Bila ayah meninggal segalanye jadi tanggungjawab aku. Baru aku tahu knp ayah nagis masa nikah kakak

Hai. Okay memula aku kenalkan diri sebagai abang H, bukan sebab aku ada honda. Sebab mak ayah bagi nama huruf depan H.

Aku dah berumur 30 an keatas. Mostly, member sebaya dah ada anak 3-4orang. Aku? Cuma ada anak tekak.

aku hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman jaga adik perempuan. Tak mahu komen negatif tak mau tak mau. Santai sahaja.

Aku ni anak kedua dari 5 beradik. Aku anak tunggal lelaki. Orang kata limited edition lah kot. Atas kakak bawah tiga adik perempuan. Keluarga aku bukanlah alim mana pun. Biasa sahaja.

Aku terjebak dalam confession ni dari junior officemates aku. Dia suka cerita pasal ini pasal itu dari confessor.

Air mata jantan woi. Jatuh saham aku depan awek. Masa tu lah tudung bawal mak aku berguna.

Kakak aku ni garang dan kasar. Dia dapat laki yang sebaliknya. Memang padanlah. Sama-sama bekerjaya tinggi.

Jodoh kan. Lepas kakak aku kahwin, ayah aku meninggal. Masa tu aku down sedownnya sebab ayah lah kawan baik aku dunia akhirat.

Automatik tanggungjawab keluarga jatuh kat aku. Nak tak nak aku bangkit untuk keluarga aku. Sejak dari tu aku ulang alik kerja ke rumah mak.

Adalah ambik masa sejam. Biasa hujung minggu atau cuti baru nak balik. Kerana sayangkan mak aku turutkan.

Yes, aku contact terus mamat tu then minta dia prepare diri untuk sekian-sekian kalau nak kahwin dengan adik aku.

Dalam masa dua tahun mamat tu datang balik kat aku untuk meminang. Adik pon dah berjaya dapat kerja tetap. So aku kahwinkan je.

Adik kedua aku pula baru usia 20an. Memandangkan dia baru habis STPM. Dia banyak masa dekat rumah teman mak.

Yang ni pula sama dengan adik pertama. Fesyen tudung yang tak menutup dada. Telefon kalau boleh 24 jam.

Sebelum dia terkena syurga dunia dekat luar, aku terus daftarkan dia ke kolej Islam swasta berdekatan rumah aku walaupun result dia gempak dan dapat masuk ke Universiti tiptop. Aku bagi pilihan untuk kos dia minat dengan syarat aku tanggung sendiri. Aku nakkan dia belajar dunia dan akhirat.

Memula dia nangis nak balik meronta siap dendam dengan aku berbulan-bulan. Tapi lama-lama sebaliknya.

Setiap kali aku jemput balik hujung minggu, dia akan suruh aku baca surah ni surah tu.

Aku macam what?? Bila silap je dia tegur. Dah macam ustazah dah. Tapi oklah at least berbaloi hantar sekolah agama.

Hujung minggu mesti dia yang akan masak tolong mak. Jarang dah nak lepak ngan kawan-kawan. Lepas je abis SPM nanti aku akan masukkan dia dalam Kolej agama swasta.

Andai jodoh tiada dunia akhirat pasti. Itu janji Allah. Just enjoy dalam life. Syukur apa yang ada. Untuk wanita disana. Jaga diri kerana dirimu begitu berharga.