Anak kakak baru keje dah nak beli kereta. Minta aku jadi penjamin. Aku serik dah banyak kali kene ngan kakak

Cerita hutang aku ni dah bermula sejak 30 tahun yang lalu masa belajar kat IPTA. Abang kena buang kerja jadi dia pinjam duit sebab tak cukup untuk sara family dia.

Masa tu, walaupun pinjaman MARA yang aku dapat, ala kadar sahaja tapi aku bagi juga pinjam sebab kasihan kat abang.

Masa berlalu, dia pun dah senang, rumah besar, kereta besar dan isteri pun dah jadi besar juga.… tapi hutang kat aku dia terus lupa. Ok la…. aku halalkan sebab aku sayang abang aku.

Bila kahwin, isteri abang ipar pulak perlukan duit untuk beli kereta. Alasan, senang nak ulang alik untuk rawatan ke hospital sebab abang ipar sakit 3 serangkai.

Ok… fine, aku dan suami setuju nak tolong sebab tak sampai hati. Malah guna nama suami untuk loan kereta. Janji akan bayar dan tanah sebagai cagaran.

Aku terdiam. He.. he.. he.. seperti yang diramalkan, sempatlah 1 tahun dia kerja, anak buah berhenti sebab jemu. Kereta dia kena tarik tapi aku selamat sebab tak jadi penjamin.

2006, emak dan ayah meninggal. Adik lelaki bujang aku takde tempat tinggal. Rumah yang ada uzur sangat.

So adik beradik cadang nak buat rumah baru kat tanah pusaka. Masuk upah semua, siaplah rumah kecil 25K sahaja. Sesuai untuk si bujang dengan keperluan asas.

Suami aku keluarkan modal dan kos rumah tentulah kami berdua. Alasan adik beradik, kami berdua kerja kerajaan.

Janji bayar RM200 sebulan. Malangnya… hutang berbayar 10 kali sahaja lepas tu terus senyap…. Aduhai, malu kat suami sendiri sebab adik buat hal.

Takpelah…. walau hutang tak bayar, kami jugak yang urus pembedahan mata dia. Adik beradik kan….

Apa lah sangat duit tu berbanding nilai persaudaraan. Syukur, mata dia dah dapat lihat semula.

Kisah yang last ni, buat aku sukar nak hadam. Adik ipar perempuan aku ni kerja kilang. Anak 5 orang.

Suami dia adalah adik aku yang kerja technician kilang tapi kena buang sebab masalah disiplin. Lepas tu kerja tak menentu dan last sekali jadi jaga.

Adik ipar ni kerjanya, tiap2 bulan pinjam duit. Alasan tak cukup duit nak beli susu anak. Ok… aku tolong sebab takut anak buah kebuluran.

Bila aku tanya kenapa buat keluarga suami macam tu… macam helah dia cakap. Last sekali balik kampung suami pun tak berani dah. Kantoi la tu…

Fuhh… cukuplah cerita hutang adik beradik ni. Bukan hutang dalam erti kata sebenarnya…. Adik beradik kan. Marah macam mana pun, air dicincang tak kan putus.

Terima kasih pada admin yang sudi siarkan serita aku ni.

Maaf andai ada salah silap. Tak minta pun you all untuk judge tapi nak kongsi jer asam garam kehidupan. Moga kita semua dirahmati Allah.