Suami kedua aku suka bermain talak. Bila marah sikit ws kata cerai. Lepas dah sedar dia delete pulak

Hai, aku Maisara. Pernah bergelar ibu tunggal selama 6 tahun membesarkan anak-anak sekadar mampu.

Dan sekarang telah berkahwin dengan F yang aku kenali sejak 7 tahun lepas. Bulan 12 ni insyaAllah akan genap setahun pernikahan kami jika diizinkan Allah, masih panjang jodoh kami berdua.

Aku ceritakan serba ringkas tentang pernikahan kami. Bernikah pada bulan 12 tahun lepas dengan maskawin hanya RM80 tanpa hantaran apa-apa.

Dan memang itu permintaan aku sendiri memandangkan aku hanya ibu tunggal dan dengan niat tidak mahu menyusahkan suamiku yang sudah berjanji dengan abahku untuk menyara dan menjagaku dengan keringatnya selepas berkahwin.

Si K ini adalah seorang ustazah dan janda beranak 6. Pernah membuka purdahnya dan menghantar gambar kepada F semasa kami masih dalam pertunangan lagi.

K pernah memaki hamun aku tetapi aku merahsiakan dari F kerana aku fikir K bukan sesiapa untuk aku peduli.

Rupanya dalam diam, K mengadu kepada F bahawa aku telah menyerangnya dengan pelbagai tuduhan.

Semasa F membuka FB nya, dia menunjukkan FB si K dan dengan selamba F mengatakan, “Ni musuh sayang ni” dengan gelak ketawa. Aku lihat dan pelik, sebab tak silap aku FB si K ini F dah remove.

Bila aku tanya, F jawab K bukan musuhnya, jadi kenapa dia perlu bergaduh, F approve sahaja request friend dari K.

Dari situlah terkeluar cerita tentang kononnya aku yang menyerang si K. Aku ni sejenis pemendam. Sebab aku tahu F ni baran dan tak suka orang sebut tentang silapnya.

(Kami pasangan PJJ) hingga keesokan harinya, aku keguguran bayi pertama kami. Aku ingat, bila aku keguguran, F insaf. Tetapi masih juga sama. Bahkan menyalahkan aku kerana keguguran.

Sejak hari tu, hidup aku sipi-sipi sahaja untuk bergelar janda. Silap sedikit, pasti ugutan cerai akan keluar dari mulutnya atau tiap mesejnya.

Lambat balas mesej, lambat jawab call, akan diugut dengan pelbagai ayat yang mengandungi perkataan talak dan cerai.

Belum lagi masuk bab cemburunya menuduh aku masih berhubungan badan dengan bekas suami aku yang jauh dari kampung aku.

Aku jadi stress. Menangis sendirian. Kadang anak-anak jadi mangsa amarah aku.

Aku tak sempat screenshot semuanya. Tapi F menafikan dia telah menjatuhkan talak pada aku dan beria meminta maaf kepadaku.

Dari saat itu, hati sudah mula rasa menyesal menerima lamaran F ini. Selama 7 bulan aku terpaksa hadap kata cerai yang menjadi permainan di tulisan dan mulutnya,

dan aku cuba melawan F untuk mengelakkan dia melafazkan talak yang akan membuatkan dia menyesal sekiranya benar-benar terjadi.

Dalam tempoh 4 bulan selepas itu, ada juga F berbunyi tentang cerai tetapi aku terus mengiyakan untuk F terus mendaftar kes di mahkamah, kataku,

nak bercerai, buatlah secara bermaruah dan hadapi susah payah sebagaimana dia bersusah payah untuk mendapatkan aku

Aku dituduh sund*l, pelac*r, b*bi betina dan pelbagai perkataan lagi selama hidup bersama. Siap dituduh aku merajuk tak bermaruah.

Aku digelar derhaka, nusyuz dan tidak diampunkan dosa hingga akhirat kerana meminta dia menceraikan aku dengan cara baik.

Maafkan aku jika jalan cerita tak teratur. Doakan aku kuat lagi bila terpaksa menghadapi perceraian kali kedua ni. Ikutkan sayang, binasa lagi hidup aku.

Tapi rasanya cukuplah aku lepaskan kali ini, demi kebaikan F dan aku juga. Supaya tiada lagi rasa sangsi dalam hatinya pada aku bila sudah tidak bergelar isteri nanti.

Aku tak salahkan lelaki. Sebab aku tahu ramai lagi lelaki yang baik untuk dijadikan suami.

Semoga kalian semua yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin, dipanjangkan jodoh dan kekal hingga ke syurga. Doakan aku sama. Wassalam.