Insan pjj ni ada je perempuan yg dtg nk kongsi kisah la. Banyak aktiviti boleh buat utk isi masa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku seakan – akan terpanggil bila mana kisahnya sangat mirip dengan kehidupanku kini.

Contoh situasi yang sama :

Dia : PJJ di ibu kota isteri di Perak

Aku : PJJ di ibu kota isteri di Pantai Timur

Dia : Seorang Jurutera

Aku : Seorang Senior Jurutera

Dia : Cahaya mata 2

Aku : Cahaya mata 2

Dia : Lewat 20 an

Aku : Awal 30 an

Dia : Usia Perkahwinan 5

Aku : Usia Perkahwinan 6

Dia: Isteri anak bongsu

Aku : Isteri anak bongsu

Semua benda yang berlaku contohnya balik seminggu sekali dangan setiap tugas diselesaikan bagi meringankan beban isteri ketika balik sekali skala ~ sama saja dengan beliau .

Anak anak kami ada di kampung cuma kepenatan isteri ditambah dengan waktu bekerjanya yang hakiki (isteri bukan seorang suri rumah tangga).

Malah memliki seorang isteri yang cantik jugak suatu kebetulan dengan confessor berkenaaan.

Walaubagaimanapun, cara beliau hilangkan bosan tatkala berjauhan dengan isteri tidak sama seperti aku.

Nah aku sediakan cara cara untuk beliau malah siapa siapa yang sama situasi (PJJ) dikala bosan (bagi kaum Adam la).

Bukan futsal je, kadang kadang aku ada je join budak budak kawan kawan lain main bowling, masuk liga , boleh buat hati hilang bosan.

4. Tengok wayang : ni metime ko dekat ibukota. Bila lagi ko nak tengok wayang sorang sorang. Aku releks je tengok sorang sorang, tak de hal punya la, asal masa bosan itu hilang.

5. Layan anime , komik dan novel ; Oleh sebab hobi aku ni suka membaca, apa apa yang berkaitan dengan kartun, anime dan komik aku boleh masuk je.

Ni pon salah satu hobi hilangkan bosan dikala berjauhan dengan family. Masa yang ada isi je dengan semua ni.

Contoh anime yang tak habis habis dari aku sekolah menengah sampai sekarang adalah one piece. Bila nak tamat ntah la, tapi hobi ni bagus bilamana akan buat kita selalu sibuk.

Dekat tempat kerja naik motor buruk je. Pakai selekeh. Tak payah pakai smart kemas kemas, pakai apa yang ada sekadar biasa biasa je.

Biar orang pempuan nampak kita selekeh. Kalau ada yang tegur dan nak share benda dari hati ke hati baik tak payah layan jela, nanti panjang pulak kisahnya.

7. Aku banyak la kisah kisah perempuan atau gadis cuba cuba nak share problem diorang tapi disebabkan aku banyak benda lain nak kene fikir

malah dengan aktiviti aktiviti yang banyak jugak buat aku malas nak ambik tahu pasal masalah yang diorang cuba nak ceritakan. Apa diorang ingat aku ada masa untuk sakit kepala? kui kui

Untuk confesor , kalau boleh cuba la pelan pelan pujuk isteri tu. Kita sebagai manusia tidak dapat lari dari melakukan kesalahan.

Anak anak ada terpisah ~ ada yang suami jaga, anak anak lain isteri yang jaga. Dugaan diorang dan tahap kebosanan mereka lagi melampau. Berat mata memandang berat lagi bahu memikuli.

Nasihat aku, cubala berbaik dan pujuk balik isteri. Pujuk tanpa jemu hari hari dan setiap waktu saat dan ketika tanpa putus asa.

Jangan mengalah pada keadaan. Bawak dia melancong atau pergi mana rehatkan diri.

Sayangi la keluarga yang anda bina bersama sama. Tiada yang sempurna di atas duni ini tapi kita mampu menjadi yang terbaik pada keluarga kita.

P/s : hargai la isteri , kalau la ko tahu begitu penatnya jaga anak anak sorang, huhuhu.