Niat pasang kamera, rakam aksi suami supaya jadi bukti aku mudah minta cerai nanti.

Tahun ini tahun ke 5 aku berkahwin buat yang kali kedua… Maknanya dah 10 tahun aku bebas…

Allah je tahu perasaan aku lepas ex aku jatuhkan talak. Abang aku, mak aku dan ayah aku yang teman aku di mahkamah menangis kesyukuran… Syukur mereka dapat anak mereka semula…

Aku anak perempuan tunggal dalam lima adik beradik… Aku lahir dalam keluarga yang sentiasa menyokong satu sama lain… Tak ada istilah aku perempuan,

kerja rumah aku yang buat… Tugas aku dan mak bertumpu pada dapur… Bab2 lain dibahagikan sama rata antara abah dan adik beradik aku…

Disebabkan oleh aku anak perempuan tunggal, aku dimanjakan abang2 aku… Dan tempat mengadu adik-adik aku…

Aku anggap, oh itu perkara biasa. Lelaki dan nafasu 1 nya. Kasar tutur dan bicara pada aku tak terkira. Alasannya?

Tertekan dengan segala urusan bernikah. Sedangkan dari A to Z aku uruskan. Oh ya. Ibu bapanya sudah tiada. Majlis semua keluarga aku uruskan.

Umur 23 tahun, genap setahun setelah aku tamat belajar, aku menjadi seorang isteri.

Sewaktu aku masih dalam fasa bulan madu, dia tidak segan menunjukkan perangainya. Penaagih p0rn0. Aku selalu rasa seperti objek pemuas nafssu.

Dalam setiap kali bersama memang sudah tak ada ‘jiwa’. Dan itu hanyalah sekadar menunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri.

Berapa kali kerusi disepak sambil kata dia harap dia dapat sepak aku sebegitu. Harta benda yang dipecah dicampak tak usah dikira banyaknya.

Bila baran memuncak, ugutan buunuh pun pernah. Selepas dia buat aku rasa macam aku ini kuman yang tak bermakna,

dia akan meminta maaf dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Allah lindungi aku. Dia tak pernah hinggapkan tangan kakinya pada aku.

Aku bagaikan kudis dalam hidup dia. Saat berat aku hanya 50kg dengan tinggi 167cm, hari-hari dia panggil aku gemuk.

Hari-hari aku dipanggil buruk. Tapi yang kelakarnya si gemuk dan si buruk ni la kau henyak hari-hari.

Bila dia menuumbuk pintu, menyepaak kerusi meja, aku hanya menjeling dan berkata “Kau jangan ingat aku ni patung yang kau boleh buat sesuka hati… Aku ada abang2 dan adik2 yang boleh buat kau makan pakai straw”…

Aku mula jadi isteri nusyuz. Pulang kerumah keluarga aku tanpa izin. Tak ada setitis pun air mata aku gugur masa ni. Aku dah neekad yang aku nak berpisah. Cuma cara masih kabur.

Sampai satu hari setelah setahun setengah, saat beban itu tak tertahan lagi. Aku nangis semahunya pada keluarga aku. Cerita kan semuanya.

Pendeerraan fizikal dan meental yang aku hadapi. Abang2 aku mula meruap. Mujur aku ada mak dan abah.

Mereka yang buka jalan untuk aku. Kumpul bukti kata mereka. Supaya aku dilepaskan dengan ‘aman’.

Jadi aku keluar rumah dengan rep0rt polis untuk bukti dimahkamah kalau diperlukan. Nombor telefon aku deactivate dan tukar baru.

Aku block dia di socmed. Lepas dah sampai rumah keluarga aku, aku hantar email kat dia. Email vide0 aksi dia.

Dia merayu dimaafkan seperti selalu. Aku tak akan pandang belakang. NEVER.

Segala urusan nak bercerai aku buat. Sedara aku selaku peguam shariah banyak bantu dan beri nasihat.

Aku langsung tak ada berurusan dengan dia. Video itu jadi senjata utama perundingan untuk dia lepaskan aku secepat mungkin.

Sebulan juga aku macam mayat hidup. Tak ada arah tujuan. Salahkan diri aku sendiri.

Kemudian aku dapat kerja baru. Mula berjumpa kawan kawan lama. Yang paling penting setiap hari aku dihiasi kasih sayang dari keluarga aku sendiri.

Aku baru faham kenapa Allah tak kurniakan aku anak walaupun aku pernah berdoa setiap hari untuk zuriiat dulu.

Tanpa zuriiat aku boleh terus padam dia macam dia tak wujud pun. Dengarnya setahun lepas bercerai dia dah berkahwin. Selebihnya tak tahu la apa cerita.

Hidup aku sesudah dia dihiasi travel log. Dihiasi kisah2 manis aku dengan kawan2. Trip umrah kami sekeluarga. Aku cuba scuba diving. Aku cuba hiking.

Mak dia kata kami nak beri hantaran sebanyak rm1x, xxx. Dia menantu sulung kami. Orang nak beri, kita merasalah.

5 tahun post marriage. Dulu aku tak pernah rasa aku akan jumpa seseorang lagi. Ada masa aku memang putus asa.

Beenci lelaki. Nak hidup solo forever. Tapi hati kita ni milik Allah. Sekarang anak dah seorang.

Kadang2 termenung juga. Umur 35 anak baru satu. Kawan aku ada yang dah sampai empat anak. Tapi siapa aku nak menidakkan perjalanan hidup yang aku pilih sendiri.

First time kahwin dulu taknak pulak buat istikarah kan. Padan muka aku. Naluri Allah dah bagi tapi nak ikut keras kepala.

Mak mertua aku pun feminist. Kalau anak dia buat hal, anak dia yang kena kitai. Kitorang kamceng. Jari kelinking dah paut dah sejak aku kahwin dengan anak dia dulu.

Panjang cerita aku kan. Syukur masih ada lagi happy ending. Aku doakan semua isteri atau suami yang jadi maangsa kegaanaasan domestik dapat mencari jalan keluar.

Dan kamu dapat sokongan yang kamu perlukan. Kalau tidak dari keluarga harap ada NGO yang sanggup bantu.