Aku ada 1 adik lelaki 2 perempuan. Aku dah jadi mcm mak ke dua deorg. Skrg baru aku tahu nak jaga adik perempuan ni lagi susah dari lelaki

Assalamualaikum. Nama aku N. Aku nak share cerita pengalaman jaga adik perempuan dan adik lelaki especially bila kau anak sulung macam aku. Aku perempuan.

Ok aku anak sulung, bawah aku 1 lelaki dan 2 perempuan. Jarak umur aku dengan adik perempuan aku 10 dan 11 tahun.

Sekarang baru aku tahu kesusahan jaga anak perempuan. Yela selama ni baca tentang kesusahan jaga anak perempuan aku fikir apa yang susahnya.

Tapi bila tanggungjawab jaga adik perempuan aku ni aku share sekali dengan mak aku baru aku tahu peritnya.

Sekarang pasal study, banyak kali aku nasihat study study nak exam. Spm ni penting korang akan menyesal kalau tak skor.

Bukan untuk orang lain tapi untuk korang juga. Sebab aku dah lalui dan rasa effect malas study, aku siap bagi contoh even kau belajar tinggi dan dapat result baik masih susah nak dapat kerja dan masuk U.

Inikan kalau kau tak study, bukan maksud aku nak perlekehkan yang belajar tinggi result baik tak dapat kerja tu.

At least bila kau study dan dapat result baik, takdalah rasa ralat. At least u try to make your life better.

Ya Allah, pasal study susah gila nak study. Asyik menghadap hp je. Dulu rajinlah aku rampas hp ni, sekarang aku malas.

Lepastu taknak sambung belajar even family nak tolong but still taknak. Dah tu kerja main2. Kerja offshore pun lembik.

Kadang kat rumah kteorang panggil dia anak perempuan kami yang anak lelaki.

Aku sekarang ada degree pun struggle nak hidup. Aku terfikir kenapa aku tak fikir macam diorang ye, main2 je, biar kakak or mak yang settlekan the next step.

Aku sampai sekarang nak kerja luar KL pun fikir biar diorang habis sekolah dan masuk U mana2, risau jadi apa2.

Btw mak aku single mother. And I am the second mother. Mak aku yang bagi nama ni. Diorang takdalah nakal social life Cuma macam tula. Takda impian ke, takda wawasan ke.

Kalau suruh baru buat, takda ke terfikir tetiba. Haritu cuci ayam pun nak muntah, ya Allah lemahnya adik2 aku ni, nak tergelak part tu. Hahaha!

Tak boleh ke jadi kuat macam aku ni, bukanlah kuat sangat at least memudahkan dan tahu nak buat apa. Takkan nak jadi dewasa tapi tak function. Takkan nak jadi dewasa tapi bodoh. Geram weh!

Come on lah! Jadilah manusia yang function. Dah nak masuk 2020 takkan nak mundur lagi menghadap hp kalau businessman perdana menteri semua.

Kalau tak Berjaya terima kasih juga kepada admin sebab aku tahu dia je yang akan baca dan pilih dulu sebelum post. Ok bye2.