Tunang aku sekolah tahfiz. Masa dtg rumah dia. Aku terpinga2 bila adik beradik dia tolak aku jadi imam time magrib.

Assalamualaikum.Jadi saya sebagai salah seorang Ex-Maahad, saya rasa terpanggil untuk kongsikan tulisan yang saya baca di FB.

Aku dengan isteri tak pernah kenal langsung pun. Kami cuma ada 1 mutual friend sahaja.

Kami buat keputusan untuk bertunang tanpa pernah berjumpa. Masa tu aku bekerja dekat Johor dan dia pulak sedang belajar dekat UK.

Tapi masa tu aku senyap & angguk je la. Pura-pura faham.

First time jumpa beberapa minggu sebelum bertunang. Tu pon dekat KPJ Perdana, dia admit masuk wad sebab demam panas.

Lepas tu mak dia suruh aku duduk dan bermalam dekat Sri Makmur Homestay Tanah Merah tu.

Ingatkan boleh la jumpa dia lama sikit, tapi tidak. Homestay banglo 2 tingkat, aku duduk sorang.

Memang tak tido mana pun malam tu. Homestay tu ok je, tapi kalau dah duduk sorang, dengar bunyi angin menderu pon dah bayangkan hantu pontianak

Rukun fe’li, rukun qauli, tertib & tartil semua markah 10/10. Rasa ikhlas takyah cerita, memang kelaut bohhh.

Sampailah majlis pernikahan & perkahwinan selesai. Masa tu aku igt lagi kami (aku, isteri & Mertua) on the way ke KB. Machang-KB lebih kurang 45 minit.

So waktu tu aku tanya dengan Ma, apa yang Ma maksudkan masa Ma masa cakap dengan saya waktu merisik dulu? Ma pon jawab,

“Kak ni dari dulu lagi, lepas UPSR Ma memang nak masukkan kak ke Maahd Tahfiz. Walaupun waktu tu keputusan kak layak untuk masuk sekolah asrama penuh.

Lepas PMR pon Ma suruh kak kekal sekolah Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah tu walaupun kak layak untuk masuk sekolah MRSM pilihan.

Tingkatan 5 baru start akademik. Tapi Alhamdulillah, buah fikiran Tok Guru memang kita tak terjangka. Besar hikmah Tok Guru dalam mengasaskan Maahad Tahfiz dekat Klate ni.

Asalnya, orang nak bagi nama Maahad Sains Tahfiz, tapi Tok Guru tokse. Tok Guru nak nama Maahad Tahfiz Sains. Tok Guru nak Tahfiz dekat depan, lepas tu baru Sains.

Pahtu masa kak dekat KMB & UK pon boleh kira sendiri berapa ramai lepasan Maahad Tahfiz ni. Kiro sebenarnya ma nak Fahmi pehe la pelajar tahfiz ni lagu mano demo ni”.

Masa tu baru aku paham sepenuhnya.Sebab tu aku katakan, Maahd Tahfiz ni bukan tempat BUANGAN!

Bila anak cemerlang, berebut masuk ke MRSM, SBPI, SBP, Kolej dan sekolah-sekolah ternama. Tapi bila anak bermasalah, di letakkan ke Maahad Tahfiz.

Berapa sangat je gaji para asatizah ni kalau nak dibandingkan dengan bebanan mereka dalam membentuk sahsiah pelajar Maahad Tahfiz agar bersandarkan Quran & Sunnah.

Mereka memandang semua yang masuk ke dalam Maahad Tahfiz sebagai pelajar-pelajar yang akan mereka bimbing dan bentuk menjadi generasi Muslim yang cemerlang.

Realiti yang berlaku, “anak buangan” ni ada antaranya yang menjadi punca berlakunya masalah dalam Maahad Tahfiz.

Seterusnya mencemarkan bi’ah soleh yang telah dibina oleh para asatizah. Akhirnya menjadi masalah dan memberi kesan buruk pada mata masyarakat umum yang tidak memahami keadaan sebenar.

Akhir sekali, Maahad Tahfiz yang dipersalahkan. Maahad Tahfiz yang dipandang jelek. Para asatizah menerima tempias buruk. Maahd Tahfiz mesti di tutup!

Moga kebaikan amal jariah Tok Guru, Allah SWT letakkannya bersama para Nabi & Rasul dalam syurga. Aamiin..