Saya berpantang sendiri dari anak pertama. Mula2 kekok tapi semakin lama saya rasa ini yang terbaik

Assalamualaikum. Saya baru selesai berpantang anak ke-3, teringin pulak nak share pengalaman berpantang.

Apa yang saya buat tak adalah luar biasa & ramai je buat sebenarnya tapi kalau boleh bagi panduan sikit2 pada yang baru melahirkan anak, alhamdulillah..

Boleh katakan saya ni berpantang sendiri sejak anak pertama. Ibu saya dah meninggal, ibu mertua pula jauh.

Suami saya akan cuti seminggu setiap kali bersalin jadi memang banyak bergantung dengan suami juga la.

Masa anak 1st adalah makcik saya datang seminggu je untuk ajar pengurusan baby & ibu, yelah 1st time kan memang la sangat kekok.

Untuk menu tengahari pun sama, buat list ikut hari. Contoh hari isnin lauk sup ayam + sawi goreng, selasa ikan bakar + carrot & brokoli.

Bahan2 masak saya listkan siap dengan kuantiti, lepas tu bagi list kat husband senang dia nak beli.

Awal2 pantang tu suami akan masak nasi & lauk. Bila dah abis cuti dia akan masak awal pagi sebelum pegi kerja. Jadi untuk mudahkan dia,

saya dah tolong prepare bahan masak setiap hujung minggu, ikut menu yang dah list tu. Bawang2, halia semua tu saya kupas siap, masuk bekas & simpan dalam peti ais, untuk pakai bila nak masak lauk. Tahan seminggu.

Sayur pun saya potong siap, masuk dalam bekas (1 bekas 1 hari ikut menu yang dah list tadi), sekali dengan sebijik bawang merah+putih untuk tumis.

Pengurusan diri :

Awal2 pantang darah nifas banyak kan? lagi2 kat hospital. Dulu pernah pakai maternity pad, tak selesa mana pun, last2 pakai lampin dewasa je hahaha..

sangat la mudah, tak bocor, tak payah pakai panties dah. Saya pulak awal2 je heavy, dalam beberapa hari tu dah boleh pakai pad biasa

tapi saya akan pakai dengan disposable panties. Selamat tak payah memberus panties yang kotor kalau terbocor tu kan.

Bab pakaian, saya tak reti pakai kain batik, memang melorot saja la huhu. So saya pakai skirt labuh pinggang getah.

Sebenarnya nk pakai palazo pun tak de hal tapi sebab bengkung tu labuh, kena berkain la jugak.

Mana yang jenis kata kena mandi air suam 44 hari tu tak payah la kecam ya, takde bukti saintifik mandi air biasa masa pantang tu mudarat kan?

Bab mandi daun pulak, berpantang sendiri memang tak la merebus2 daun tu. Saya beli je siap sabun daun yang memang untuk pantang tu sebagai ganti shower cream. Wangi daun memang naik&rasa segar jugak badan.

Param, pilis saya pernah try sekali je. Lepas tu tak mau dah. Nak bancuh 1hal, bila dah kering jatuh2 berterabur, nak menyapu lagi.

Saya prefer guna minyak herbanika NR je, itu lah param itulah pilis, itulah minyak urut. Lepas mandi sapu kat badan&dahi. Cukup selesa pada saya.

Bab tungku. Sah2 bertungku sendiri kan. Saya tak cukup berani nak letak batu panas atas dapur, nak angkat balut lagi so saya pakai tungku letrik je.

Pengurusan baby :

Awal2 pantang memang saya tak reti mandi baby guna tub atas lantai. Nak siapkan baby pun saya tak reti kalau tak bersila hehe. Tapi memikirkan luka tu sah2 la seriau kan.

Nak buat kerja bersimpuh pun saya kekok. Jadi untuk mandikan baby, saya buat kat sinki. Saya beli siap besen mandi khas untuk sinki tu.

Nak siapkan baby, pakai barut baju segala tu saya guna changing table ikea, so buat sambil berdiri la. Sebelum table ikea tu ada, saya siapkan baby atas meja biasa.

Pengurusan rumah :

Nak tak nak kena buat jugak la kan cuma rutinnya tak lah la sama macam hari biasa. Bab basuh baju,

saya basuh petang, nanti suami balik dia akan jemurkan kain. Basuh pakai mesin takde hal pun kan.

so saya prepare glove siap2 kalau nak basuh pinggan tu. Sekarang dah jual glove yang ada berus kat tapak tangan tu lagi mudah keja basuh pinggan.

Sekian perkongsian biasa saya :). Alhamdulillah, episod berpantang saya setakat ni menyenangkan.

Honestly, saya selesa berpantang sendiri, bebas ikut cara sendiri, selagi mana ianya baik untuk dibuat.

Saya mengaku saya agak modern, tapi tak lah sampai menolak pantang tradisional selagi mana sesuai diamalkan.

Yang penting pada saya ialah pemakanan & penjagaan diri yang sihat. Emosi sangat peru dijaga semasa berpantang,

jadi berpantang la mengikut keselesaan dengan amalan yang menyihatkan. Kalau stress jangan risau sebab terapi online shopping kan ada, memang sangat membantu. Eh tiba2!!