Sanggup abah kebas duit ibu sampai kering,rumah kene gadai,kami hidup merempat, hanya sbb janda anak 3 yg ayah nak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku saja nak share cerita aku sebab dah lama sangat tersimpan rapi dan aku nak benda ni jadi la tauladan dan pengajaran buat kaum Adam dekat luar sana especially yang dah berkahwin dan beranak pinak.

Sorry kalau panjang tapi kalau ikutkan cerita sebenar lagi panjang. Cukup baik lah aku dah cut sana sini.

Aku dah berkahwin dan alhamdulillah dikurniakan 2 anak. Suami aku baik-terlalu baik, bertanggungjawab, nafkah tak pernah miss even aku berkerjaya, ringan tulang and tak pernah berkira.

Dan aku pun sama, tak pernah berkira pada dia. Suami aku ni kelakar, satu kepala dengan aku. Dia bahan aku-aku bahan dia,

dah jadi benda biasa dah dalam dunia kiteorang. Apetah lagi bahan orang lain.. Hahaha. And benda tu la yang buat kiteorang bahagia (cewah).

Tapi kusangkakan hujan sampai ke petang, rupanya panas di tengah hari. Ayah aku dapat projek luar dari negeri kediaman kami. So, bermulalah episod pjj kami anak beranak.

Sebelum ayah aku pindah dok negeri lain, dia minta ibu aku berhenti kerja even masa tu ibu aku kerja bagus, Secretary di sebuah syarikat terkemuka.

Masa ibu berhenti, ibu dapat pampasan dari syarikat sebab dia ambil vss. Disebabkan ibu dah kerja more or less 30 tahun, so dia dapat berpuluh ribu jugak lah.

One fine day, kad Bank ibu hilang. Ayah suruh call bank terminate kad tu. Ibu buat. Ayah cakap nanti dia bawak pergi Bank buat kad baru, jangan pergi sendiri sebab ayah saje nak temankan.

Sampai berminggu2, ayah tak bawak2 ibu pergi Bank sebab dia kata dia terlalu sibuk. Kenapa ibu tak pergi buat sendiri? Sebab ayah bagi ibu duit belanja terlalu cukup.

Disebabkan aku dah besar and dok asrama aku buat dek jek dengan harapan ayah aku tak buat lagi lepas dia habis projek and balik ke pangkuan kami.

Sayangnya, harapan aku pada diri sendiri ternyata palsu.. Huhu. Satu hari, surat dari Bank sampai. ‘Urgent’ – front envelope. Aku buka and terus jerit panggil ibu aku.

Rumah yang kami anak beranak duduk nak kena sita. Berbulan2 ayah aku tak bayar. Ibu terus call ayah, dia kata jangan risau dia dah kawin dengan pihak Bank.

Masa ni bulan puasa. Sebab bulan mulia, ibu percaya ayah bulat2, termasuk kami adik beradik.

Hari berganti hari (few weeks before raya), ayah tak call2. Bila ibu call, dia kata jangan call sebab dia busy. And last sekali ibu call suruh ayah balik sebab nak beli baju raya kami,

Lepas spm, aku dapat masuk U. Duit tak cukup. Pakcik2 (abang and adik mak aku) yang tolong bayar and belikan semua, SEMUA. Terima kasih paklong n pakcik.

Jasa kalian akan daku kenang sampai bila2. Abang aku sepatutnya fly oversea, tak jadi fly. Dia kata mana boleh dia focus dekat sana kalau fikir kan ibu and adik2 dekat sini.

So, dia decided untuk sambung local. Alhamdulillah JPA approved and dia sambung dekat salah sebuah local uni.

Adik aku pulak, lain cerita. He’s too young to face all this s**t. Dia dengan aku beza 10 tahun. Accident, kata ibu aku. Awal2 lepas ayah aku tinggal kan kami,

ibu tinggal dengan family pakcik n makcik aku sebab nak dekat dengan aku and abang aku. Adik aku pun pindah sekolah.

As predicted, benda cliche jadi balik. Dan conflict2 ni jadi dari ipar duai. Ibu nekad cari rumah sewa.

Alhamdulillah dpt rumah Town House yang owner sgt2 baik hati. Masuk tak payah deposit. Terima kasih En. Nordin.

Semoga Allah murah kan rezeki selalu. Walaupun Town House, itu lah syurga kami: syurga aku untuk bertahun2.

Untuk pengetahuan kalian, cuti semester or study week aku n abang aku tak pernah ‘kosong’. Kami sentiasa buat part time, even cuti seminggu je.

Macam2 part time kiteorg buat; kerja dekat supermarket, hotel, pasar, kiosk, kedai makan-u name it.

Sampailah aku dan abang dah kerja, ibu dapat keluar epf. Aku joined nama dgn abang aku buat loan rumah, ibu bayar deposit. Alhamdulillah dapat lah rumah teres setingkat.

Syurga baru kami. Sampai hari ni, aku and abang yang bayar rumah tu (50-50). Rumah yang tak seberapa untuk ibu yang banyak berkorban untuk kami.

Abang aku pun banyak berkorban untuk kiteorg masa ayah aku takde. Duit biasiswa dia memang dedicated untuk family, duit gaji part time .

Tu sebab rezeki dia melimpah ruah sekarang. Terima kasih, balong, for everything.

Sepanjang almost 8 tahun ayah tinggal kan kami, ade jugak lah cari2 dia. Tapi memang tak jumpa. Family sebelah ayah pun kata ayah tak balik2 kampung.

Ye, ayah aku kawin lain. Tinggalkan kami demi ‘dia’ (janda anak 3) dengan menjandakan ibu aku yang jugak anak 3. Ape sebenarnya lelaki nak weiii???

Kenapa dia tinggalkan kiteorang? Sebab nak fokus family baru (wakluuuuuu). Bermula dengan tolong cari rumah sewa, tolong berniaga,

tolong kewangan sikit dannnn akhirnya, tolong tinggalkan keluarga sekali. Cissskekkkkk.

So, lelaki dekat luar sana, jadilah sombong sikit. Biarlah orang nak kata ape, janji hati keluarga terjaga. Before jadi wali aku,

ayah ceraikan ibu dekat court setelah bertahun2 lamanya ibu gantung tak bertali. Kenapa lah seksa ibu sampai mcmni? .

Menjawablah korang kat sana besok. BTW, nenek n atok belah ayah aku dah arwah. So yang rahsiakan ni pakcik2 n makcik2 aku lah. Cissskekkkkk jugak kan?

Walaupun benda ni dah bertahun2 berlalu tapi trauma aku pada ‘poligami’ ke ‘kawin lain’ ke takkan padam.

Sebab dengan benda ni lah family aku suffered. Tapi dengan benda ni jugak lah we learn one valuable lesson; to be there for each other no matter what.

So, kalau laki aku baca ni dan dia tau ni aku, aku harap kau kurang2kanlah lawak2 poligami kau tu. Aku tertawa dalam tangisan. Aku bukan benci lawak2 tu tapi tak suka.

Akhir kata,

“Forgive others not because they deserve forgiveness but because you deserve peace.”