Anak sy Along pertahankan sy dari pkulan suami sampai kepala dia kene henyak ke dinding berdarrah

Assalammualaikum semua. Terima kasih admin sebab sudi membaca dan kongsikan kisah aku ini.

Saya cuma ingin berkongsi rasa. Saya sedang tidurkan anak bongsu, tiba – tiba dia bertanyakan soalan. Saya sendiri sudah lupa kisah lama, bertahun sudah berlalu. Soalan anak bongsu saya.

“Mama, dulu kepala abang long pernah berdar4h kan? Abang long ik4t kepala dengan sarung bantal. Sebab ayah marah dan hent4k kepala abang long kat dinding.”

Saya jawab, ‘ya.’ Anak bongsu bertanya lagi, “kenapa ayah buat abang long macam tu? Ayah tak sayang abang long ka?”

Saya jawab, “Ayah mana tak sayang anak. Ayah sayang semua anak ayah. Tapi ayah lupa sebab marah.” Dan saya dalam diam terlalu sedih mengingatkan kisah itu.

Punca sebenar kenapa abang long dipukuI kerana menolong saya yang sedang dipukuI oleh ayahnya.

Walaupun dah bertahun berlalu, dan saya dah berpisah dengan ayah mereka. Tapi percayalah, tr4uma dan kesan pend3raan fikizaI dan mentaI terlalu dalam buat kami anak – beranak.

Walaupun kami cuba untuk padamkan, tapi ianya seolah – olah baru semalam ia berlaku. Pada m4ngsa seperti kami, memang susah untuk keluar dari pend3ritaan ini.

Bukan singkat malah 14 tahun kami hidup begini dan ketika itu jalan keluar seolah – olah tertutup rapat.

Tapi ingatlah, walau sesukar mana pun kita mampu untuk bebaskan diri kita sendiri dari perhubungan yang penuh siksaan.

Yakin dan bulatkan tekad untuk keluar dari kepompong pend3ritaan. Anak – anak lebih perlukan kita dari seorang ayah yang tak bertanggungjawab.

Doakan kami anak – beranak terus kuat dalam menempuhi cab4ran hidup dan tabah menghadapinya bersama – sama. Terima kasih dan mohon berikan kata semangat serta doa ye.

Komen Warganet :

Soe Izzie : Sebab tu bila berlaku sesuatu dalam rumahtangga, yang terkesan adalah anak. Biasanya anak kecik akan mengingati setiap butir yang berlaku terutama hal tu melibatkan tr4uma yang membawa kepada kendiri anak tu bila dia dewasa.

Ada baiknya awak sentiasa ada dan berlembut dengan anak – awak terutama yang sulung. Sebab ada kemungkinan anak tu ambik sikap buruk ayahnya jika tak dibendung.

Dia melihat kegan4san tu dari kecik hingga 14 tahun lamanya.

Rizal Rodzuan : Alhamdulillah tahniah puan kerana bertindak bijak berpisah dengan suami sebegini. Tapi masih banyak kes wanita yang masih nak berada dalam rumahtangga macam ni.

Mereka beri 1001 alasan, “oh setia demi anak,” walaupun anak juga menanggung sama ada mentaI malah kadang – kadang did3ra secara fizikaI juga.

Semoga puan bahagia bersama anak – anak hingga akhir hayat, insyaallah.

Ryna Hazreena : Jujurnya sis, ayah saya dulu seorang polis yang baran, mak surirumah dan belajar tak tinggi tak tahu bawak kenderaan, hanya berkain batik dan tshirt je dia tahu. Guna henpon pun mak tak tahu sampai sekarang.

Mak saya sangat penyabar dan besarkan kami 7 beradik dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah kami sekarang dah berumur 20-30an dan sudah bekerja, Alhamdulillah ok. Adik bradik semua lulusan IPTA.

Mungkin sebab mak penyabar dan penyayang, kami anak – anak jadi orang walaupun ayah macam tu. Saya dan kakak dulu pun penah berkali – kali diter4jang ayah.

Mak dan adik lelaki yang nak menghalang dipukuI ditumbvk sekali. Ayah dah pencen sekarang, walaupun buruk mana, jasa ayah ibu kami tetap baIas dengan bagi duit setiap bulan or belikan keperluan mereka.

Alhamdulillah mereka kini masih suami isteri. Sabar, dekatkan diri dengan Allah.

Saya sekarang walaupun sudah berkeluarga sendiri, akan utamakan mak saya, fikir hidup dia yatim piatu dibeIa keluarga angkat dari baru lahir. Alhamdulillah suami pun baik, mertua pun baik.

Eycha Ouh : Saya faham sangat, dari umur masa tu 15 tahun mak asyik kena pukuI depan mata tapi kita tak mampu buat apa – apa.

Sekarang dah 25 tahun tapi sangat susah nak lupakan apa yang pernah jadi. PukuI 3-4 pagi bangun mintak tolong jiran, ketuk rumah jiran tanpa ada bunyi, tanpa keluarkan sikit pun suara sebab takut ayah tahu kita keluar mintak tolong orang. Faham tak situasi tu macam mana?

Sampai sekarang tak boleh lupa. Rasa fobia sangat bila kalau ada orang g4duh bising – bising, orang tinggikan suara, orang ketuk pintu kuat, auto jadi takut berdebar tak benti.

Mak lagi Iah tr4uma sampai sekarang tak pernah lupa apa yang jadi! Alhamdulillah sekarang hidup mak lebih baik walaupun membesarkan kami 7 beradik sorang diri tanpa ada insan yang bergelar suami dan ayah ! Sayang mak dunia akhir4t

Ida Ribut : Betul, anak – anak walaupun kecik dia akan ingat apa perbuatan ayah dekat maknya. Akan ingat apa perkataan yang keluar dari bibir mak ayah dia, akan sentiasa bermain di laman mata dia.

Mudah mudahan puan kuat dan berjaya membesarkan anak – anak dan berjaya dunia akhir4t.. Jaga saham yang Allah kirimkan, mudah – mudahan ada kebahagian di masa hadapan.

Lisa Aidi : Sebab tu apa – apa masalah suami isteri, setel dalam bilik. Tanpa anak nampak, tanpa m4ki hamun, jerit pekik. Umur saya dah 34 tahun.

Tapi sampai sekarang saya tak pernah lupa apa yg saya nampak ayah buat kat mama. Masa tu tak silap saya masih tadika atau awal sekolah rendah.

Tapi saya tak pernah cakap dengan sesiapa atau bertanya pada mama. Saya pendam hingga sekarang.

Allah je thu apa yang saya rasa. Saya memang dari kecik jenis pemend4m. Sebab tak nak oramg risau, sebab takut untuk meluahkan.

Lebih suka menangis sorang diri. Hinggalah jumpa suami. Suami ajar, jangan suka pend4m. Jangan terlalu jaga perasaan org lain, hingga diri sendiri selalu s4kit.

Alhamdulillah sejak kahwin, dah tak macam dulu selalu s4kit. Selalu migr4in. Suami la kekuatan saya.