibu yang menggalas tanggungjawab ayah setelah kepergiannya.

Namun, kerana dalam adik beradik saya ada seorang yang kurang upaya dengan tiada siapa yang ingin menjaganya jadi tanggungjawab untuk menyara keluarga jatuh ke tangan saya sepenuhnya tetapi ibu saya ada juga membantu dengan meniaga sambil sambilan.

Aku seorang yang kuat berkerja keras demi sesuap nasi untuk ibu dan keluargaku, sanggup menahan lapar demi membeli kereta semata mata

untuk kemudahan kami sekeluarga.Setelah bersusah payah mengumpul akhirnya tercapai juga hasrat untuk membeli kereta.

Seminggu kemudian kami pun bertemu janji yang pertama selepas sebulan berkenalan..

time tu dia baru kata dia hanya pekerja sambilan di pasaraya itu kadang kala gajinya tidak tetap, bayar gaji tidak penuh. Lagi berdukanya dia tiada kenderaan langsung..

Hati ini bergolak namun saya percaya benda ini boleh diubah jika berusaha lebih untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk bersama dengan pasangannya suatu hari nanti.

Kerana cinta saya sanggup tebalkan muka untuk menerima dia yang tiada apa untuk bersama dengannya.

Suatu hari dia ajak saya keluar malam untuk menonton wayang.. saya pun mengambil dia dan kami pun bersuka ria maklumlah awal2 bercinta memang indahkan.

Saya dah pandai menipu ibu saya setiap kali saya ingin bertemu dengannya. Saya juga pernah ponteng kerja semata mata untuk meluangkan masa saya bersamanya sepanjang hari.

Saya sanggup korbankan duit saya sepanjang saya bertemu dengan dia bahkan dengan tubuh badan saya juga tergadai.

Sampai satu masa saya pernah gadai barang kemas saya semata mata untuk dia sebab dia kata untuk duit sewa dia bulan ini.

Ada satu masa itu ada seorang lelaki mesej saya dengan dia mengelarkan dia sebagai abang angkat Syam iaitu nama dia Abang Emir.

Dalam mesej itu dia nyatakan bahawa dia ialah ex boyfriend Abang Emir dan dia ada mengatakan bahawa Syam ingin kembali padanya.

dia dah berubah tidak seperti dahulu lagi. Dengan keadaan saya hamil tanpa pengetahuan keluarga saya ia sebenarnya membuatkan saya bertambah runsing sebab saya tidak tahu apa yang saya nak jelaskan kepada mereka.

Saya mula merasakan bahawa dia ada muslihat yang saya tidak tahu. Kami sering bertengkar kerana ingin dia bertanggungjawab dengan saya.

Saya nak dia jelaskan apa status hubungan kami seterusnya, saya nak tanya dia kenapa dia berubah, kenapa dia mula dingin pada saya..

kenapa dia mula angkat tangan pada saya.. Hati ini dah mula rasa tawar.. serious.

Dek kerana terlampau stress ditakdirkan saya terjatuh dalam bilik air hingga menyebabkan saya keguguran.

Saya terus menerus tidak ingin memberitahu ibu saya kerana tidak ingin dia khuatir tentang diri saya.

Jauh di sudut hati ini sebenarnya ingin memberitahu tapi rasa ketakutan itu yang menebal membuat saya terus memilih untuk berdiam diri.

Betul kata orang tua2 bahawa hati dan firasat seorang wanita ini memang betul apa yang diandaikan pada seseorang. Suatu hari saya mesej dia seperti biasa tapi saya pelik kenapa cara dia balas mesej macam bukan dia.

Rupa-rupanya dia mengatakan bahawa dia ialah kekasih Syam. Hati ini hancur remuk rasa nak meraung pun ada bila dia mengatakan bahawa dia ialah kekasih Syam.

Ya Allah, bodohnya aku selama ini kena diperbodohkan dengan dia.. selama ini dia kata yang dia sibuk la penat la..

Saya ada minta Syam menjelaskan segalanya dan mohon untuk bertanggungjawab pada diri saya dia akui memang betul apa Abang Emir dan wanita itu jelaskan pada saya.

Yang lagi perit dia mengatakan bahawa saya bukan wanita pertama bersamanya, dia sendiri kata bahawa kalau tiada dara kita boleh meneruskan hidup dan bahagia seperti biasa.. macam orang lain jugak..

Hancur hati saya ini awak. Apa makna segala pengorbanan saya pada awak? Apa semuanya kerana nafsu dan wang ringgit?

Apa saya ini hanyalah persinghahan sementara di hatinya? Kenapa dia tak hargai wanita yang pernah mengandungkan anak dia ini?

Sumpah saya rasa memang kemurungan yang teruk bila dia telah buat dan jelaskan keadaan itu.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk meninggalkan dia dari hidup saya. Ini satu keputusan yang pahit tapi ia baik untuk keadaan kami yang tiada arah hubungan kami.

Dengan keadaannya yang ekonomi tak stabil, sifat dia yang teruk, kaki perempuan membuatkan saya tidak yakin untuk meneruskan hubungan ini.

Biarkan ini menjadi pengajaran serta pengalaman hidup kita selepas ini.

Saya haramkan setiap duit yang saya hulur dekat awak sebab dengan duit itu awak berfoya foya.

Bodohnya saya mempercayai awak hidup2, saya sara hidup awak sebab nak bantu awak tapi ini balasan atas apa yang saya dah buat untuk awak.