Keluarga aku selalu berubat islam, tapi perubatan ni guna asap kemian. Sekarang baru tahu semua itu syirik.

Mesti korang rasa cliche kan bila dengar tajuk “Syirik” di mana rata-rata kita semua sudah pun sedia tahu tentang kewujudannya.

Tetapi, almost daripada kita tetap buat perkara syirik yang sama tanpa kita sedar perkara itu adalah dosa besar di sisi Allah.

Jadi kali ini, aku terpanggil lagi untuk tulis artikel sebegini pula. Sepanjang hidup aku,

aku pernah melalui zaman kejahilan di mana aku dan keluarga tika dahulu juga melakukan perkara syirik tanpa sedar.

seolah-olah barang tersebut adalah syarat untuk kesembuhan seseorang.Bukankah Islam itu mengajar sesuatu yang lebih indah dan mudah,

mengapa kita perlu pilih yang susah. Percaya tentang sesuatu kuasa selain Allah pun sudah berdosa, apatah lagi bila kita mengamalkannya.

Alhamdulillah beberapa tahun selepas itu, kami telah pun berubah selepas kami tahu dan sedar perbuatan itu adalah dosa besar.

Kami telah banyak menghadiri majlis ilmu dan join program-program yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Kedua, mengenai kepercayaan karut yang masih dipercayai dan diamalkan oleh segelintir masyarakat zaman moden ni.

Yang lagi best, bila tengok ada orang yang pakai gelang hitam dekat kaki yang dipercayai seperti tangkal yang mampu melindungi seseorang itu. Allahuakbar.

Kenapa sampai begitu wahai saudara Islsmku, bukankah kita hanya memohon perlindungan dari Allah,

bukan pada kepercayaan karut mcm tu. Nauzubillah. Kalau ikutkan, memang banyak nak aku listkan tapi inilah di antara contoh-contoh syirik yang kadang kita lakukan tanpa sedar.

Sebagaimana tercatat di dalam Al-Quran dalam Surah An-Nisa, ayat 116,

“Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan sesuatu), dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang Dia kehendaki.

Pernah tak korang nampak atau berlaku pada diri korang sendiri, bila mana korang berjaya di atas sesuatu perkara and then korang akan cakap,

biasalah “Halimah memang pandai” atau pun “Aku memang power atau pandai ” Perkataan yang kita sering ungkapkan ini tanpa sedar dah masuk dalam kategori syirik Khafi (kecil) atau maknanya riak.

Supposely, yang patut kita ucapkan apabila berjaya atas sesuatu dengan ucapan Alhamdulillah.

La Hawla Wala Quwwata Illah Billah (Tiada daya dan kekuatan melainkan atas izin (pertolongan) Allah Azza Wa Jalla. Itu yang sepatutnya.

Dan satu lagi yang aku lihat bila mana kita mempunyai rasa riak dalam melakukan amal ibadah hanya semata untuk menunjuk kepada orang lain.

Pelajarilah dan perbanyakkan lah mempelajari ilmu yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah.

Dan pilihlah guru yang betul, jangan terlalu atau mudah mempercayai guru yang hanya famous sebagai ustaz/ustazah selebriti kerana bukan semua mengikut ajaran Islam berlandaskan Al-Quran dan hadis.

Aku doakan moga kita semua bebas daripada melakukan perkara syirik. Wallahua’lam