Hanani isteri pertama. Dia jumpa Sarah dan meminangnye untuk aku. Bila dah kawin dgn Sarah, Hanani pula berubah

Assalamualaikum WBT. Niatku baik hanya untuk share pengalaman sepanjang aku beristeri dua.

Bermula dengan niat yang baik tetapi akhirnya kucar kacir seluruh keluarga aku.

MADU… wanita mana yang tak allergic dengan perkataan ini. sebaik mana pun wanita, pasti terguris jua hanya dengar perkataan ini.

Aku dan isteri pertama, Hanani, sudah 10 tahun berkahwin. Dikurniakan sepasang cahaya mata yang cerdik, hidup aku cukup teratur dan semua adalah berkat kerajinan Hanani mengurus rumahtangga.

Aku, dari hanya seorang kerani biasa, menyambung pelajaran hingga peringkat Master, hinggalah aku mempunyai syarikat sendiri.

Hanya Hanani menjadi kekuatan aku disaat jatuh bangun aku sebagai seorang lelaki, suami dan ayah.

Aku bertemu dengan Sarah di sebuah pasaraya. Kali pertama aku melihatnya, aku dapat agak dia dilanda masalah.

Entah kenapa aku berani menegurnya dari situlah kami mula menjadi rakan whatapps dan hampir setiap hari dia mengadu masalah di tempat kerja dan di rumah.

Sarah seorang balu dan mempunyai anak seorang. Aku menjemputnya untuk bekerja denganku kerana at least aku dapat menjaga kebajikan diri

dan anaknya disamping terhindar dari s*xual harrsment ditempat kerja lamanya. Niatku pada mulanya amat baik. Aku cerita segalanya kepada Hanani.

Dan aku melihat sikit riak wajahnya bertukar. Pada mulanya aku tidak ada niat pun mengambil Sarah sebagai isteri kedua.

Aku berjanji akan berubah sehinggalah Hanani mengatakan dia berniat untuk meminang Sarah. Aku terkejut dan cuba untuk memujuknya.

Hanani mengatakan yang aku tidak usah menipu diri sendiri. Yang hatiku sudah terbelah dua.

Aku terdiam seribu bahasa. Waktu itulah menjadi kekesalan dihatiku sehingga sekarang. patutnya, aku terus menafikan perasaanku kepada Sarah.

Aku tidak patut berdiam kerana itu akan menambahkan luka dihati Hanani.

Hanani tetap dengan pendiriannya tidak mahu aku terus bergelumang dengan dosa sekiranya aku tidak menikahi Sarah.

dia tidak akan bersedih. Tapi sebenarnya aku salah. Cukup susah untuk mengetahui dan memahami isi hati wanita.

Rupanya selama 3 bulan aku berkahwin lagi, tahap kesihatan Hanani semakin menyusut. Hilang segala kegembiraan didalam rumah kami, anak-anak ibarat menyalahkanku dengan apa yang jadi.

Aku menjadi stress, aku marahkan Hanani, kenapa dia pergi meminang Sarah sekiranya dia tidak redha? Kenapa dia yang memaksa aku untuk membuat keputusan sekiranya hatinya sakit??

Perkahwinan bukannya permainan. Nasi sudah menjadi bubur. Patutnya dia perlu luah isi hatinya yang sebenar.

Kami lelaki, tidak pandai untuk membaca seluruh isi hati, mengapa para wanita cukup payah untuk berterus terang?

Sekarang, aku memohon Hanani untuk kembali taat. Tiada sebab untuknya untuk derhaka kepadaku.

Aku memberi segalanya dengan adil dan saksama. Itupun Sarah menyuruhku untuk berada dirumah Hanani 2 minggu dan dirumahnya hanya 1 minggu.

Tetapi aku sendiri berasa sudah tiada erti berada disamping Hanani sekiranya dia asyik derhaka, anak-anak dihasut membenciku dan segalanya tidak seperti dulu.

Aku memberitahu Hanani, hak suami adalah memberi keadilan. Dia yang mulakan semua ini, dan aku terpaksa menjadi nakhoda yang adil.

Sekiranya aku tidak mengampuninya, tiada bau syurga yang dia akan merasai. Aku harap Hanani membaca kisah ini dan mencari iktibar. Sesungguhnya abang sayang kepadamu Hanani.

Aku juga sayangkan anak tiriku, aku ingin mendidiknya menjadi seorang anak yang baik.

Hubungan Sarah dengan ibuku juga sudah baik dan mereka kerap bersama sekiranya ibuku melawat kami disini.

Aku tahu Para Wanita tetap akan menyalahkanku didalam hal ini. Kerana woman always right. Memang takkan menang sekiranya bercakap mengenai soal ini.

Tetapi ingin aku katakan, berterus teranglah kepada suami dan luahkan segala isi hati sekiranya anda tidak mampu untuk menerima madu.

Jangan belagak seperti hero, pergi meminang anak orang lain untuk tonjolkan anda seorang wanita yang kuat.

Aku sudah tidak dapat kebahagiaan seperti dahulu walaupun aku mampu segalanya. Tidak ada anak yang akan bahagia dengan keadaan seperti ini. Fikir sedalamnya sebelum terjun ke dunia aku.