Semua perihal keluarga letak atas bahu saya. Dia bila balik makan tido main fon. Suruh jaga anak ditengking pula

Saya ibu kepada tiga anak. Berkahwin dan tinggal berjauhan dengan suami. Saya bekerja dan urus anak berseorangan. Manakala suami bekerja sendiri di tempat lain.

Asalnya suami bekerja dengan sebuah syarikat, tapi terikut sangat kehendak hati untuk berniaga sendiri.

Dia meletakkan jawatan dan berniaga yang agak jauh dari tempat kerja saya.

Semua perihal keluarga kami diletakkan atas bahu saya. Makan pakai saya dan anak, tempat tinggal, bil, kereta semua saya lunaskan.

Ye dia bantu dari segi kewangan, tapi setiap kali dia bagi saya duit untuk belanja dapur. Selang berapa minggu dia akan minta bantu dia beli rokok,

Saya sediakan tempat tidur selesa, pakaian dia saya cuci, kemaskan.

Bedak dan minyak wangi untuk dia pun saya belikan. Termasuk hal batin semua saya cukupkan.

Yelah, sayang punya pasal. Kahwin pun atas dasar cinta. Tapi jangankan duit, tenaga untuk bantu saya uruskan keluarga pun kedekut.

Pernah saya minta tolong uruskan anak semasa pengasuh bercuti.Setiap apa yang dia bantu saya, semua dia ungkitkan.

Tengking minta saya siapkan anak sebelum pergi kerja,pastikan makanan ada. Kalau dia tak tengking, dia telefon sambil perli.

Saya ni kadang rasa berdosa sebab saya selalu bersyukur bila dia duduk jauh. Selalu berdoa biarlah dia jangan balik rumah, sebab saya tak tahan.

Duit sering tak cukup bila dia balik. Emosi saya selalu tak stabil bila dia ada.

Hal balik kampung pun jadi isu. Rumah mertua agak jauh, jadi jarang berkesempatan nak balik.

Tapi dia suka malukan saya dengan gurauan depan mertua saya “dia tak suka balik rumah kita, mama”.

Untuk saya, saya faham dia ungkap ayat tu dalam nada bergurau. Tapi pada mertua saya, mereka anggap semua ayat tu betul.

Tapi terhadap kita, dan kedua ibubapa kita. Orang yang baru dalam kehidupan, mereka abai.

Bila dah kahwin dan ada anak, kalau boleh cerai adalah jalan paling hujung sekiranya tak jumpa juga jalan penyelesaian.

Seeloknya dari awal, persiapkan mental diri dan bakal suami. Didik atau buat perjanjian supaya kemudian hari tak menyesal.

Jangan lupa, sediakan simpanan sendiri yang suami tak tahu pun. Andai perlu, angkat kaki dari rumahtangga sekarang. Pergilah.

Rumahtangga dibina dengan kasih sayang dan persefahaman. Apalagi nak ditunggu kalau keduanya pun dah takde.